E

311 45 3
                                        

Hari pengebumian dilaksanakan.
Hujan tidak terlalu rintis menggamit suasana kesedihan itu. Kris memayungi Alex. Semua tetamu berpakaian hitam mengucapkan takziah.
"Alex, bersabarlah."

Alex tidak membalas ucapan Alfroy. Malah tidak dipandangnya wajah abangnya itu.
"Kami balik dulu Alex." Alisya menepuk bahu Alex. Kawasan perkuburan itu mula berkurangnya manusia.
"Alex, dia sudah buat yang terbaik." George juga datang menyabarkan Alex sebelum berlalu pergi. Alex masih kaku merenung kubur di hadapannya.

Tinggallah dia bersama Kris di kawasan perkuburan tersebut. Senyuman tipis mula terlakar.
"Dia akan berjumpa Alex sebenar. Begitu juga Helena, mama Alex. Kau rasa tindakan aku betul ke Kris?"

Kris tersentak disoal. Dia tergagap-gagap.
"Aku kurang tahu apa kau fikirkan Lex." Balas Kris perlahan dan bertutur berhati-hati. Sesuatu ditakuti dari aura Alex.

Seram dan misteri. Alex lansung tak berperasaan dan tidak berkemanusiaan. Setelah membunuh pelindungnya sendiri! Rachel.

"Aku hanya tamatkan riwayat dia, tengoklah keadaan dia yang cukup menyedihkan, perutnya berlubang. Mana dapat diselamatkan lagi."

'Rachel, semoga kau tenang disana.' Kris berdoa.
.............
Kediaman George.

Alex pov.
Aku tersenyum melihat gambar Rachel yang kini menghiasi di sebelah cermin muka aku. Pasti George meletakkannya disitu.

"Kris, memandangkan Rachel dah tiada. Kau tak perlu berkepit dengan aku dua puluh empat jam. Faham?"
"Jadi aku buat apa?" Kris yang berdiri di muka pintu berkerut habis.
"Pergilah rest. Aku nak buat kerja sendiri." Balasku malas.
"Okeh, aku keluar ni. Jangan tiba-tiba cari aku nanti."
Aku menghempas diri ke katil. Malas menbalas kata-kata Kris.

Kenangan sebelum kejadian menganggu fikiran aku. Rachel yang kehilangan darah ketika itu buat aku merasa dia perlu mati dari terseksa. Bukan sahaja Rachel, John juga mati kerana jantungnya ditebuk.

Flashback after the incident.

"Rachel Lex, dia nak mati. Kita perlu buat apa?" Kris datang menggoncang lengan aku cemas. Tapi aku sibuk memerhati keadaan yang lain.

Kesemuanya pengsan. Mungkin Kris sudah memengsankan Alisya dan yang lain sebelum dibawa ke makmal aku.

Melihat mereka semua yang cedera, aku memandang sahaja. Aku tiada kuasa untuk menyembuh. Bahkan nak dibawa ke hospital, dunia itu tidak memilikinya. Leceh.

"Alex!"
'Kris ni ada jugak aku jahit mulut dia ni.'
"Apa?" Aku berpaling.
"Rachel, dia dah nyawa-nyawa ikan." Tunjuk Kris ke arah Rachel yang bersandar di dinding.

Aku mendapatkan Rachel. Melihat kecederaan tersebut aku rasa ia tidak mampu diselamatkan selain mendapat kesengsaraan.

"Rachel, kau dengar aku?"
"Tu..Tuan..Mu..da.." Suaranya lemah.
"Aku rasa setakat ini sahaja tugas kau. Pergilah berehat." Aku mengeluarkan kuasa aisku berbentuk pisau ais.
"Eh kau buat apa ni!?" Kris menangkap tangan aku.
"Kris, kau ada kata-kata terakhir buat dia?"

Dia kaku. Entah kenapa aku rasa dia seperti terkejut apa yang aku katakan sebentar tadi. Lantaklah.
"Rachel, selepas ini aku akan bunuh kau. Aku buat ni sebab kau dah tak mampu diselamatkan lagi. Jangan risau, aku akan melindungi keluarga George disini. Sampaikan salam aku kepada Alex dan Helena kerana mengizinkan aku menggunakan tubuh ini. Lagi satu, tugas kau dah selesai."

MISTAKE DEADS 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang