Why?

248 35 1
                                        

"Kenapa start game sebelum memulakan latihannya?" Erica berani bertanya semasa kami mula masuk ke dalam dungeon. Api-api yang ku buat seperti kunang-kunang kecil menyebar di seluruh lorong tersebut sebagai cahaya yang menyuluh.

"Sebelum mulakan latihan, kami nak tengok kebolehan korang dengan mata kepala sendiri. Dari situ kami akan nilai tahap mana yang korang lemah." Jelasku mendapat beberapa anggukan dari mereka.

HUARGH!!!!

Kami semua berhenti. Suaranya bergema ke seluruh ruang tersebut.
"Bawah tanah. Aku merasakan beberapa gegaran di bawahnya. Tengah gaduh makanan tu." Zen yang menyentuh dinding sisinya tersenyum leret. Topeng ninjanya yang sedari buka ditutup kembali.

"Tetamu nak datang beraya pun mereka ni sibuk bergaduh. Haish, apa nak jadi monsters sekarang." Keluh Luna sambil buat gaya acah kecewa.
Aku tergelak dan teruskan perjalanan diikuti mereka.

"Apa beza iblis dan raksasa?" Soalan Harry buat aku rasa nak gelak. Yang lain buat muka selamba tak nak tahu. Betullah kata orang, otot besar tapi otak kecik.
"Raksasa ada kelebihan masing-masing seperti manusia biasa tetapi hidup berkelompok dan mempunyai kehidupan sendiri. Iblis, bertopengkan manusia mempunyai kuasa dua kali ganda lebih kuat. Tetapi manusia separa iblis seperti tuan Kris adalah contoh terbaik kita boleh tengok sekarang. Kiranya setara begitu tetapi mereka lebih kuat kalau memakan darah manusia lebih kerap. Hanya iblis boleh memahami bahasa manusia dan kita sebagai manusia tak faham sangat bahasa mereka sangat." Jelas blue panjang lebar.

Aku tersenyum.
'Seperti di harapkan oleh seorang putera.'
"Kau banyak tahu." Kagum Harry.
"Budak-budak pun tahu, ini pengetahuan umum Harry." Sangkal Miller sekaligus meluah kejujuran. Tenten dan Camelya tergelak kecil dan yang lain tahan senyum je.
Harry termalu.
"A-Aku pun taulah!" Aku tengok Harry jalan mendahului aku. Malulah tu. Haha.

"Alex, bagaimana dengan Kitawa?" Zen bertanya denganku. Aku tersengih.
"Aku tak taulah apa jadi kat sana. Huru hara kot. Siapa je yang nak kena tangkap Zen. Hehehe."

..............
Elsewhere, the situation is different.

Xriey tunduk. Telinganya rasa bernanah saat menerima caci maki dari kumpulannya sendiri.
"Aku dah agak dia memang pelik."
"See, sekarang entah hilang kat mana."
"Mana kau pergi kutip budak tu Zen? Aduh menyusahkan!"
"Rosak imej group kita sebab budak tu."
"Tapi seriously? Kerja dengan iblis, kau rasa?"

"Apa yang penting, kerja sampingan kita dah kena buang. Kau Xriey, jadi cikgu pun dah tak guna. Sebab Andrew bukan lagi team kita."
Ketua Xriey bersuara.

"Dah tu, siapa yang tangkap Andrew?" Tanya yang lain.
"Kumpulan Silver, mereka yang handle."
"Eh, bukan mereka akan merekrut  ahli baru, iaitu Alex?" Hairan Xriey.
"Aku tak tau mereka terus berubah arah. Tapi yang aku yakin, Alex sudah berkata sesuatu kepada mereka tentang khianat Andrew." Jelas ketua kumpulan Xriey ada logiknya.
..........
Andrew normal scene.

Serangan ledakan lohong hitam diberikan ke arah sekumpulan manusia yang mengejar dari belakang.

Namun masih ada yang bijak mengelak. Bukan calang-calang kumpulan yang dihantar untuk menangkapnya.

'Tak guna kau Alex, sebab kau rahsia aku juga terbongkar.' Kata Alex di salah hati. Sumpah seranah berbentuk maki ke atas Alex nampaknya disemat sebagai dendam.

