Lazy"

363 52 6
                                        

Aku mengeluh rimas dan menghentikan perjalananku ke tempat tujuan.
"Aku tahu kau disana, kenapa kau mengekori aku?"

Kris memunculkan diri disebalik pokok. Dia ketawa kecil dan menghampiriku.
"Aku tertarik mengenali kau."
"Sebelum itu, kau tak tertangkap ke malam tadi?"
Dia menggeleng menjawab persoalanku. Hebat betul dia mampu lari dari pemburu yang ramai malam tadi.
"Serangan mereka tidak menakutkan aku kecuali serangan kau yang palingku risaukan." Dia menatapku serius.

"So, kenapa kau mengikuti aku sedangkan aku boleh menangkap kau bila-bila masa dan menjual kau selepas itu? Harga kau mesti lumayan buatku." Aku sudah berfikiran tidak waras. Tidak pernah seumur hidup aku menjual manusia. Hahaha

"Sebelum itu, aku ingin mengetahui bagaimana kau mengenali aku seorang Osha? Begitu juga nama penuhku."
'Inilah yang terjadi sekiranya mereka sudah curious yang keterlaluan.'
"Aku dapat apa kalau aku beritahu kau?" Aku bermain tarik tali. Ingin mengetahui apa tindakannya.

"Aku akan mengabdikan diriku kepada kau." Janjinya dengan menghiris jarinya dengan pisau. Darahnya mengalir perlahan dan ditunjukkan kepadaku. Buktinya ingin menjadikannya sebagai pengikut.
"Maafkan aku, tapi aku sudah ada pembantu. Aku tidak berminat untuk menambahkan pengikut." Jelasku jujur. Aku ingin beredar dari situ namun pergelanganku ditarik dari belakang.

"Aku tahu kau bukan budak biasa. Sebab kau mempunyai kuasa batu dan ais. Aku mengetahui sebelum ini melalui Rugen. Kalau aku memberitahu hal ini kepada orang lain, tentang kau akan menyebar di seluruh kerajaan dan kau akan menjadi hamba raja. Bukankah kau suka kebebasan?"

Aku melihat senyuman sinis disana. Sungguh dia sangat licik dan menjengkelkan aku. Tapi, kau tidak kenal siapa aku.
"Jadi, aku tidak perlu teragak-agak untuk membunuh kau." Terus aku mencipta sebongkah ais lantas menyeliputinya. Satu teracak ais ku  cipta dan terusku tusukkan tepat ke bahunya.
"Argh! Kenapa kau selalu mensasarkan tempat yang sama!" Marahnya sambil mengerang kesakitan. Hanya wajahnya sahaja berkerut menahan perih. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa ketika tubuhnya dibekukan olehku dan bahunya ditusuk ais olehku.
"Aku agak cemburu dengan muscle kau. Sebelum ini aku mempunyainya tetapi aku tidak memilikinya lagi."
Hahaha. Tibeh rindu.

"Kau tidak membunuhku?"
Dia menyoalku berani bersama senyuman yang cukup mencabar aku.
"Kenapa kau nak menjadi pengikut aku? Kenapa tidak kita berkawan sahaja?"

Dia ternganga. Surprise! Well aku tau dia menginginkan partner yang ingin susah senang bersama.
"Jangan permainkan aku!"
"Aku tahu kau ingin berteman dengan manusia Kris. Tetapi kau takut melukai mereka suatu hari nanti, sebab itu pertemanan dan pertemuan kau hanya singkat sahaja. Kau pergi tinggalkan mereka dan mengembara lagi. Aku yang paling dianggap berbahaya oleh kau dijadikan batu loncatan untuk menahan nafsu iblis kau yang memakan manusia. Ketakutan? Aku tahu OSHA memiliki kelemahan." Tidak sia-sia ingatan Alex rupanya. Hoho.
"Kau..Tahu kelemahan kaum kami.." Dia tergamam.
"Aku banyak membaca dan aku tahu setiap ketakutan memakan keberanian OSHA. Kami sebagai manusia biasa hanya perlu maju setelah mengalami trauma."
"OSHA memiliki ketakutan masing-masing. Aku takut manusia yang tidak teragak-agak melakukan sesuatu seperti kau menusuk aku malam semalam."

Aku mengeluh, aku tak tahu nak buat apa dengan Kris ni. Kesian? Aku boleh sahaja membunuhnya. Tetapi niatnya untuk mengatasi ketakutan sendiri dan ingin menentang aku membuatkan aku teringat dengan juniorku di kehidupan lalu. Aku memetik jari, ais yang membeku membentuk empingan salji.

Hah..

