Aku merenung cermin besar depan aku. Sangkakan malam tadi aku bermimpi, rupanya tidak.
Alex George
10 years old
Power : Water / Stone / Ice / Fire
Weakness : Not confirmed yet.
'Merisaukan, aku terlihat cheat. Dewi mana pulak buat aku macam game dia ni? Aku bukan player.' Ujarku sambil bercekak pinggang sebelah. Cermin aku pandang lagi, sambil-sambil menyemak profile aku. Hampanya tiada apa-apa yang terjadi selain memaklumkan status aku.
'Tak boleh ke bagi aku kehidupan normal macam manusia lain?' Nak cakap tak bersyukur tu, bukan masalah aku. Masalahnya sekarang, aku macam overpower pula.
"Tuan muda, dah selesai bersiap? Tuan muda ada kelas pagi ini."
"Aku tak biasa pula kelas pagi sebab dah biasa kelas petang. Jadi Rachel, kelas pagi ni kelas apa?"
Rachel Corrie
24 years old
Power : Dark flame 3
Weakness : Peanut butter / Strategies war.
Aku jadi tahu kelemahan orang lain. Tidak adil pula bagiku. Aku tak tahu jadual baharu padahal sudah diagihkan di dalam kelas semalam. Semua pelajar ramah dan baik, tiada yang istimewa yang berlaku semalam.
"Tuan muda ada latih tanding antara kelas hari ni." Jelas Rachel seakli nafas. Aku puas hati dengan Rachel mempunyai daya ingatan yang kuat tanpa merujuk mana-mana kertas secara fizikal.
"Pelik, kenapa hari kedua aku ada latih tanding mengejut?" Aku membetulkan kolar bajuku dan melangkah keluar dari bilik diikuti Rachel dari belakang.
"Sebenarnya ia memang telah ditetapkan, hanya kebetulan tuan muda menjumpai hari ini." Jelas Rachel lagi.
"Nampaknya hari ni kau bernasib malang." Kris muncul dan kami bertembung di tangga.
"Atleast, aku boleh panaskan badan hari ni." Jawabku selamba. Kris tertawa dan beriringan dengan Rachel dibelakang. Kami menuju ke ruang santapan.
Di meja Alesya dan Alfroy sudah menikmati sarapan mereka tanpa menungguku. George terlihat membaca surat khabar.
"Guru piano kau mengundang kau datang ke akedemi lama kau. Katanya ingin mengadakan majlis sempena pengebumian seorang guru yang telah terbunuh. Pembunuhnya masih dicari."
Aku tak tertarik dengan berita disampaikan oleh George sedangkan Alesya dan Alfroy sudah ternganga.
"Bila majlisnya?" Sebab aku ingin ponteng kelas. Hahaha
"Esok pagi. Aku akan memaklumkan kepada pengetua baru kau esok hari."
Yosha!
"Ini hari kedua kau kan? Nanti ada penyerahan scnpad. Pastikan kau menggunakan dengan elok. Kalau rosak kena ganti rugi." Ujar Alesya tanpa menatap aku.
'Scnpad, what is that?' Aku menoleh pandang ke arah Alfroy meminta penjelasan.
Alfroy yang mengerti pandanganku tersenyum manis.
"Ia sejenis teknologi yang dipanggil oleh pengguna kuasa pemanggil. Scnpad adalah sejenis teknologi penghubung yang ringan dibawa dari bebola kristal." Jelas Alfroy lalu mengorek sesuatu di dalam poket seluarnya.
Terlihat satu kaca lutsinar berbentuk handphone di dunia lamaku namun ini sangat maju. Boleh memantulkan Siluet hologram.
"Kenapa aku tidak melihatnya semalam." Hairanku.
"Kami hanya menggunakan ia sebagai menulis nota. Pihak pengguna pemanggil masih mengkajinya." Ujar Alfroy ingin menyimpannya.
"Aku ingin memegangnya boleh?" Aku meminta izin. Tetapi riak wajah Alfroy seakan tidak selesa.
"Aku, risau kau menekan-nekannya. Benda ni senang rosak." Jelas Alfroy.
"Kau akan mendapatkannya di kelas nanti." Sampuk Alesya.
"Okay, fine." Aku mengangkat tangan tanda mengalah.
'Scnpad, kenapa caranya tidak asing? Seperti penggunaan di dunia lamaku.'
......
