Lost

399 59 13
                                        

Kruk..Krukkkk..Kiukk~
"Laparnya aku.."
Malang betul nasib aku rupanya. Ingatkan aku dapat perintah berkurung sahaja rupanya aku tak diberi makan sekali! Gila punya George!

Aku pergi ke tandas dan meminum air yang ada di bilik air. Apa nak jadi dengan aku ni,  sudahlah tidak diberi makan, Rachel juga ditahan dari menjagaku. Aku rindu masakan Rachel weh. ╥﹏╥

Setelah mengeyangkan dengan air yang ada di tandas, aku kembali menghempas diri ke katil. Aku rasa perut aku dah jadi kolam agaknya. Kembung semacam. Sudah dua hari keadaan  ini namun hukuman diberikan adalah dua minggu. Aduhai, mampus aku macam ni setiap hari.

"Psst, psst."
'Ular mana masuk bilik aku ni?' Aku hairanlah, mana datangnya bunyi desis ular ni? Sedap aku tidur ni, ada jugak kena patuk nanti.
"Psst, tuan muda."

Telingaku menangkap arah bunyi tersebut. Balkoni aku hampiri dan melihat Rachel yang sedang berada di atas dahan pokok berhadapan dengan bilikku. Kusangkakan ular, rupanya manusia.

"Lompat sini." Pintaku tapi dia menggeleng dan membuat wajah kesian denganku.
"Saya tak boleh tuan muda, nanti kantoi."
Cih, dia lebih takut George dari aku.
"Aku lapar Rachel."

Belum sempat aku nak mengadu naseb, akhirnya dia terkantoi oleh pengawal keselamatan kediaman aku.
"Woi!"
"Alamak, tuan muda. Saya pergi dahulu. Nanti saya bawakan makanan ringan." Dia terus melompat turun dan melarikan diri. Cis, kena rasuah si guard ni baru aman aku.

Aku mengangkat pandangan ke arah bandar rakyat jelata yang tidak jauh dari kediaman aku. Sesuatu muncul di kepala mindaku.

Kenapa aku tak lari dari rumah je?
'Aku macam bodoh pulak.' Memandangkan aku ada beberapa wang syiling yang ditabung, rasanya aku boleh bekerja pada masa-masa emas begini. ✯ᴗ✯
'Peluang baik, hehehe.' Terus aku dapatkan almari dan menyiapkan segala barang yang aku ada untuk dibawa. Rasa terujaku mengalahkan rasa laparku saat ini.

Balkoni bilikku lompat setelah memastikan tiada sesiapa menyedari kehadiranku yang sedang melarikan diri. Pengawal keselamatan kediaman aku, aku elak dari bertembung. Setelah berjaya melompat baik keluar dari pagar rumah, aku menggeliat sepuas hati aku.

"Ini baru bebas."
............

Alfroy pov.
"Hiakk!" Pedang ais aku hilangkan lalu mengelap peluh di leherku setelah melakukan beberapa hentakan dan tusukan di patung kayu disebelah katil aku.

Balkoni aku hampiri untuk mengambil udara segar dan sambil cuba mengintai bilik Alex disebelah billikku sahaja. Risauku bertambah sejak Alex tidak berani keluarkan diri dari biliknya sedangkan mereka hanya bersebelahan.
'Agak-agak dia buat apa ya sekarang ni?' Sejak dua hari lepas, aku terhibur dengan perilaku positifnya ingin bergaul denganku. Walaupun sebenarnya aku malu untuk mendampingi dia yang lemah dalam pengawalan kuasa. Aku terpaksa menyakiti hatinya agar dia tidak perlu mendampingiku untuk belajar lebih kuat. Hal ini supaya dia sendiri menyedari tahap mana perbezaan mereka berdua. Tapi tidak kusangka perangainya semakin liar sejak aku tidak menegurnya beberapa hari sebelum ini.

Aku mendagu di balkoni dan masih setia mengintai balkoni Alex yang sedikit jauh dari balkoniku. Namun, aku tersenyum saat dia memunculkan diri tiba-tiba. Dari mendagu aku, terus aku berdiri tegak.

Tetapi, senyumku mati apa yang telah aku saksikan sekarang. Aku terus sembunyi di sebalik pagar balkoni agar dia tidak melihat keberadaanku yang mengintainya. Alex, sedang melompat terbalik ke arah dahan pokok dan berpaut dahan ke dahan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Kadangkala langkahnya sangat fleksibel serta lompatannya yang bergaya itu membuatkan aku terpukau seketika. Aku menyedari beg pakaiannya yang terlebih dahulu dilempar ke tanah lalu dipaut ke bahu.

'Beg pakaian?'
Alfroy end pov.
.......

Alfroy George
15 Years old
Power : Ice

Alesya George
17 Years old
Power : Cristal

George Hamilton
36 Years old
Power : Fire

Aku mengingat jelas kuasa dan nama mereka saat pertama kali bersua muka. Rasa janggal memang tidak ada kerana aku seakan sudah terbiasa dengan keberadaan mereka. Mungkin berkat perasaan Alex yang sememangnya tahu dia memiliki keluarga namun tidak melayaninya dengan baik.

"Hoi budak!" Aku tertoleh ke arah pemanggil. Rupanya dia penjual senjata yang aku jumpa tempoh hari.
"Yo orang tua, apa khabar kau!?"
Sapaanku ternyata disambut dengan wajah masam.
"Aku ada namalah budak, Rugen."
"Ohh." Bila aku semak profile dirinya, memang namanya. Betul-betul orang yang jujur.
"Kau buat apa kat sini? Takkan cari senjata lagi?" Tanya Rugen menepuk bahuku dengan kasar.
"Aku nak jumpa si penempa besi, buat senjata untuk aku. Tapi sekarang aku perlu bekerja, kau ada kerja kosong?"

Rugen terlihat terkejut dengan kata-kataku. Salah cakap ke?
"Aku jarang tahu ada budak macam kau ni nak bekerja. Sebab kebanyakan mereka lebih suka memburu hasil buruan dan jual dekat guild, kau pernah mendaftar kat sana tak?"
"Tak." Jawapan sepatah aku disambut gelengan olehnya.
"Kau boleh guna hasil buruan kau sebagai pertukaran." Ujar Rugen yang sememangnya membuatkan aku tak faham lansung.

"Daftar dekat guild dahulu ke?" Persoalan aku dijawab anggukan olehnya.
"Perlu wang pendahuluan tak?"
Dia menggeleng dan aku akhirnya setuju dengan cadangannya. Tapi aku buru apa ya?

DI GUILD
Aku ditemani Rugen sebagai pemula. Di papan yang disediakan terpaparnya beberapa kertas misi yang aku yakin sebagai permintaan orang-orang yang terdesak.
"Kau boleh ambil ni."
Aku melihat apa yang dicadangkan Rugen kepadaku.
"Perah susu lembu?"
"Kerja senang bukan?"
"Nilai mata wangnya terlalu kecil." Rungutku. Sebenarnya aku lebih suka pekerjaan yang melibatkan adventure. Aku suka ekstrem.

"Yang ni boleh ke aku ambil?"
Aku tunjuk satu gambar raksasa bertanduk dua. Harganya sangat lumayan dan saiznya sebesar anjing. Maklumat telah dilengkapi tetapi kenapa tiada yang nak?
"Kau yakin ke?" Rugen tersengih memandang aku.
"Kenapa?" Hairan aku, kenapa ya?
"Mereka binatang yang cukup pantas melarikan diri."
Aku membaca lagi maklumat yang dijelaskan.
"Kelemahannya adalah anak panah?"

Rugen mengiakan perkataan aku. Jadi raksasa ni hanya mampu dilawan dengan jarak jauh? Aku nampaknya tiada pilihan lain selain menembak guna kuasa aku dari guna senjata. Boleh ni..
"Aku ambil lah, kalau tak kena nanti, tu nasib aku. "
Yugen angguk je apa aku cakap.
"Okey, good luck for you."
Mak aii, boleh speaking, terkejut aku.
"Okey, aku pergi dulu."

Aku ambil kertas misi dari papan kenyataan dan bawa ke kaunter.
Okey, aku nak berpeluh ketiak dahulu.

"Aku nak guna kuasa apa ye tembak cheetah tu? Reader ada suggest? Mana tahu nak lebih beraksi dengan kuasa baru."  ꈍᴗꈍ

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang