"Pertama, serang aku serentak atau secara rawak. Perlawanan akan dikira selesai apabila aku terkeluar dari garisan ini dan pengsan atau tidak mampu melawan. Jadi, peluang baik terbuka untuk kau bertiga." Jelasnya tidak terperinci bagiku.
Aku melihat jalur putih seperti jalur padang bola sepak yang terdapat di dunia lamaku. Tidak ku sangka perlawanan ini terlalu mudah.
"Tuan Xriey, sekiranya aku tidak melawan tetapi meminta pelindungku melawan kau. Tiada masalah bukan?" Tanyaku ingin tahu.
"Pelajar lain juga mengharapkan perkara yang sama. Meminta pelindung melindungi majikan mereka. Tetapi jangan salahkan semua pengawas peperiksaan sekiranya kau menjadi sasaran. Kau hanya membawa beban." Kutuknya selamba tanpa mengetahui rencana aku.
"Aku akui pelindung lebih kuat dari majikan mereka sebab mereka pelajar dari kumpulan militer. Tetapi belum cukup pengalaman untuk melindungi seseorang." Kutuknya lagi membuat Rachel kali ini beriak geram. Aku yakin dia menahan amarah. Mungkin kerana pengalaman mereka mengingatkan tentang itu.
"Aku hanya ingin melihat kemampuan pelindungku. Sekiranya mereka dapat mengalahkan kau, adakah aku berjaya melepasi ujian kali ini?" Tanyaku lagi.
"Itu sebuah kebetulan dan keajaiban. Jangan risau, kalah perlawanan ini tidak dikira kerana tujuan utama pertarungan ini ialah semangat kerjasama antara majikan dan pelindung mereka." Ujarnya acuh tak acuh. Aku mula tidak merasa senang kerana dia menganggap aku seperti sampah. Mungkin setelah aku mengetahui kuasanya, dia berperilaku tidak sopan terhadap aku.
"Aku rasa aku pernah tahu nama dia." Kris tiba-tiba bersuara. Dia menggaru bawah dagunya sambil menatap Xriey.
"Siapa dia?"
"Junior perlindungan dari agensi kerajaan pusat utama, dia adalah salah satu orang kuat yang mewakili kumpulannya." Ujar Kris membuatkan Xriey tertawa terbahak-bahak.
"Aku nampaknya hanya terkenal sebagai pengawas peperiksaan sahaja. Aku sudah berhenti kerja dalam kumpulan tersebut." Cerita Xriey bercekak pinggang.
"Kumpulan apa tu Kris?" Tanyaku tidak tahu menahu.
"Kumpulan yang melindungi keamanan dalam kerajaan." Sampuk Rachel disambut anggukan Kris.
'Polis ke?' Aku lansung tak faham. Tetapi sama je maksudnya.
"Baiklah kita mulakan perlawanan. Pelajar lain tidak sabar menantikan kehebatan kau bertiga." Dia akhirnya menggerakkan tubuh badannya membentuk kekuda pertahanan. Aku senyum meleret, aku tahu itu adalah taekwando.
"Pergerakan itu.." Rachel mengerlingku tidak percaya.
"Aku masih belum memahami gerakan itu..Hisk..Hisk.."Kris sudah merengek disebelahku.
"Ia sekadar teknik pertahankan diri. Kau berdua, ini ujian untuk kau berdua. Kalau kau berdua gagal, kau mendapat latihanku dua kali ganda." Ugutku seraya tergelak suka.
"Kau lebih merisaukan." Kris mencebik.
"Saya mampu tuan muda." Rachel juga sudah siap sedia. Siapa sangka aku telah mengurus dua pelindung aku dengan baik bersama latihan-latihan ringkas yang aku ajar sebelum ini? Sangat berbaloi buat sekarang.
Aku mengundur ke belakang dan membina kerusi batu. Lalu aku duduk disana dengan selamba.
"Okey, let start it."
Xriey memulakan serangan pertama iaitu serangan secara dekat. Pedang berapi dihunus dan dibawa lari ke arah aku. Jadi targetnya adalah aku. Aku tersenyum sinis dan membiarkan Kris dan Rachel membuat kerja.
Rachel terus membuat pendinding api hitamnya marak di hadapan aku namun, api lawan api. Xriey menempuh masuk dengan mudah. Kris mengambil peluang mengeluarkan tumbuhan dari lantai tanah menjalar keluar menerkam Xriey.
Xriey menepis dengan memotong semua tumbuhan tersebut dengan pantas dan tangkas. Rachel menyerang kembali dengan membaling bebola api hitamnya ke arah Xriey namun Xriey bijak membuat satu lagi pedang berapinya.
Ting !
Pedang berapi berlaga, Rachel menyerang secara dekat kali ini. Kris ingin menarik kaki Xriey namun Xriey menyedarinya dan terus memotong dengan pedang berapinya yang satu lagi.
Slash !
Kris mengetap bibir. Dengan amarahnya dia terus mengeluarkan seluruh akar tumbuhan dari bawah tanah ditempat Xriey.
Xriey dan Rachel terpelanting tinggi namun kedua-duanya melekap di akar tumbuhan Kris.
Ting!
Zass!
Ting!
Walau bagaimanapun, Xriey dapat mengawal keseimbangan melawan Kris dan Rachel secara serentak.
Slash!
Zass!
Hampir setengah akar tumbuhan milik Kris hangus terbakar dek api milik Xriey.
Kris cuba ingin menangkap tangan Xriey dengan membelit pergerakan lelaki itu. Rachel mengambil kesempatan menendang tubuh Xriey dan kesannya Xriey kehilangan imbangan di atas akar tersebut. Dia terjatuh dan ditangkap oleh tumbuhan Kris. Dibelit selayaknya ular yang berjaya menerkam mangsanya.
Rachel terjun kebawah dan menghunus pedang berapinya ke leher Xriey. Kris datang dengan wajah tak puas hati. Musuh tertangkap sekejap sahaja dari tempoh yang dikehendaki.
"Pemenangnya, Alex George dan para pelindungnya!" Suara entah siapa akhirnya memantul nyaring di ruangan tersebut diiringi tepukan gemuruh.
Aku menghampiri Kris dan Rachel yang kini sedang melepaskan Xriey. Dia ku tenung kesal namun dia selamba tertawa kecil.
"Kali pertama aku dikalahkan oleh pindahan pelajar." Ujarnya mengesat bibirnya yang berbekas darah. Aku yakin itu tendangan Rachel sebelum ini.
"Ehem, kalaulah kau mempunyai kuasa petir, pasti kau dapat mengalahkan kedua pelindungku." Ujarku selamba sekaligus membuatkan dia menatap aku tajam.
"Apa maksud tuan muda?" Rachel bertanya pelik.
"Aku nak berlawan dengan pengguna petir. Tapi pengguna kuasa petir jarang ada. Kau rasa aku menemukannya disini?"
"Rasanya ada Alex, tapi belum tentu mereka dapat kalahkan kau. Mereka tidak layak." Ujar Kris mendongak ke arah penonton yang terdiri daripada pelajar.
"Kau siapa?" Tanya Xriey jelas ingin mengetahui identiti aku.
Aku menukar topik.
"Baiklah Xriey, nampaknya pelindungku lebih takutkan ujian dariku sekiranya mereka gagal. Aku anggap ujian tadi sebagai pengujian mereka. Thanks Xriey, selepas ini kita boleh bertarung lagi." Ujarku lalu menepuk bahu Xriey. Meninggalkan dia dalam keadaan tertanya-tanya.
"Jangan menipu denganku Xriey." Pesanku sebelum keluar dari ruangan itu.
............
Someone pov.
"Dia dari keluarga George tuan, adik bongsu Alfroy." Ujar pemuda selaku pembantu kepada seorang remaja lelaki yang sedang menyeluk saku seluarnya santai.
"Dari mana mereka mendapat pelindung yang berkebolehan sebegitu padahal kita mendapat dari agensi yang sama?" Hairan remaja lelaki tersebut.
"Mungkin mereka mempunyai latihan. Keluarga George amat menitikberatkan latihan terhadap pelindung masing-masing." Ujar lelaki tersebut.
"Aku berminat yang berkuasa tumbuhan itu. Kau rasa kalau aku mencabarnya, dia terima tak? Hehehe."
"Tuan suka mencari masalah dengan keluarga itu lagi." Ujar pelindung lain.
"Aku suka yang kuat. Budak Alex tu nampak lemah macam abangnya." Kutuk remaja lelaki tersebut.
"Bila tuan ingin mencabarnya?" Tanya pelindung yang lain.
Budak remaja lelaki itu berpusing menghadap ke arah pelindung-pelindungnya yang seramai lima orang tersebut. Antaranya bekas pelindung milik Alfroy disitu juga.
"Frac, kau rasa dia mampu kalahkan aku atau tidak?"
Frac Draco, pelindung milik Alfroy yang didapatkannya pada tiga bulan lepas.
Frac Draco mengangguk kosong. Dia tidak yakin dalam hatinya, tetapi dia terpaksa. Setahunya, Alex tidak pernah berlawan. Menyendiri bersama pelindungnya Rachel. Agak terkejut bila Alex mempunyai pelindung baharu. Atau Alex berubah?
'Dia sangat berbeza tadi. Sikapnya agak sombong. Seperti melihat orang lain.' Frac berkerut tidak pasti.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
