Lost"

352 56 3
                                        

George pov.
Aku seorang yang strict dan paling penting aku jaga nama aku dimana-mana. Aku mempunyai anak tiga orang dimana aku harus membuat mereka sendiri berdisiplin.

Akhbar yang kubaca ku letak tepi dan menikmati sarapan pagi aku. Kemunculan anak-anakku sekadar ku pandang sekilas.

"Ayah, ada sesuatu yang ingin saya beritahu."
Aku menatap anak lelaki kedua aku, Alfroy.
"Duduk dulu, dan nikmati sarapan pagi kau." Melihat wajahnya dan tingkahnya yang serba-salah itu aku sudah merasakan sesuatu yang tidak kena.

Alfroy mengambil tempat duduk di sebelah kanan aku, manakala Alesya disebelah kiri aku.
"So, what do you want to talk about Alfroy? "
"A..Alex, run away from home."
'Aku sudah mengagak, dia sekarang memberontak.'

"Bila Alf?" Alesha menyampuk. Aku hanya mendiamkan diri sambil meminum teh yang disajikan. Berita sebegitu harus boleh ku selesaikan tanpa sebarang masalah.
"Pagi tadi. Dia keluar lompat balkoni."
"Ah? Gila ke? Bilik kau berdua bukankah tingkat tiga?"
"Aku nampak dengan mata kepala sendiri Sha."
"Kau berdua berhenti bertekak." Aku pinta dengan lembut, dan akhirnya mereka terus senyap.

"Biarkan dia pergi, dia tahu jalan balik. Alfroy, petang ini kau pergi ke akademi mewakili adik kau dan sekat namanya sebagai tidak terdaftar disana lagi. Aku tidak mahu menanggung kos pengajiannya jadi ia agak merugikan aku."
"Baiklah ayah."

'Budak menyusahkan.'
George end pov.
........

Alex pov.
Dari jauh aku boleh melihat raksasa yang dimaksudkan dalam misi sebelum ini. Sedang tidur nyenyak tanpa gangguan. Aku rasa ini peluang terbaik untuk membunuhnya. Apa yang ku tahu taring kukunya dan tanduknya yang runcing itu mendapat permintaan tinggi.

'Kuasa apa harus ku gunakan ya?'

"Menembak bukannya mudah, kau perlu tetapkan sasaran kau dahulu dan mengenalpasti sekeliling mereka."

Suara senior aku terngiang di fikiran aku. Pada masa begini aku merasa terganggu dengan kenangan sendiri.
Sedang memikirkan kuasa jenis apa digunakan, pandangan aku tertangkap ke arah dua orang pemuda dari jauh. Nampaknya mereka sedang bersembunyi dan turut ingin menyerang hendap disana.

'Siapa dapat dulu dia punya guys.' Waktu itulah fikiran aku sudah mula terbayang ice sniper. Segera kuasaku mula terkeluar secara perlahan-lahan di telapak tanganku lalu membentuk selaras senjata api. Aku merasa sangat senang ketika itu, kerana sudah lama aku tidak memberi perhatian dalam tembak hendap sebegini.

BUM!

"HUARGH!"

Aku bersembunyi di sebalik semak. Sepertinya dua pemuda itu sudah mengacaukan suasana tersebut. Raksasa tersebut telah tersedar dari tidurnya dan mula menyerang si penembak anak panah.

"Arah sini Tlog!"
"Argh! Anak panah aku tak mengenainya Kris!"
"Sini! Sini! Celah dia terbuka Kris!"
"Tlog! Tembak kaki dia!"
"Argh! Terlepas! Dia ni jenis liar Kris!"
"Tak boleh lepaskan dia! Kita dah sampai sini, kena teruskan jugak!"

"HUARGH!"

Aku hanya menonton bosan di atas pokok. Sempat menguap tatkala mereka terlempar saat diserang raksasa tersebut.
'Mereka patut serang hendap. Bukan berdepan begini sebab monster macam ni reaksi dia laju dan hanya peka pada serangan kedua setelah berjaya mengesan dia diburu. Apa yang aku tahu tentang raksasa ni, pertahanan dia sangat berpotensi namun terbuka luas di atas kepala serta badan.'

"Kita menjauh Kris!"
"Mari!"

Aku melihat mereka berusaha memanjat pokok yang paling tinggi malah dikejar dari belakang. Aku tertawa lucu saat salah seorang dari mereka terlondeh seluar saat kaki seluarnya diterkam kuku oleh si raksasa.

"Argh! Tolong aku Tlog!"
"Paut tangan aku Kris!"
'Show time.' Saat terbaik melihat kepala raksasa mendongak ke atas.

Aku terus menghala sniperku dan targetku membentuk empingan salji yang cantik. Walaupun tidak berbentuk mekanisme seperti selaras senjata, namun aku membuatnya menjadi unik dan boleh dipergunakan serta diupgrade lebih sistematik. Dimana peluru ais aku sentiasa ada tanpa perlu mengisi.

'Target lock.'
BAM!

Peluru ais aku meluncur laju terus membenam atas kepala raksasa tersebut tanpa amaran terlebih awal.
Aku tersenyum kemenangan.
"Kelajuan aku lebih power dari kau monster."

Aku terjun dari pokok dan mendapatkan buruan aku yang kini telah tidak bernyawa. Dua orang pemuda tersebut terkejut dengan keadaan tersebut. Sedangkan mereka sebelum ini bersusah payah dan telah menjadi umpan buatku.
"Sorry to say, kau berdua boleh dapatkan yang lain, ini aku punya." Aku heret raksasa tersebut. Berat!
"Dia mangsa kami!" Marah seorang pemuda sambil mengacukan panahnya ke arah aku.
"Mangsa kau? Bukankah kau dengan kawan kau sedang menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa raksasa ini?"
"Kami yang dapat dulu!" Marah seorang lagi.

Aku mula hilang sabar lantas dua batang batu tajam berbentuk kunai terus kubaling. Kuasaku melayang membelah angin dan hampir mengenai wajah masing-masing. Kunaiku tertacak elok di belakang pokok yang mereka belakangkan sekarang.
"Siapa yang bunuh dulu, dia dapat." Kataku dingin dan terus menarik raksasa tersebut dengan rasa amarah.

Sampai di guild aku mendapat habuan setimpal dengan misi. Ramai yang tidak percaya dengan apa yang telah kulakukan. Namun, aku lebih memilih tidak bersuara dan meluangkan masa bersama Rugen. Aku juga berhasil mendapat rumah penginapan sementara serta senjata yang ingin ku tempa sendiri.

"Selepas ini apa yang akan kau lakukan?" Rugen seakan menanyakan aktiviti aku kehadapannya nanti.

Sebenarnya aku masih berfikir-fikir, apa makna disebalik kejadian aku mengambil alih tubuh Alex. Namun, aku lebih berminat membuat kehidupan sendiri dari mencari tahu. Selain merahsiakan siapa aku.

"Aku ingin bertambah kuat." Ya, aku tidak tahu kehadapannya nanti maka, aku mesti kuat untuk sesuatu yang aku belum pernah hadapi lagi.
"Begitu? Aku sentiasa di kedai senjata seperti biasa. Nanti datang jenguklah, kau mungkin perlu pemandu tempat."
'Mungkin aku hanya perlu peta sahaja Rugen.'

Aku balik ke penginapan dan menghempas diri ke katil single aku. Telapak tanganku pandang. Rasanya aku tidak boleh memanipulasi kuasa lain lagi sebab dunia ni hanya ada satu atau dua kuasa sahaja yang wujud dalam tubuh seseorang. Tetapi aku? Aku boleh buat semua!
'Air, batu dan ais. Rasanya aku perlukan api kemudian hari. Okey, aku perlukan yang itu sahaja.'

Aku terlelap.

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang