troublesome

181 36 5
                                    

Kris normal pov.

Kris berjalan ulang alik dalam makmal Alex. Hatinya resah tak menentu. Bukan kerana keadaan Alex tetapi dia merasa resah meninggalkan para pahlawan di dungeon. Ia bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia biasa.

'Kenapa aku tak sedap hati ni?' Ujarnya di dalam hati lalu berhenti di hadapan pintu masuk makmal.
'Tapi nak ke dungeon tu memang taklah, kerja gila.' Kris keluar dari makmal. Berhasrat ingin melihat-lihat keluarga Alex sekadar membuang resah di hati.

Sebaik sahaja dia sampai di belakang kediaman keluarga George, apa yang dia hidu adalah bau darah menyengat dari dalam rumah. Even rumah besar sekalipun, tetap tidak mampu menutup indera iblisnya yang dua kali ganda.

"ARGHHHHH!" Suara George melantun naik menyaring seluruh ruang. Kris terkedu.
"Ayah!" Suara Alisya dan Alfroy serentak menjerit. Lekas Kris masuk ke dalam dan bersembunyi di sebalik dinding yang berdekatan dengan ruang tamu. Nampaknya semua pekerja dan pelayan di dalam rumah sudahpun melarikan diri dan terbunuh. Kris berdecis. Tidak sangka dia menghadapi perkara ini kali keduanya.

Sebaik dia berjaya mengintai, seorang lelaki berkot hitam bertopi ala ahli sihir sedang nikmat memijak kepala George. Kris bengang tidak semena-mena. Pembawa masalah betul!
"Mana anak kau? Cepatlah, aku dah berlembut ni." Ujarnya memaksa dan penuh angkuh.
"Aku dengar dia kuat? Tapi kalau dia tak ada sekarang ni, mesti tengah lari kan? Macam pengecut kan?" Kris tidak boleh tahan sabar lagi sebaik nama Alex diburuk-burukkan lelaki yang seakan sebayanya itu.

"Kau nak tuan aku?" Kris akhirnya muncul disana. Tatapannya tajam menatap si pembawa masalah.
"Ya, dia sudah membunuh dua anggota terbaikku. Jadi aku datang untuk mengambil nyawanya juga." Ujarnya lalu mengalih kaki dari kepala George.

Kris tersengih sinis.
"Siapa suruh kau hantar makanan kat dia? Dia pantang bila ada yang mengganggu dimasanya santainya." Jelas Kris mula mengeluarkan kuasa daunnya.

Lelaki itu pula mengeluarkan satu bayang-bayang hitam di tangan. Nampak seperti satu serbuk yang berterbangan mengelilingi sekeliling tubuh lelaki tersebut. Kris berkerut sejenak.
'Bukankah itu kuasa...'
"Kris! Lari! Itu kuasa kegelapan! Kuasa kami dirampas olehnya sebelum ini!" Jerit Alisya.
"Lari Kris!" Jerit Alfroy pula.

"Kuasa kegelapan ye.. hehehe." Kata Kris sinis. Tumbuhannya yang menjalar disekelilingnya serta merta bertukar warna hitam.
"Kau ingat aku tak ada?" Kris bangga.
"Wah, Alex banyak mengajar benda kat kau. Sememangnya anak Helena." Lelaki itu terus menyerang Kris dengan kuasa kegelapan.

Kris juga turut menyerang dan..
Bush!
Kuasa mereka bertembung. Lelaki itu berkerut, kesudahannya tenaga mereka seakan sama.
"Tak guna! Kau bukan setara aku!" Marah lelaki itu terus mengeluarkan bilah ais lantas dilancarkan kearah sisi kiri Kris yang mempunyai celah terbuka. Kris lekas membuat dinding dengan sekali jeling. Berbaloi berguru dengan Alex. Hoho.

"Hiyargh!" Kuasa Kristal mula digunakan pula untuk menghentam sisi kanan. Dan Kris sekali lagi dapat mengimbangi lawannya.

"Tak guna!" Satu lohong hitam mula terhasil. Membulat mata Kris.
'Empat kuasa dalam satu serangan! What the heck!' Lohong hitam itu akhirnya menyerang dari atas.

"Mati aku." Gumam Kris sudah pucat lesi.

"Tumbuhan apa boleh memakan daging?" -Alex
"Mana ada tumbuhan boleh makan daging." -Kris
"Ada. Kau belum pernah melihatnya. Kalau kau tahu ia sejenis tumbuhan apa, jangan lupa gunakannya." -Alex
"Mana aku tau, kau tunjuklah!" -Kris 'bengang.'
"Ia dalam diri kau." -Alex
"Ahh?"

................

At the same time, different place.
Sepasukan tentera mara berkumpul membentuk pertahanan. Berbaris dan berkawad menunggu perintah komander di hadapan mereka. Riak masing-masing serius dan tegang. Tiada gurau senda dimana nyawa menjadi pertaruhan untuk hari itu.

Walaubagaimanapun, hati tetap teguh, kaki perlu mara. Takut, akan membinasakan orang-orang yang mereka sayangi. Tiada cara lain selain berkorban dan juga melindungi kerajaan.

Sepasukan iblis di hadapan tidak mara dan menatap sepasukan manusia penuh nafsu. Ada sesuatu yang dirisaukan, ada sesuatu yang ingin dielakkan dari manusia. Ada sesuatu yang harus dipertimbangkan sebelum melangkah mara.

Namun, ia tetap menjadi ketakutan iblis dan hanya menunggu serangan yang sesuai selain menerima anak panah pelbagai kuasa dari manusia sejak dari tadi. Keteguhan membina benteng secara alami menggunakan kuasa mereka menjadi satu peluang yang mereka ada.

Kerana, di pertengahan pertarungan itu, ada seorang kanak-kanak lelaki mengetuai beberapa rombongan pahlawan sedang menghalakan machine gun di merata tempat. Malah, senjata itu diselaputi dengan sihir tinggi bersama kuasa unik, peluru tembus barrier.

Ini bermakna, kalau mereka langkah semara. Mereka akan MATI!

"Oya? Kami baru sahaja sampai tetapi kamu semua tidak bergerak lansung? Apa senjataku membuatkan kamu semua terancam?" Sinis budak itu berkata.

Budak lelaki itu mula menghala senjatanya ke hadapan. Ingin memulakan tembakan kedua kerana tembakan pertama tersasar dan hanya dapat memecahkan barrier milik iblis.

Tutttt, tutttt, tutttt.

"Tsh, mangkuk mana pulak call aku ni." Desisnya lalu mengeluarkan handphonenya. Baru nak feel jadi super hero, ada pulak yang datang spoil. Salah timing doo. Kocek seluarnya di korek geram.

"Tak boleh ke kau bagi aku satu hari cuti tanpa diganggu oleh kau?" Serangnya kepada pemanggil tanpa mendengar terlebih dahulu.

"Oh, jadi kau tak nak tahu tentang keberadaan collector di kerajaan lain? Padahal aku baru sahaja jumpa cerita menarik di kerajaan Aurora." Ujar pemanggil berura-ura ingin memutuskan panggilan.

"Eh!? Wait for me, aku nak sapu sampah dulu. Tunggu ditempat biasa." Ujar budak itu teruja dan bersemangat. Akhirnya, dia menemui collector baharu! Berbaloi penantiannya!

'I'm alone.'






MISTAKE DEADS 𝐂Where stories live. Discover now