"Berhenti Andrew!"
Andrew tergelak.
"Orang gila je berhenti!" Balas Andrew melarikan diri. Seluruh lorong bangunan kota yang tinggi di masuk tanpa ragu-ragu.
"Andrew, kali ni aku tak bagi kau keluar. Menyusahkan aku je." Ucap Andrew sendiri sambil tersenyum sinis. Ya, dia bukan Andrew tetapi Kitawa.

"Kau tak boleh kurung aku macam ni Kitawa!" Bentak suara Andrew di dalam hati.
"Aku kena buat, sebab aku boleh baca fikiran kau sekali. Serah diri? Huh! Leeemahh!" Andrew atau lebih Kitawa melompat ke tangga. Palang besi dicapai. Dengan kuasanya, dia terbang naik ke atas tanpa perlu menaiki tangga satu persatu.

"Ada cara lain Kitawa." Lirih suara Andrew di dalam jiwa Kitawa.
"Nak musnah dunia mana ada cara lain." Balas Kitawa mengelongsor ke lantai mengelak dinding di atas kepala. Dia bangkit berdiri secara melompat ke sisi dan tergelak suka. Sudah lama dia tidak bebas melakukan parkour. Namun perintah dewa kehancuran membuatkan dia terpaksa menyimpan tenaga.

"Dah jauh. Heh, leeemaaah. Mereka sangat lemah Andrew. Padahal kita adalah spesies yang sama." Ucap Kitawa sambil berdiri tegak dan memerhati jauh pemandangan kota di hadapannya. Penangkapan terhadap dirinya gagal je.
"Mereka lain, kau lain." Balas Andrew di dalam fikiran Kitawa.
"Apa yang lain, mereka cuma tidak menggunakan akal mereka sebaiknya. Sekiranya mereka jumpa fakta sains, mereka akan melampaui batasan. Kau tahu kenapa aku benci Alex?" Kitawa berjalan ke sisi bangunan. Berdiri menatap bawah dengan tatapan redup.

"Kenapa?"
"Kerana dia juga pembunuh, dia tiada perasaan. Semua yang dilakukannya atas sebab janjinya dengan dewi kehidupan. Jadi semua perkara yang dilakukannya sehingga kini, adalah kehendak nafsunya sahaja. Wahhh, aku betul-betul cemburu dengan kehidupannya. Dia boleh membunuh sesuka hati Andrew! Siapa sahaja yang suka dipilih kasih!" Marah Kitawa.

Dia seumpama bercakap seorang diri namun dia boleh merasakan kehadiran Andrew. Kalau orang lain, mungkin sudah anggap dia gila.
"Kalau begitu, aku tiada pilihan lain selain menyokong kau. Sebab kau boleh buat apa-apa sahaja untuk tubuh aku. Aku tak dapat menghalang kau lagi."
Andrew tersenyum sinis. Bunyi keluhan di dalam fikirannya yang datang dari Andrew membuatkan dia merasai kebebasan. Sebenarnya, dia merahsiakan sesuatu dari Andrew.

Andrew boleh keluar masuk tubuhnya sendiri bahkan boleh mengunci dirinya. Namun dia tidak boleh beritahu kelemahannya. Rancangannya akan gagal.
"Aku akan tunjukkan keseronokan yang tak pernah kau dapat Andrew."
"Ah, sebelum tu. Kita balik jap, aku lapar lah, guardian kita mungkin dah tunggu di tempat biasa."
"Andrew, tempat rahsia kau tu sebenarnya tempat apa?" Ingatannya teringat dengan satu kubah kaca berisi tanaman bunga di dalamnya.
"Kubah kaca? Itu rumah hijau. Jangan risau, tiada siapa yang akan menangkap kita disana sebab ia jauh dalam hutan. Lagi satu, kau dah dapat apa yang kau nak?"

"Kristal ni? Dah. Tinggal lima lagi." Satu kristal dilambung rendah dan diteliti. Kitawa tersenyum suka. Kalau dia tidak dapat musnahkan pahlawan, dia ada cara lain.
"Apa function dia? Itu kristal kegelapan kan? Sampai sekarang ia dikaji. Kau tahu ke Kitawa?"

Tanya Andrew disebut anggukan singkat dari Kitawa.
"Portal pemanggilan seluruh iblis di dunia ini."




MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang