Kitawa sampai di luar kerajaan. Sekutunya menunggu di tempat biasa. Sebaik sampai, wajah mereka semuanya masam mencuka.
"Apa dah jadi?" Tanya Kitawa kehairanan. Sepatutnya mereka mulakan serangan semalam. Adakah ia gagal?
"Kami kalah." Mereka yang seramai dua orang itu menatap Kitawa tak berperasaan.
Kitawa tergelak.
"Orang yang sama? Hebat sangat ke dia?"
"Masih sama seperti dahulu, bezanya dia sudah ada kuasa awet muda. Menjadikan dia kanak-kanak gila pada seumuran kau Kitawa." Ujar si lelaki dewasa.
Kitawa mencebik sahaja. Baru hendak memulakan berbicara. Muncul seseorang di semak samun.
"Kau kembali?" Kitawa beriak bosan.
"Pemberi maklumat ku tidak berjaya menculik manusia yang ingin aku brainwash kan." Ujar gadis remaja tersebut. Meniup sisi rambutnya kesal lalu duduk bersama.
"Siapa?" Kitawa tercengang.
"Anak Helena, dia target sesuai." Jawabnya selamba.
"Hah!?" Hanya Kitawa seorang yang terkejut.
"Kenapa kau terkejut, itu memang rancangan kita dari awal lagi, tapi kau tertidur masa perbincangan. Bila ditanya kau cuma mengiyakan." Ujar seorang lagi lelaki remaja disana.
"Wait, wait, wait. Alex? Dia sebenarnya collector milik dewi kehidupan! Kau semua tahu ke!?" Jelas Kitawa sekaligus mengejutkan mereka semua.
"What!?" Semua ternganga terkejut.
"Oh come on guys, kenapa tak bagitau aku?"
"Kau yang tidur masa perbincangan kita! Manalah kami tahu kau mengenali dia!" Marah gadis tersebut siap menunding jaring ke arah Kitawa.
"Okey, aku salah." Kitawa beralah sambil angkat dua telapak tangan paras dada. Muka acah tak bersalah.
Semua yang ada disitu mengeluh.
"Jadi kita nak buat apa? Sepasukan raksasa tak berguna. Kita tak ada backup plan. Alex gagal didapatkan." Ujar si lelaki dewasa.
"Nak buat macam mana, kita kena buat plan baharu. Penatlah, asyik gagal berjuta-juta tahun. Ingat kita ni robot ke?" Keluh si anak remaja lelaki yang sedari diam baru hendak bersuara.
"Kalau macam tu, kita kena lantik ketua baharu dalam perbincangan kali ni. Rasanya, semua dah pernah jadi ketua. Hanya tinggal kau je lagi Kitawa." Tunjuk si gadis.
Kitawa terkebil-kebil.
"Kenapa aku pulak!?"
"Kau orang baru, bagilah pandangan. Mana tahu ada idea brilliant dari kau. Kau tak muak ke kumpul raksasa? Aku dah penat babi." Ujar si lelaki remaja tersebut.
"Rasanya ramai je vote kau sekarang Kitawa. So, macam mana? Boss?" Ujar si lelaki dewasa sinis.
Kitawa turut membalas senyuman tersebut dengan sinis. Mencabar dia?
"Aku sebenarnya ada idea lagi baik dari idea dewa kehancuran." Ucap Kitawa berubah riak bangga.
Ketiga orang itu akhirnya memfokuskan ke arah Kitawa serius.
"Apa kata, kita buka lubang neraka? Dengan batu kristal pelahap iblis? Pasti ramai yang nak melahap dan memakan kuasa manusia?"
Mereka terkebil-kebil.
"Kau bergurau kan? Batu tu susah nak didapatkan. Kena kumpul jadi enam." Ujar budak remaja tersebut.
"Aku dah ada satu. Tapi aku dapat seru satu iblis je." Kitawa tunjuk kristal hitam bernama batu kegelapan. Tapi lebih tepat ia, sebenarnya pelahap mana iblis, pintu portal untuk segala iblis naik ke dunia atas.
Semua yang melihat terkagum.
"Tinggal lima je lagi. Tapi, kita kena mengelabui Zen dan Luna. Satu kumpulan buat kerja macam biasa, kumpulkan raksasa macam kita tak ada kerja lain. Dan satu orang lagi dengan aku, akan cari batu kristal kegelapan. Bagaimana? Menarik bukan?" Kitawa bercekak pinggang dengan wajah bangga habis.
"Okey, setuju. Tapi aku kawal monster macam biasa. Aku tak minat jadual aku berubah." Ujar si lelaki dewasa.
"Aku dengan dia." Ujar budak lelaki remaja itu sambil gerakkan kepala kiri, memaksudkan lelaki dewasa.
"Jadi, kau dengan aku." Kitawa pandang si gadis.
"No problem, kau ketua." Sambut si gadis itu senyum tipis dalam puas.
.............
Someone pov. In another place.
Attention!
Upgrade system!
Mind to sleep mode now?"
"La, masa aku berak ni jugak kau kacau!" Ujar si budak lelaki tersebut kesal. Dalam kepalanya, si suara komputer masih setia menganggu mindanya. Diabaikan dengan wajah berkerut menahan tinja sekaligus menahan geram di masa yang sama!
Atten...
"Diamlah besi buruk!"
"Woi! Kau berak dalam tu tak boleh diam ke hah!?" Pekik seseorang di luar. Nampaknya, kesabaran seseorang juga sudah menipis.
"Kau diamlah! Taik aku tak keluar sebab suara dalam kepala aku memekak! Kau pun sama!"
"Kau cakap apa budak tua!?"
Bum! Bum! Bum!
"Woi, pecah pintu ni kau tendang kang!"
"Memang aku nak tendang biar kau tak sedap berak!"
"Woi berhenti!"
"Memang taklah!"
"BERHENTI! PINTU NAK PECAH WOI!"
BUMMMMM!
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
