End up

269 47 1
                                    

Aku menenyeh mata aku. Pedih babi dek silau menerjah masuk kornea mata. Aku bangkit dari baringan. Suasana aku perhatikan, dan menyedari aku bukan lagi di makmal. Aku kenal tempat ni. Aku kenal sangat sampaikan rasa marah aku menggelegak tiba-tiba.

"Aku tahu aku dah mati kali kedua! Tapi mati aku kali ni satu kesilapan!" Jerit ku sebab aku tahu ada beberapa pasang mata yang memerhati tingkahku disitu. Entah dewi atau dewa yang sedang menyaksikan kegilaan aku sekarang.

"Lontar je lah aku kat neraka." Aku pasrah bila tidak terjawab. Dari kehidupan lama sampai kehidupan. Sudahlah headshot. Ini pulak sebab apa? Aku tak sangka membongkar misteri tentang kristal dengan mengorbankan darah menyebabkan kematian tragis.

"Kau belum lagi mati. Kau hanya bangkit separa sedar."

Aku kenal suara itu, dewa kematian.
"Maksud kau aku hanya pengsan?"

Safe~

"Kau hanya pengsan, Ish! Kalau aku, memang taklah bagi kau bernyawa tapi dewi kehidupan nak sangat kau hidup."

Suara dewi penentu takdir bertingkah tidak suka. Aku sudah dimaklumkan ada dua lagi darinya tidak berminat aku hidup.

"Aku tahu apa aku buat, tapi dia sangat penting untuk dunia ini. Kehadirannya sangat penting buatku."

Dewa alam pula bersuara. Ya, dia antaranya sangat menginginkan aku hidup tapi aku tidak tahu kenapa dan mengapa.
Suara mereka bertingkah-tingkah tidak puas hati dan saling bergaduh itu buat aku tidak mengerti.

"Kita harus berkorban untuk kedamaian bersama. Dia hanya manusia biasa yang inginkan kehidupan juga."

Dewi kehidupan. Akhirnya dia muncul dalam suara-suara yang bertingkah tersebut. Aku tidak nampak mereka tetapi suara mereka bagai petir menyambar dinding-dinding kosong disekeliling aku.

"Apa motif kau menghidupkannya?" Suara dewa kematian kedengaran agak serius. Aku boleh agak dia tidak terlalu ramah.

"Dia antara manusia yang boleh selamatkan alam seterusnya dari kehancuran."

Satu suara baru yang pertama kali aku dengar. Siapa dia?

"Oh, jadi kau yang menginginkan dia hidup. Tidak boleh ke kau cari pahlawan sahaja?" Dewi penentu takdir bertingkah tidak suka.

"Aku tidak tahu kenapa harus mematikan manusia yang sama sahaja." Dewa kematian jelas kedengaran sudah muak bermain dengan rohku.

"Dunia bersifat kuasa itu diambang kehancuran. Raksasa membiak pesat dan pengguna-pengguna kuasa oleh manusia disana semakin lemah." Ujar suara yang tidak kukenali itu.

"Kau siapa? Mengapa kau menginginkan aku hidup?" Aku bertanya ingin tahu.
"Aku dewa kehancuran, alam dunia yang kau duduki diambang musnah kerana kehadiran raksasa. Aku yakin raja iblis membiakkan mereka."

Jelasnya membuatkan aku rasa terasa dicabar.
"Kau dengar itu, kalau bukan dia nak kau hidup, sampai sekarang kau tak tengok dunia."

Marah si dewi ketentuan takdir.
"Dia manusia, bagilah dia masa. Bukan mudah baginya untuk beradaptasi tentang ini." Dewi kehidupan membela aku.

"Tapi dia seorang pembunuh." Dewa kematian menyampuk.

"Dia akan berubah, betul tidak Alexander?"

Sudah lama aku tidak mendengar nama asliku. Sejak aku menduduki di tubuh Alex, aku hanya peka dengan nama Alex. Membuatkan aku serasi walaupun bukan aku dimaksudkannya.

"Aku cuba untuk berubah dewi kehidupan, tetapi aku tidak teragak melakukan pembunuhan lagi sekiranya mereka menyentuh aku serta harta aku."

Ya harta aku. Bernilai saat ini.
"Aku tak sangka pembunuh seperti kau mempunyai perasaan. Atau aku tersilap?" Dewa kematian seperti tahu apa yang disembunyikan di dalam hati aku.

"Cukup, kita sudah mendengar perkataannya. Kami akan pertimbangkannya Alex. Namun, ini bukan kesempatanmu berperangai sama. Ingat janji kita." Dewi kehidupan mengingatkan janji pertama kali kami lafazkan saat aku dibangkitkan pertama kali.

"Sorry to say, aku bunuh bila perlu. My answer remains the same. Did you forget?"

"Ya kami tak lupa Alex, hanya sahaja kawal kemarahanmu." Ujar si dewa Alam pula. Pasti dia tahu kisah aku dari dewa dewi yang lain.

"Aku ada pertanyaan lain, kenapa aku boleh pengsan dan jumpa korang semua? Sebab kristal tadi ke?" Akhirnya terluah juga benda di kepala otak aku.

"Sepatutnya kau mati disebabkan perbuatan tersebut. Bukan kau seorang sahaja berfikiran sebegitu, ramai lagi yang ingin mencubanya." Jelas si dewi penentu takdir.

"Dah tu kenapa aku tak mati?"
"Sebab aku, siapa lagi yang kau nak harapkan?" Dewa kematian bersuara jengkel.

"Jangan cuba hendak merasuki roh kristal milik raksasa. Ia bukan milik kau. Roh mereka hanya milik mereka." Dewa kehancuran memberi amaran.

"Ini peluang kedua kamu, jangan lakukannya lagi." Dewi kehidupan bersuara lembut kepadaku.

"Okey~"

-----------------

"Tuan muda!"

Aku merasa, pening. Pandangan aku kabur sambil terdengar sayup-sayup nama aku dipanggil.

"Alex!"

'Rachel, Kris..Mereka dah balik.'
Aku senyum lega. Bukan kerana kehadiran mereka, tapi aku dihidupkan kembali. Hahaha, kejam.

Tapi, hidung aku sangat sensitif dengan bau yang tidak menyenangkan.

"Pergi mandilah! Busuk! Kau berdua ni baru lepas berlubang ke apa!?"

"Tuan muda!"
"Alex!"

"Sob~ Sob~ Sob."



MISTAKE DEADS 𝐂Where stories live. Discover now