Akademi Chester
Aku memandang rakan sekilas yang lain. Semua butler selayak pelindung dan pengikut berkarisma. Tidak pula di situasi aku, dimana Rachel dan Kris tidak habis-habis berperang mulut dibelakangku. Sweatdrop.
Pelindung disebelah menyebelah pasti kehairanan dengan sikap aku yang endah tak endah.
"Alex, kau tengok Rach ni. Tak habis kutuk aku ni rumpai laut." Adu Alex memeluk tanganku selamba. Aku boleh melihat beberapa rakan sekelas ku dan pelindung yang lain agak terkejut melihat situasi aku terlihat mesra dengan pelindung sendiri.
"Rachel, sudahlah tu. Aku tengah excited ni." Aku palingkan kepala ke belakang dengan riak tidak puas hati.
"Teruja?" Serentak Kris dan Rachel berkata sambil terkebil. Sangkakan marah?
"Aku tak sabar mempunyai scnpad sendiri." Jelasku.
"Setahu saya tuan muda, ia hanya berguna ketika kita diminta membuat nota sahaja. Semalam hanya hari pembentangan kuasa. Jadi tuan muda tidak sempat melihatnya."
Ya, aku tidak melihat pelajar menggunakannya. Kelas aku dimasuki oleh seorang guru wanita akhirnya. Dia membawa satu papan kaca seperti scnpad, pasti itu aku punya.
"Morning class, Today we have a match. Do not forget to provide weapons for those who do not want to use their power. Thank you."
"Alex, come here to get your scnpad."
Yosh! Akhirnya..
Aku menuruni tangga dan melangkah ke hadapan kelas. Kelasku agak unik, bertangga-tangga dan besar. Tetapi sesuai untuk lecture bila mengajar.
"Alex, gunakan bila guru meminta buat nota. Selalunya ia jarang digunakan sebab kebanyakan guru lebih suka menyalin di dalam buku. Jadi, jangan rosakkannya. Scnpad hanya memudahkan urusan pelajar sahaja."
Aku menerima satu benda bulat tapak yang aku yakin tapak pengecasnya. Teknologi yang maju. Aku jadi kagum seketika.
"Ya, saya menjaganya."
Sepanjang pertandingan antara kelas. Aku tidak menumpukan perhatian perlawanan di hadapan. Aku peserta terakhir jadi aku boleh menggunakan kesempatan ini untuk mengorek isi system. Yang tabjubnya, bahasa dunia itu menjadi subtitle dan digunakan sekarang. Isinya sangat simple dan boleh diguna pakai. Pengecasnya sekadar melalui sistem solar dan elektrik.
"Tuan muda asyik bermain dengan benda ni sahaja. Saya agak kagum tuan muda tidak ragu-ragu menekankan seakan sudah terbiasa." Tutur Rachel sambil menatapku dengan berkerut. Aku senyum kecil, aku sebenarnya tahu sangat apa yang aku buat.
"Aku macam pernah pegang tapi lupa dimana." Bohongku.
"Kau nampak mahir." Puji Kris pula.
Aku membuka camera dan mula mengambil gambar.
"Dekat dengan aku dan senyum." Arahku dan mereka berdua akur.
Kachak !
"Woh, macam mana kami ada dalam tu!?" Kris terkejut, Rachel terkedu. Aku hanya pamer senyum bangga.
"Aku tahu apa aku buat. Ini boleh dijadikan kenangan. Sini ada tempat print ke?"
"Print?" Serentak Rachel dan Kris berpandangan. Aku boleh agak ia tiada.
"Tak apalah, abaikan apa yang aku cakap tadi."
"Alex George! Giliran kamu!" Aku dipanggil. Sedar-sedar kelas aku kalah teruk. Menang 21/9 dan sembilan adalah kemenangan dari kelas aku. Aku tahu kelas elit ada lima dan aku diletak di kelas elit tiga. Bertarung dengan kelas elit dua Well, no problem. Aku tak mempermasalahkannya.
"Simpankan ini. Benda ni sangat berguna untuk aku." Aku menyerah scnpad ku kepada Rachel dan dia mengangguk akur.
Aku ke lapangan tengah mendapatkan lawan aku. Namun, lawan tersebut aku kenali. Aku berkerut menatapnya dan berfikir bukan-bukan. Dia skip kelas ke? Setahuku dia lebih berusia dariku.
"Takdir aku berjumpa kau kali ini." Dia tersenyum sambil mejilat bawah bibir.
'Aku risau budak ni gay.' Sweatdrop.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
