Epic comeback

153 31 0
                                    

Kris pov.
Three days left.

"Saya dah cuba banyak cara dan simbah air. Tapi dia tetap tak bangkit dari tidurnya. Dia mati ke?" Tanyaku kepada Zen dan Luna yang berkerut menatap Alex yang terbaring di atas katil.

"Dia tak macam ni." Alfroy datang bersama dulang berisi air di dalam mangkuk. Ada kain disisinya.
"Dah tiga hari, saya risau kalau dia ada penyakit apa-apa." Alesya pula risau. Dia mengelap wajah Alex agar kekal sembab dan tidak kering.

Aku risau. Ini salahku kerana terserap mananya sampai separuh.
"Kau serap berapa banyak mana anakku?" Tanya George pula dingin kepadaku. Aku garu belakang kepala, susah macam ni bila si ayah mula bersuara.

"Setengah."
Jawapan aku mengejutkan keluarga itu.
"Kau!" George sudah menggenggam kolar bajuku erat. Tenungannya yang tajam tidak mampu ku balas kerana ini memang salahku juga.
"Mungkin dia tidak bangkit-bangkit lagi disebabkan dewa tidur. Berkemungkinan ada sesuatu yang hendak disampaikannya kepada Alex." Sampuk Luna yakin membuatkan aku sedikit hilang rasa serba salahku.

"Selalunya dewa dewi sahaja yang membuatkan dia serupa mayat hidup macam ni. Tapi rohnya berada di alam lain, jasadnya sahaja tersangkut dalam dunia ni." Tambah Zen semakin membuatkan aku rasa terlindungi. Thank you senpai!

"Hmph." George melepaskan aku dan mengorak langkah ke anaknya. Rambut Alex diusap lembut. Safe.
"Aku periksa kehadiran pahlawan, dah tiba masanya kita latih mereka." Luna buka terleportasi. Zen mengangguk.

"Kalau begitu, kau uruskan bahagian Alex juga. Selebihnya nanti aku membantu mana yang patut." Zen pinta dan Luna mengangguk.

Baru sahaja hendak melangkah masuk, terjenguk kepala Zariel atau dikenali sebagai,

"Blue? Kau buat apa kat sini?" Tanya Luna hairan. Satu ruangan bilik itu sunyi serta merta. Zen mencium sesuatu di tubuh Blue.
"Aku bawa tetamu. Dia nak jumpa semua collector, ku pikir disini tempat perbincangan. Kenapa dengan tuan Alex?" Blue mula risau dengan riaknya yang sedikit berubah.

"Alex ditidurkan, ada masalah sedikit dengan mananya. Dalam bayang kau siapa Blue? Bagaimana boleh dia masuk dalam bayang kau sedangkan kau tiada kuasa shadow control.

"Dia sendiri yang masuk dalam bayangku." Blue memandang bayangnya sendiri. Lalu meminta seseorang keluar dari situ. Dari kepala sehinggalah muncul satu tubuh yang turut diletakkan kolar hamba di leher.

"Dia mengaku dirinya collector." Blue bercekak pinggang. Menatap Kay yang mengangkat pandangan. Senyuman budak lelaki itu mengingatkan aku dengan Alex. Senyuman yang mempunyai pelbagai motif.

Aku tak percaya lalu keluar akar berduri ku lantas menyerangnya.
Zen dan Luna tidak menghalang kelakuan aku.
"Tunggu Tuan Kris, aku sudah buatnya tidak mampu berlawan!" Halang Blue, namun akar berduri ku sudah melepasinya.

Zup!

Aku sudah mengaggak, senyuman sinisku spontan terbentuk.
"Bukan manusia biasa." Buktinya, akar berduriku menembusi tubuh itu seperti hologram.

"Wau, kuasa tembus. Kau patut ajar aku lain kali." Luna mula mesra dan mendekati si budak lelaki tersebut.
"Sure. Aku Kay, senpai korang." Dia tayang senyuman bangga dengan bergaya. Tidak risau dengan kalung hamba di lehernya.
"Kuasa unlimited, kau dah banyak cuba kuasa baru." Zen angkat kening. Not bad baginya.

"Aku Kris. Dua orang ni collector, aku hanya pembantu." Aku kenalkan diri, tidak mahu dia memanggil nama sebenar aku disebalik kuasanya menyemak status profil aku.
"Okay, keberadaan kau sangat berguna dalam team collector." Ujarnya menepuk bahuku.

Terkejut aku dia berada disisiku tiba-tiba. Dia terbang pulak tu. Keluarga George sudah ternganga.
"So, buktikan yang kau sebahagian kami. Dengan bangkitkan dia dari tidur? Sebab dia salah satu ahli kita yang paling penting." Zen berpeluk tubuh dan tunjuk menjuih bibirnya ke arah Alex yang terbaring.

"Kebetulan." Gumam Blue mula rasa respect dengan pemikiran Zen. Aku setuju dalam diam. Dia mendekati Alex dan meneliti atas bawah.
"Dia sedang bergaduh dengan para dewa dewi. Sebab apa pun aku tak tau." Ujarnya angkat bahu.

Hebat, dia ada kuasa menembusi pemikiran para sedar. Aku kagum sejenak.

"Gaduh? Sampai tiga hari?" Luna tidak percaya.
"Dia yang tak nak balik ke tubuhnya semula." Kay tertawa kecil lalu mengusap rambut Alex lembut. Lama.

Sesuatu yang keluar dari telapak tangan Kay, satu cahaya lembut berwarna keemasan. Semua yang melihat menjadi terpegun tak semena-mena.

Tidak lama kemudian, Alex akhirnya membuka matanya. Perlahan-lahan menatap Kay yang tersenyum manis.

"Kau nak mati?"

Ucapan pertama dari mulut Alex selepas tiga hari tidur mati. Buatkan kami sedikit kecewa.
"Eh, tapi anjing aku suka dibelai macam ni."
Jawapan Kay buat Alex menyinga.
"Kau ingat aku apa!?" Alex menepis tangan Kay yang mengusap rambutnya.

Kay tergelak-gelak.
"Aku Kay."
"Apa? Tak dengar, gay?"
"K.A.Y K!"

Aku tergelak, Alex buat muka selamba selepas dimarahi Kay.

Boleh ku agak sekarang Alex tidak menyukai Kay.
"Alex, kami risaukan kamu." Satu keluarga Alex memeluk Alex. Alex senyum segaris.
"Maafkan merisaukan kamu semua, aku ada hal dengan dewa dewi celaka kat atas. Apapun, aku dah balik. Alfroy, kau ni lemahlah. Tengok Alesya, dia tak menangis pun. Lembik."

Sempat diusik keluarganya. Aku hanya tersenyum gembira. Kemudian dia memandang kami semua.
"Tinggalkan kami ayah, saya hendak membincang sesuatu kepada mereka semua." Pinta Alex.

George dan anak-anaknya mengangguk memahami dan beredar pergi. Tinggallah mereka, diam dan menunggu kata-kata Alex.
"Blue, kau balik tengokkan yang lain." Pinta Alex, Blue akur dan masuk ke terleportasi yang dibuka Alex.

"Okay, first Kris. Banyak gila kau sedut mana aku. Tapi tak apa, berbaloi untuk aku berdepan dengan dewa dewi celaka atas tu." Ujar Alex buat aku lega tak semena-mena.
"Diorang cakap apa? Sampai kau tak nak balik?" Tanya Kay bercekak sebelah pinggang. Menatap Alex.

"Cakap tentang kau. Kau sebenarnya manusia yang dah melanggar hukum alam dan bermain-main dengan dimensi dunia. Kau keluar masuk dunia ni macam check in hotel, lepastu keluar macam tak buat apa-apa." Alex berkata serius dan merenung Kay tajam.

"Hahaha, sebab aku bosan. Tiada siapa yang mampu menghalang aku even dewa sekalipun." Ujarnya bangga.
"Kau tidak diperintah oleh siapa-siapa. Kau cuma buat-buat diri kau sebagai collector. Kau, sebenarnya manusia tak berjasad. Para dewa dewi tidak dapat mengesan kau siapa." Simpul Alex buatkan semua memandang Kay yang kekal dengan senyuman.

"Aku, dewa cinta. Menyamar sebagai manusia."

MISTAKE DEADS 𝐂Where stories live. Discover now