Zen pov.
Aku tengok Alex atas bawah yang terlantar baring. Sekali tengok, macam ada gaya.
'Tak guna, dia boleh tidur pulak masa-masa macam ni.'
"Macam tak cukup tidur." Tambah Luna disambut anggukan aku. Mana taknya, Alex sedap berdengkur kut sekarang. Tengok pun rasa nak sumbat kapas je dalam mulut dia.
"Kita nak buat apa senpai?" Blue datang bertanya.
"Korang dah puas berehat?" Tanyaku ingin tahu. Blue dan yang lain mengangguk.
"Kami ada tugas untuk korang." Luna mengambil posisi. Sudah dimaklumkan dia akan handle kumpulan. Aku tarik lengan Alex dan terus didukungkan di belakangku.
"Luna, aku pergi dulu. Tengokkan diorang." Ucapku sedikit risau.
"No problem."
Ini kali pertama aku guna terleportasi. Tapi, jangan risau aku boleh cheat kuasa Alex kalau dah susah sangat. Bukan untuk kepentingan sendiri, untuk kebaikan bersama.
......
Next place.
Bilik Alex, kediaman George.
Aku hempaskan tubuh Alex ke katil. Mujur badan kecil, senang je nak bawa. Baru hendak buka terleportasi, aku dengar hiruk pikuk dentuman di luar. Pergaduhan?
Bum!
Sebaik aku melangkah ke pintu, satu libasan akar panjang menerobos masuk dari lantai lalu menghilang mengheret ke bawah kembali. Aku spontan tercengang. Kris buat apa!?
Aku menyusup keluar dan bersembunyi melihat tingkat bawah.
Seseorang menggunakan kuasa kegelapan. Bagiku kuasa itu seperti kuasa pelahap, kuasa yang sekaligus menyerap kuasa lawan. Kuasa yang merampas kuasa lain dengan cara salah. Aku lihat Kris sudah tersepit. Kesian pulak aku tengok.
"Mati kau!"
Dan sentuhan terakhir dari musuh dengan menyerang dari atas. Aku menggeleng, lelaki ni memang menyusahkan orang. Aku terus mengenakan topeng ninjaku. Lalu bergerak sepantas cahaya.
Zass.
Kuasa kegelapannya terusku lahap dengan lohong hitam.
"Tuan Zen!" Jerit Kris nampaknya menangis terharu dengan kedatanganku.
"Kau siapa!? Jangan menganggu kalau tak nak mati!"
Aku? Entah kenapa rasa marah bila melihat keluarga Alex yang tercedera. Malah semua pengikut ada yang tertusuk kristal. Tidak pasti mereka siapa, pasti sudah bertarung habis- habisan untuk melindungi tuan mereka.
"Kau memang tak dengar!? Baiklah, makan ni!" Marahnya lalu menyerang aku dengan kuasa kegelapannya lagi, tetapi kali ini ditambah dengan kuasa ais.
Zass!
Aku hanya menepis kuasanya dengan melibas tangan ke sisi. Dia ternganga, Kris kagum melihatku. Bagiku, ini seakan nyamuk yang cuba menyedut darahku. Huh.
"A-apa?" Dia cuba mengalihkan serangan, namun tidak sempat saat aku sudah bertindak terlebih dahulu.
"Pergi mati." Dengan terus aku terleportasi disebelahnya, badannya terusku sentuh dan dia terus menjadi debu tak semena-mena.
Kris terduduk kepenatan.
"Nasib baik tuan Zen sempat datang, kalau tak, saya mesti dah mati tadi." Ucap Kris meregangkan tubuh badannya, kepenatan.
"Dia siapa?" Tanyaku ingin tahu.
"Dia musuh Alex, itu ketua mereka. Kalau Alex tahu keluarga dia jadi macam ni, mesti dia mengamuk." Kris bangkit berdiri menghampiri George yang terlantar baring di lantai.
"Aku tak nak sesiapa ganggu Alex, nanti aku tak nak Alex sibuk dengan benda lain." Ujarku sejujurnya.
"Tapi sayangnya, Alex banyak musuh kerana kuasanya yang banyak. Alex pewaris kuasa yang banyak dari arwah isteriku, Helena." Sampuk George dipapah Kris.
Helena~
"Kuasa kami dah tiada." Gumam Alisya pula. Alfroy diam menekur lantai.
"Kuasa kau semua tak hilang, cuma kolam mana je kering. Boleh belajar lagi dalam masa dua bulan nanti. Buat masa sekarang, exercise je kalau nak cepat pemulihan kuasa." Jelasku, riak rinduku kawal.
"Tapi kuasa kegelapan tadi?" Alfroy tidak percaya.
"Kuasa itu setakat menyerap kuasa. Ia tak hilang sepenuhnya, mitos kuasa kegelapan cuma tipu daya dari puak iblis." Ujarku lagi lalu buka terleportasi.
"Eh nak pergi mana tuan Zen?"
"Pergi ke tempat musuh, aku kenal Helena. Dia pemberi maklumat kami, tapi dia hilang begitu sahaja. Aku tak sangka dia ibu Alex."
Ya, Helena. Sebelum ini dia jugalah pembantu kami semasa kami masih kanak-kanak lagi. Tetapi keberadaannya hilang begitu sahaja sejak kami mula remaja.
"Helena ada partner, jadi aku nak tahu siapa partner Helena. Lagi satu, Alex bukan mewariskan kuasanya. Alex belajar sendiri. Helena pula, dia belajar dari kami dan juga dari pahlawan. Jadi jangan salah faham." Ceritaku panjang lebar.
George dan anak-anaknya saling berpandangan. Mungkin tidak menyangka mereka mempunyai ahli keluarga yang berkhidmat untuk dunia.
"Kau siapa?" George akhirnya bertanya siapa aku.
"Aku collector, pembimbing pahlawan, begitu juga Alex. Kami ada misi lain iaitu hentikan serangan raksasa di utara minggu hadapan. Jadi, aku nak Alex cukup tidur. Kuasa kau orang tu tak payahlah risau sangat, nanti comeback lagi, cuma makan masa je." Aku masuk tanpa say bye-bye. Pintu terleportasiku tutup selepas itu.
...
Kembali ke dalam dungeon.
"Luna, ini apa?" Aku tunjuk kulit naga besar di tempat aku terleportasi tadi.
"Kami salah masuk ruang." Keluh Luna.
"Oh, uruskannya. Aku ada kerja lain."
Aku buka portal terleportasi lagi.
"Nak pergi mana?"
"Pemberi maklumat kita, Helena dah tiada. Musuhnya sudah dikenalpasti. Mereka snake, musuh yang sama. Tapi aku dah bunuh teras utama mereka, mungkin ada ketua teras yang lain. Jadi aku nak pergi sana semula, nak tahu keadaan pemberi maklumat kedua."
"Eh, Helena dah tiada? Hm baiklah. Pergi, aku tunggu. Apapun, balas dendam untuk aku Zen. Hancurkan semua teras snake." Yuna terlihat menahan sedih di wajah. Aku tahu dia memendam rasa. Kerana dia paling rapat dengan Helena.
"K."
Zen end pov.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
