First move

303 38 0
                                        

Di sebuah tempat, satu organisasi.

Xriey keluar dari bilik mensyuarat. Riaknya yang boleh dikatakan agak stress itu buatkan dirinya mengeluh tak semena-mena.
"Kau lepaskan mangsa aku Xriey. Jangan sampai aku hilang sabar untuk bunuh kau disini." Andrew keluar dari bilik mesyuarat yang sama terus menyerang Xriey.

"Alex telah ditargetkan oleh kumpulan Silver. Kita tak berhak."
Balas Xriey tegas.
"Heh, kerana Alex pernah berkaitan dengan Helena? Terus mereka menetapkan Alex salah satu ahli kumpulan mereka ke depan nanti? Begitu? Nasib Alex akan sama dengan Helena. Mati diracun!" Andrew terus tinggalkan Xriey.

Pintu bilik mesyuarat terbuka lagi dari dalam. Muncul Silver selepas itu.
"Alex milik kami. Buat masa sekarang dia mempunyai ramai musuh kerana kuasanya. Jadi dia akan selamat dalam kumpulan kami dari kumpulan kau Riey, keberadaan Andrew boleh buatkan Alex tercedera sekiranya kau yang handle." Ucap Silver dengan mata redup.

"Kau mendengar perbualan kami?"
Silver sekadar mengangkat kening, dan Xriey mengeluh.
"Andrew sebenarnya baik Silver. Kadangkala sifat matangnya itu buat aku tidak percaya dia bukan budak biasa." Balas Xriey.
"Kerana dia bukan budak biasalah organisasi ni pandang tinggi dengan dia Xriey." Ucap Silver meninggalkan Xriey yang termenung panjang.

............

Kris pov.

Aku terkebil-kebil dengan seekor perempuan yang galak menempel bahu aku sejak dari tadi. Kemudian aku alihkan pandangan ke arah Alex yang sedang berbual dengan seseorang yang aku tidak kenali.

"Pandanglah aku, tidakkah kau tergoda?" Bahuku dia cuit.
'Seraaammmm dohhhh'
"Kau Kris? Setengah iblis?" Pemuda bersama Alex menyapa aku sekaligus menyelamatkan aku dari mangsa soal wanita pelik disisi aku sejak tadi.

"Kau beritahu tentang aku Alex?" Aku tak percaya. Alex pula selamba tersenyum senget macam tak ada apa-apa.
"Dia ada tugas buat kau. Sebab kau seorang boleh cium bau darah pahlawan, puak iblis." Percakapan Alex sangat misteri.

"Aku Zen, aku nak minta tolong kau carikan pahlawan yang berada disekitar kerajaan ini. Sebanyak mana kau mampu kumpul, tolong bagitau aku." Zen pegang bahu aku. Aku pandang mata dia, sangat berharap.

"Aku tak boleh mengecam mereka selain mereka terluka." Ujarku jujur.
"Kau cari di guild dan bagitau, sesiapa mengenali collector terus jumpa kau, mereka akan cari kau menerusi papan misi." Jelas Zen.
"Nanti kalau ada yang mengaku mengenali collector macam mana?" Soalku sukar.
"Disitulah kau meminta buat sesuatu Kris." Ujar Alex pula. Eh? Aku faham tiba-tiba. Hehehe.

"Kenapa bukan kau sendiri yang buat Zen?" Hairanku untuk kali kedua.
"Kami banyak pengintip dari beberapa organisasi. Buat masa sekarang kami terikat. Mujur dengan kuasa Alex kita boleh berjumpa tanpa dedahkan diri." Tambah wanita disebelah aku. 'Woh, sedap kena peluk oho.' Dirty mind, dirty mind, dirty, dirty, dirty mind!

"Luna akan merisik maklumat ke atas bangsawan, Zen pula akan merisik di beberapa buah tempat pendidik dan pejabat kemasukan keluar masuk sempadan kerajaan sebab keberangkalian pahlawan mengajar, menjadi pedagang atau pengembara." Terang Alex buat aku fikir ada betulnya.
"Kau pulak?" Tanyaku kepada Alex.
"Aku akan cari dalam organisasi diraja, musuh aku sendiri berada disana."

Melihat senyuman Alex yang menyeramkan sudah ku agak dia akan melakukan kerja merbahaya dari yang lain.
"Apa nama organisasi tu?" Tanyaku buat mereka saling berpandangan.
"Aku cuma tahu mereka ada organisasi rahsia, tidak ku tahu pula nama mereka." Ucap Zen.
"Yang tu, aku handle. Ada news jangan lupa update semasa ke semasa di lokasi ini." Terang Alex lagi. Aku mengangguk.

Mereka akhirnya bersurai. Wanita yang sedari berpeluk tubuh aku turut mengangkat punggung ingin beredar pergi. Ala~
"Tunggu!"

Wanita itu menoleh, lalu tersenyum menawan. Aku? Telan air liur Lerr.
"Nama kau, apa?"
"Aku Luna. Selamat berkenalan."
Dup dap, dup dap.

Kris End pov
......

Skip time.
Andrew pov.

Langit biru aku pandang lama. Pelindungku yang seramai lima orang itu masih setia berdiri dibelakang aku selepas aku keluar dari tempat kerja aku. Even aku berusia sepuluh tahun, Kitawa telah buat kehidupan aku berubah 360°.

"Masih tak cukup, kau kena kumpulkan lagi."

Suara dari kepala otak aku akhirnya muncul seperti biasa. Aku tak tahu dia siapa tapi dia cukup merimaskan aku. Kalau aku tak buat, semakin bising suara dia. Atau lebih tepat, diriku yang satu lagi bernama Kitawa.
'Kalau kau nak, kita cari yang lain.' Tuturku di dalam hati kerana aku tau dia mendengarnya.
"Pelindung Alex adalah yang langka."
Balasnya.
'Aku tak suka iblis.' Balasku kepadanya.
"Tapi dia sangat berguna dalam melindungi kita."

Aku takut dan risau apa yang direncanakannya. Bukan apa, aku takut tersilap langkah. Bukan boleh percaya Kitawa ni. Dalam diam dia buat kerja ke atas tubuh aku tanpa disedari. Misalnya, mencari iblis yang lain. Aku sangat bencikan kerjanya.
'Boleh aku tahu kenapa kau nak sangat kumpul pasukan iblis?' Tanyaku ingin tahu.
"Ingin memudahkan kerja dewa. Kau tak perlu tahu."
'Oh, kalau begitu aku menentang kau.' Aku tak setuju dari awal lagi.
"Aku boleh merampas tubuh ni atas kehendak dewa, kau inginkannya terjadi?"
'Kau memang pandai mengugut.'
"Kau dapat apa yang kau tak pernah dapat Andrew."

Ya, aku ada pelbagai kuasa. Antara kuasanya adalah penghalang. Kuasa yang tidak membenarkan manusia lain meneroka kuasa aku melalui kuasa mereka. Antaranya Alex. Kelebihan Alex yang diberitahu oleh Kitawa adalah special eyes dan unlimited power. Alex sangat merbahaya tapi aku teringin melindunginya juga dari pihak yang tidak bertanggungjawab seperti perampas kuasa.

"Meski kuasanya dirampas, dia boleh mendapatkannya kembali. Jadi kita kena brainwash dia."
'Kau kejam Kitawa.' Aku tidak tahu bagaimana hendak mengawal tubuh aku sendiri. Kadangkala kitawa yang keluar secara mengejut dan menggantikan aku.
"So bagi aku rest secukupnya sebelum tiba masanya berperang."
'Tak sangka one day aku akan jadi pengkhianat.' Balasku sinis.
"Kau tak akan pernah faham makna kehausan akan kehancuran Andrew. Sekali kau merasa, kau akan mengerti suatu perkara."
Aku malas pedulinya lagi. Biarlah, sekurangnya dia berjanji tidak membunuh keluarga aku.

"Alex buat apa sekarang?"
'Kau tanya macam aku jaga dia 24jam!'
Andrew end pov.

Andrew/Kitawa
Power: Hide power
Weakness: Split personality

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang