"Aku batalkan taruhan. Sorry to say, aku baru teringat, aku lupa bagi kucing aku makan kat rumah." Lekas aku tarik Kris yang sudah tercengang babi dengan gelagat aku yang tiba-tiba.
"Eh Lex, kau.."
"Diam." Bisikku sambil kerling dia tajam. Kris automatic tak bersuara selepas itu.Entah macam mana reaksi budak tu tapi kaki aku melangkah laju keluar dari kelas. Tak ingin aku berlama-lama disitu.
"Oi, kau kenapa?" Soal si budak itu yang aku tak yakin nak panggil nama mana. Dua watak itu mengelirukan aku buat sekarang.
"Baliklah, aku sibuk." Balas aku selamba tanpa pandang dia.Berdesup aku keluar kelas.
"Lex, kau dah kenapa? Jangan cakap kau takut dia?" Kris soal aku akhirnya.
"Aku ada motif, kau tahu apa?"
"Melepas daging panggang aku." Dia buat mulut itik.Entah kenapa insting aku merasa sesuatu yang ganjil. Sekaligus buat mata aku terbeliak.
"KRIS, TUNDUK!"
ZUP! ZUP! ZUP!
Jarum ais yang melepasi kami buat kami segera berwaspada. Toleh belakang, si budak tak guna tu mengekor aku rupanya dengan para-para pelindung dia.
"Sorry Alex, i need fight to get your guardian." Ucapnya sinis sambil berpeluk tubuh. Kris bercekak pinggang. Pelindungnya berkuasa ais itu nampaknya level lima.
"Kenapa kau desperate sangat dengan aku hah? Kau suka aku ke!?"Aku tercengang bila Kris sendiri yang menjawab. 'Kau suka aku?' Sweatdrop.
"Aku tertarik dengan bau tubuh kau. Kau separuh manusia kan?"Kris tergamam, aku terkedu. Apakah?
"Balik Kris." Arahku. Tapi dia kekal statik dan tak bergerak-gerak.
'Kau dah kenapa?'
Boleh ku tahu Kris sekarang sudah pucat lesi. Identitinya sebagai separuh iblis itu harus dirahsiakan.
"Kalau kau tak nak bagi dia, kau kena join aku Alex. Kami ada sebuah organisasi yang memiliki hak keistimewaan sendiri untuk selamatkan dunia dari iblis. Melihat kau mengawal iblis separuh manusia ini, aku yakin kau bukan manusia biasa." Ucapnya tanpa ragu-ragu.
"Kris kawan aku, dan aku tak berminat untuk sertai mana-mana pihak."Wah Kris, kau patut terharu hahaha.
"Kau kena ingat, iblis musuh kita." Dia mula datang dekat. Bermain dengan kuasanya di telapak tangan. Black hole. Lirikannya yang tajam itu sudah boleh ku agak dia serius."Tapi Kris bukan musuh manusia." Tambahku buat Kris akhirnya menggenggam bahu aku erat. Kau takut ke?
"Kau tak nak ye? Okey, aku takkan berlembut lagi." Dia terus melontar black hole ke arah kami.Shuaaa.. { Lontaran black hole sound }
Ziiittt - ( Lightning sound )
Boom!
"Xriey." Gumamku tergamam.
Keberadaannya bersama pergerakan kilat sebentar tadi dengan melindungi kami serta menghentam petir ke arah lohong hitam buatku terhairan.
"Kau okey budak?"
Tanya macam aku budak tadika.
"Takkan kau dah lupa nama aku?" Soalku geram.
"Tengok kau menjawab, okeylah kau tu, belum bisu lagi."💢
"Andrew, kau dah kenapa?" Soal Xriey yang ku agak dia sudah kenal lama dengan budak bernama Andrew ini.
'Andrew? Jadi bukan Kitawa? Oh.'
"Aku ingin bermain dengannya sekejap." Ujar Andrew sambil tersenyum plastik.
"Kau jangan buat masalah lagi Andrew, tuan tak nak kita jadi tamak. Melihat kau begini, aku yakin kau melampaui batas. Hati-hati Andrew, kau mungkin tidak akan mengawal minda kau setelah dirasuk keghairahan akan sesuatu perkara. Kau terlalu taksub dengan pelindung."'Korang gaduh apa ni?' Sumpah aku blur.
"Xriey, thanks. Kami balik dulu."
Tunggu apa lagi, dari tengok mereka buat drama baik aku pergi bawak Kris balik.Bukan apa, aku tak nak bekerja di bawah telunjuk lagi.
'Bagilah aku enjoy jadi Alex ni. Penatlah asyik ikut perintah semasa ke semasa."Kau nak lari mana!?"
Berdesup bebola hitam meluncur melepasi kepala aku. Aku telan air liur. Kalau terkena confirm kepala aku hilang.
"Bye!" 'Teleport jela.'~ Shi ~
Kediaman George, di bilik Alex.Kris pandang aku semacam dan aku tahu dia mesti tertanya-tanya macam mana aku boleh sampai rumah dengan sekelip mata sahaja.
"Kau...Cool!"
"Kris, mata aku rosak ke mata kau rosak? Ada bintang kat mata kau?"
Okey ni aku gurau je. Spoiler word."Macam mana kau pindah kita sekelip mata!? Kuasa apa tu!? Bila kau ada kuasa lain ni!? Macam mana kau buat!?"
"Kris, kau tanya macam esok nak kiamat je." Aku henyak punggung aku ke katil. Dia masih tegak berdiri bersama senyuman teruja lagak seperti anjing nak dapatkan tulang daripada tuan dia."Macam mana kau buat Lex?"
'Semak.'
"Entah, kuasa tu datang tiba-tiba bila aku panik." Tipu je. Tapi Kris siap angguk dan percaya bulat-bulat sambil bibir bentuk 'O'.
"Esok kita tak perlu datang kelas. Aku malas nak belajar. Kau bagitau George, sekat pengajian aku. Aku tak nak ke akademi tu lagi. Banyak sangat toxic."
"Toxic?" Kris yang bodoh buat muka jelas bodoh.
"Tsh, lapor je dekat George sekarang!" Aku bengang tak semena-mena. Marah ni marah.
"Peliklah kau ni, dengan bapak sendiri panggil nama je." Kris menggeleng dan melangkah keluar bilik aku.
Aku raup rambut belakang aku kedepan. Stress.'Akhir-akhir ni aku jumpa manusia pelik. Dewi penentu takdir ke buat life aku tunggang langgang ke ni?'
"Hidup aku satu kesilapan, bangkitnya aku juga satu kesilapan. Paling penting, mati aku sebelum ini adalah satu kesilapan besar." Aku toleh, merenung cermin muka. Muka baby face aku atau Alex itu aku teroka.
'Aku perlu kuat untuk hari yang mendatang.' Aku ramas wajahku dan bangkit dari katil. Belum sempat aku nak menapak, satu kunai menderas laju melepasi kepala aku lalu tertacak ke dinding di hadapan aku.Tiba-tiba.
"Kau Alex?" Satu suara garau di jendela. Aku memusingkan kepala aku perlahan-lahan. Satu figura berbayang hitam berbaju ninja dengan pedang samurai di belakang.
'Fuck! Apalagi kali ni!?'
Dewi penentu takdir nampaknya sangat bencikan aku hidup!

ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...