"Jum ikut aku berburu. Tetapi kalau kau balik ke guild kau akan menjadi mangsa pemburu yang lain."
"Terima kasih Alex!"
"Jangan peluk aku, kau berat!"
"Biar aku dukung kau."
Aku mula merasa tubuhku diangkat tinggi dan diletak ke bahunya yang sasa.
"Bagaimana?" Soalnya gembira.
"Kau nak makan batu ais?" Tunjukku ke mukanya membuatkan dia pucat lesi dek ketakutan. Mataku seakan mata pisau yang menatapnya tajam.
"Sorry, aku bersemangat kali ini." Ujarnya tersengih janggal.

........

Dua minggu berlalu, aku dengan Kris sentiasa berburu sama walaupun kami hanya berjumpa di dalam hutan sahaja. Dia di gua dan aku di penginapan. Skilnya menembak panah sangat payah. Maka aku mencadangkan dia menggunakan kuasanya. Saat aku meminta dia menunjukkan kuasanya, dia memberitahu.

"Kurangnya tenaga aku, aku akan lapar akan tenaga manusia. Kuasa mereka mengantikan kuasaku."

Itulah yang dijelaskannya. Maka aku mengajarnya teknik Cina iaitu menggunakan kuasa Ki Ying dan Yang untuk mengatasi kuasanya. Iblis pracampuran seperti mereka boleh dikawal sebenarnya.

Ketika kami berjaya memburu rusa untuk makan malam kami, Kris bertanya kepadaku.
"Aku boleh menggunakan kuasaku, aku tak percaya aku boleh menggunakan kuasa lain selain kuasaku sendiri. Mana kau belajar kuasa ini Alex?"
"Aku menciptanya sendiri. Tetapi aku cukup terkejut kau boleh menguasainya dalam masa yang singkat." Ya, aku cukup terkejut.
"Kuasaku tidak sesuai." Ujarnya bersama wajah sedih.
"Aku rasa kuasa mengawal tumbuhan bukan sebarang kuasa. Bagi aku itu kuasa hebat." Ya, kuasa yang paling hebat. Namun, iblis seperti Kris menahannya agar tidak menjadi iblis pemakan manusia untuk dapatkan lebih tenaga kuasa dari manusia biasa. Mujur sahaja aku sudah mengajar teknik Ki, Ying dan yang. Bagiku pertambahan kuasa pengawalan diri sangat penting dalam jiwa manusia lebih-lebih lagi iblis.

"Aku sangat berterima kasih kepada kau Alex. Aku menemukan jati diriku." Dia meluah terharu.
"Selepas ini kau boleh gunakan kuasa kau untuk berburu sendiri. Lagipula, teman sejati akan muncul menerima kau dan siapa kau."
Kris akhirnya menangis.

..........
Guild

Aku kembali ke guild untuk menghantar buruan. Sampainya disana aku dikelilingi semua orang membuatkan aku sendiri kepelikan.
"Alex! Keluar dari sini!" Aku mendengar suara Rugen dari tingkat atas. Dia ditaham oleh dua orang pemburu yang lain.
"Mari sini kau budak!" Seorang lelaki berbadan besar cuba menangkap aku namun aku mengelak ke tepi dan melibaskan kepalanya dengan kaki kecilku. Rahangnya tersenget ke tepi dikerjakanku.

Akhirnya pertempuran terjadi di dalam guild tersebut, namun aku sangat bertenaga membuat senaman sebegini tanpa perlu menggunakan kuasaku. Segala sepakan dan terjahan aku bagi membuatkan mereka tersungkur jatuh tidak berdaya untuk bangkit. Pergelangan tanganku sentiasa di belakang menandakan aku terlalu santai diserang dan menyerang. Looser semua.

Akhirnya semua pemburu selesaiku habisi. Rugen ternganga besar mendapati aku tiada sebarang luka bahkan aku sempat tersenyum meleret kegembiraan.
"Patutlah harga kau mahal, kau sukar diserang dan ditangkap!"
'What the fish?'

"Kau cakap apa Rugen?" Aku tidak faham sebenarnya. Namun melihatku berkerut dahi, Rugen menarikku ke papan misi. Satu poster tentang diriku tertampal disana bersama satu jumlah wang yang sangat besar untuk membawa ku balik ke rumah!

George!

"Tak guna, dia sangat licik." Gumamku geram.
"Aku tidak menyangka kau berasal dari keluarga bangsawan Alex."
"Aku tidak berminat menjadi bangsawan, aku selesa menjadi begini ." Ya, sejujurnya aku tidak mahu balik.
"Kau kena tahu, mereka mungkin sedang merindui kau."
'Huh? Hukuman ku selama dua minggu telah selesai, sebab itu mereka ingin memanggilku kembali. Kau tak tahu cerita sebenar Rugen.'

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang