Di suatu tempat, sebuah bangunan gah tinggi di antara kota tersebut. Terdapat pekerja-pekerja yang sedang berkerja dengan tekun. Ada juga yang sedang bersantai menikmati waktu rehat mereka. Di sebuah bilik, berkumpulnya orang-orang tertentu yang mengetuai bangunan tersebut.
Bilik yang kelam namun suasana yang tegang dan sunyi itu memperolehi pendatang pembawa maklumat.
"Tuan.."
"Kenapa kau datang kesini? Setahuku kerja yang aku bagi sudah selesai." Ujar si bos yang duduk di kerusi bak ketua. Membelakangi pekerjanya dan melihat cermin bangunannya.
"Helena, tuan .."
"Dia sudah mati! Kenapa kau bangkitkan nama itu lagi!" Si bos akhirnya menampakkan wajahnya. Mejanya ditepuk marah. Mata merah itu bersinar amarah.
"Anak bongsunya mempunyai dua kuasa tuan."
Kenyataan yang keluar dari mulut pekerjanya membuatkan si bos terkedu.
"Salah seorang pengintip dari kumpulan ku telah menyaksikan kehebatan bertarung budak tersebut dan telah merakamnya." Ujar pekerja tersebut dan meletakkan satu batu kristal bersegi empat tepat di atas meja.
"Aku ingin tuan melihatnya. Aku keluar dahulu, sekiranya tuan berubah fikiran, aku akan datang kemari menerima tugas seterusnya." Pekerja itu keluar dari bilik itu.
"Helena, anak kau..." Gumam lelaki itu lalu menangis bersama tawa.
.................
Alex pov.
"Ha chum!" 'Siapa menyebut tentang aku ni.' Aku gosok hidung aku yang berair. Tak pernah-pernah lagi aku mengalami kesejukan. Demam ke?
"Merisaukan." Gumamku akhirnya didengari oleh George. Sarapan pagi itu kami berkumpul bersama.
"Kau dah kenapa?" George bertanya tanpa riaksi.
"Entah, aku rasa ada yang mengutukku di dalam hati." Ujarku bersahaja membuatkan Alesya tersedak manakala Alfroy menahan tawa.
"Sejak bila kau berani ni? Setahu aku kau terlalu pengecut dan penakut bila berhadapan dengan ayah." Tutur Alesya tidak puas hati. George hanya makan tidak memberi perhatian kepada kami tapi aku tahu dia mendengar.
"Aku bosan buat benda sama dan melakukan perkara yang sama." Jawabku selamba.
"Ingin mengadakan pertarungan denganku? Kau mempunyai jadual yang terisi." Alfroy menyampuk sambil tersenyum mencabar.
"Not this time Alf." Usikku membuatkan kami berdua gelak. Lawak kami berdua hanya dipandang ringan oleh George dan Alesya.
"Alex, aku ada berita yang inginku beritahu." George tiba-tiba menyampuk.
"Apa dia?" Aku tidak ingin berlama-lama.
"Kau aku sudah pindahkan ke akademi Chester, kau akan mengikuti Alesya dan Alfroy disana." Ujar George membuatkan aku berkerut dahi.
"Kau jangan buat perangai disana. Sekali kau malukan aku, aku tidak teragak mengadakan perlawanan cabaran." Tutur Alesya buat aku semakin tidak faham.
"Kau tahu perlawanan cabaran Alex?" Alfroy sekaligus membantu aku. Aku menggeleng kepala.
"Perlawanan cabaran sangat popular di akademi aku dimana setiap kali ada pergaduhan kecil, mereka akan terus ke arena untuk mengadakan perlawanan cabaran. Yang kalah akan menuruti si menang. Begitulah adat perlawan cabaran. Jadi aku tak galakkan kau menerima cabaran dari sesiapa bila kau memasuki di akademi kami kelak." Jelas Alfroy panjang lebar.
"Kenapa? Perlawanan cabaran ni boleh termasuk dengan permintaan yang tidak masuk akal ke?"
"Ya." Sahut Alesya dan Alfroy serentak.
"Menarik, aku boleh cuba lain kali." Aku bersemangat.
"Baik jangan, permainan itu melakukan kontrak darah. Bagaimana kalau pelindung kau menjadi cagaran?" George bersuara.
"Oh aku lupa, permainan ini selalunya ingin mendapatkan pelindung yang ramai. Hasilnya, pelindung kau akan berpindah tuan." Ujar Alesya. Aku mengerling Alfroy yang menunduk kepala.
"Alfroy kehilangan pelindungnya semasa permainan tersebut. Kalau kau menyayangi pelindung kau, baik jangan menerima cabaran dari sesiapa. Disana tidak terkira had umur. Pengajar juga akan turut serta." Cerita George pula.
"Alfroy, kau ingin mendapatkan pelindung kau semula?" Tawarku mendapat perhatian seluruh keluarga aku.
"Kau gila ke Alex? Jangan buat perangai pada hari pertama boleh tak?" Marah Alfroy masih mengawal nadanya.
"Kau tak nak ke?" Aku masih nak bermain tawaran.
"Alex, kau tak mampu." Alesya menghentikan permainan aku.
"Penentangnya dari keluarga bangsawan militer, sangat berbeza dari pelajar biasa." Tambah Alesya membuatkan aku semakin tertarik.
"Dia mencabarku. Kami pernah bertarung di ujian uji nyali dan hasilnya dia kalah dalam uji minda." Cerita Alfroy.
"Boleh ku simpulkan dia kaki otot sahaja. Tapi bodoh." Kutuk ku selamba.
"Ya, begitulah. Sejak itu dia bertaruh denganku dan mencabarku. Dia bertaruh dengan dirinya menjadi pelayan ku, namun kalau aku kalah dia akan mengambil pelindungku."
"Dalam erti kata lain kau mementingkan diri Alf." Ujarku membuatkannya tertunduk. Aku tahu dia tamak. Biasalah darah muda.
"Kau patut fikir dulu kesan dan kemampuan kau." Tambahku lagi.
"Tuan nak bertaruh kami juga ke pada hari pertama nanti?" Kris menyampuk selamba di belakangku. Lakonannya nampak sangat terpaksa memanggilku tuan.
"Mungkin aku gadaikan kau Kris." Usikku bersama senyuman sungging. Aku yakin keluargaku terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutku.
"Aku juga berharap kalau kau kalah, boleh aku berkhidmat dengan majikan yang lebih berkemanusiaan." Selamba Kris mengutukku membuatkan Rachel disebelah sudah memasang wajah seram ingin menyerang Kris bila-bila masa.
"Aku harap kau menyukainya nanti Kris." Tambahku lagi.
"Aku hanya ingin mencari majikan yang boleh mengalahkan kau." Kris menatapku. Aku mengerlingnya kosong.
"Kris, tuan muda. Kita ada latihan selepas ini. Mohon tuan muda jangan bertengkar, ini akan menjejaskan tenaga tuan muda." Rachel menyampuk cuba mendamaikan suasana. Aku kembali memakan sarapanku.
"Kau mempunyai pelindung yang menarik Alex." George ku tahu sedang menatap Kris dengan tajam.
"Keperibadian yang teruk. Mana kau jumpa dia?" Alesya selamba mengutuk Kris menyebabkan Kris hanya mampu mengetap bibir. Mereka berdua saling bertatapan.
"Aku menjumpai dia di hutan sedang mandi darah." Jujurku sekaligus mengejutkan semua diruangan itu.
Lagi-lagi Kris yang sudah terketar-ketar. Dia tidak menyangka Aku boleh mengingati kejadian dimana dia tidak dapat mengawal nafsunya terhadap darah. Ketika itu dia cuba menguasai teknik Ki tetapi dia malah mengeluarkan kuasanya. Hasilnya dia telah memburu manusia dan melahapnya. Aku manusia pertama yang melihat keadaannya teruk sebegitu rupa.
"Alex.." Kris tidak mahu rahsia dirinya terbongkar.
"Pelindungku yang satu ini unik, tiada ada pada pelindung yang lain. Sebab itu aku mengambilnya." Aku tahu Kris sudah ketakutan.
"Saya tertarik dengan partner saya tuan George. Sepertinya dia agak berpengalaman." Rachel tersenyum meleret ke arah Kris. Kris mengemam bibir geram. Aku tahu Kris sudah mula berwaspada.
"Kau tidak berniat buruk?" George menanyakan soalan kepada Kris.
"Tuan boleh memanggil saya Kris, saya hanya tertarik dengan tuan Alex. Dia mengalahkan saya." Jujur Kris membuatkan aku spontan mencebik.
'Bodoh, mereka akan mempercayainya. Kenapa kau tidak mempunyai alasan lain Kris!?'
"Begitu, kalau begini ingin aku menguji kau Kris. Jarang pemuda ingin mencari tahu kelemahannya semata-mata ingin bertuankan kau." George sudah bermain kata.
Alfroy dan Alesya saling berpandangan tidak percaya. Aku tahu mereka pasti teruja menantikan perlawananku.
"Sure."
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasiaFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
