Find it

267 38 0
                                        

Someone pov.

Sebuah guild pedalaman.
Aku melihat papan misi. Satu perkataan itu buat aku gemuruh dan rasa gelabah. Akhirnya para collector utusan dewa dewi ingin mengadakan perjumpaan secara mengejut.

"Peliknya misi ni?"
"Yang mana?"
"Ini."

Perjumpaan collector bersama para pahlawan. Siapa merasai dirinya pahlawan, sila jumpa dengan ku. Petang ini! Lambat? Aku tidak membantumu. Misi akan diagihkan setelah lulus dari ujianku.

"Ramai je ngaku mereka pahlawan HAHAHA."
"Itulah, tapi kalau memang mereka kuat mereka mungkin diterima."
"Harga perkhidmatan collector juga agak lumayan, kau nak cuba?"
"Eh mestilah! Aku nak tahu juga misi apa yang collector tu bagi."

Aku hanya mendiamkan diri saat mendengar pembicaraan dua pemburu itu. Tak sure kalau mereka boleh diterima kerana, hanya pahlawan yang ada kuasa special tu.
Dan collector sahaja yang boleh mengesannya.

"Wei, kau tenung apa dari tadi Camelya?"
Terkejut beruk aku pabila temanku menegur, siap menepuk belakangku.
"Er, aku cuma tertarik dengan misi ini." Tunjukku ke arah satu kertas.
"Hm, pelik. Misinya hanya berjumpa pahlawan. Ala, ramai je ngaku mereka pahlawan kalau buat macam ni. Tapi, misi apa dia ni nak bagi?" Soal rakanku turut berasa curiga.
"Aku juga teringin hendak tahu."
"Jum try."
Endingnya aku juga terikutan sama.

.........

Alex pov.

Aku tersenyum sinis, segala pergerakan parkour aku dibawa bersama larian yang kencang.

"Alex!" Jerit seseorang di belakangku.
"Heh leeemahh!"
Seperti direncanakan olehku, Silver dan yang lain tetap mencariku even rakan sepasukannya sebelum ini telah meninggal dunia kerana Akuto. Well, aku yakin sudah mencacatkan tubuh badannya dengan mengambil salah satu kaki sebagai amaran. Semoga pihak musuh yang lain tidak sibuk dengan urusan aku ke hadapan nanti.

Aku berhenti di salah satu bangunan. Tempat projek parkour sangat sesuai dilakukan di tempat banyak bangunan. Malah lebih menarik, aku adalah sasaran mereka saat ini.

Segala kuasa yang digunakan untuk menangkap, aku elak dengan baik kiri kanan. Tidak lupa sarang labah-labah yang entah datang dari mana buat aku melompat katak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sungguh memenatkan namun berbaloi untuk latihan.

{ Example for parkour - Bubble the movie anime }

Shuu~

'Dia muncul, heh.' Sinisku berkata di dalam hati saat kemunculan seseorang. Segera aku berhenti di salah satu bangunan.

Boom!
Bebola hitam umpama lohong hitam itu telah melubangkan lantai tempat ku pijak. Mujur aku elak sebelum kakiku menghilang.

Ptak! Telapak kakiku tepat mendarat ke salah satu bongkah batu besar serupa batang silindir besar disana.

"Andrew! Dia milik kami!" Jerit Silver dari jauh. Beberapa temannya berhenti mengambil nafas dari mengejarku.

"Siapa dulu dia dapat. Betulkan Alex?" Nada tidak bersahabat itu sudahku mengecamnya milik siapa. Renungan yang redup itu bukan Andrew.
"Kitawa, kau ada dua pilihan bukan? Bunuh aku atau brainwash aku untuk menjadi salah satu pasukan kau kehadapan nanti kan?" Aku tahu. Sangat tahu permainan kau Kitawa.
"Kalau kau tahu, kenapa bertanya kembali?" Soalnya perlahan dengan lemah. Lagak seperti psycho yang kecanduan dadah.
"Sengaja."

"Mungkin aku perlu menghancurkan kau sekiranya kau tak berserah diri." Ujarnya beriak bosan. Aku terundur tergamam. Satu bebola hitam sebesar bus terhasil di atas kepalanya!
"Silver! Pergi dari sini!" Pintaku kepada Silver yang berdekatan.

"Mati." Ungkapan Kitawa untuk kali terakhir aku dengar sebelum dia menghempaskan lohong hitamnya.
"Bullshit."

BOOMMMMMMMMMMMM!!!!

SKIP TIME.

Aku melihat dari jauh, suasana kota yang berlubang sebesar lapangan bola sepak dikerjakan Andrew kali ini. Sangat teruk. Mujur sahaja penduduk berjaya selamatkan diri namun tetap ada kecederaan ringan seperti luka kecil mahupun besar.
"Alex. Terima kasih pindahkan kami. Kuasa kau sangat hebat." Aku menoleh menatap Silver yang menghampiri. Sebenarnya aku tak tertarik dengannya, sengaja mengumpan mereka untuk memunculkan Kitawa.
"Begini Silver, bagaimana kalau kita bertukar maklumat?"
Dia terkebil-kebil macam orang dungu.

"Begini, kalau objektif korang tangkap aku semata-mata nak paksa aku bergabung dengan korang, sorry lah aku tak berminat. Aku ada kerja lain nak kena handle. Tapi, kalau korang inginkan aku, lebih baik korang tangkap Andrew. Dia juga sepertiku. Mempunyai pelbagai kuasa tetapi menyembunyikan dari pengetahuan ramai. See, aku dah memberi maklumat berguna, sekarang giliran korang pula memberi aku maklumat yang aku nak." Aku duduk bersila di atas palang besi dengan teruja.

"Kau nak tahu yang mana?" Soalnya bersama wajah tidak setuju.
"Ada sesiapa dari korang tu pahlawan? Ah~ Aku yakin tiada siapa yang berani mengaku saat ini kerana musuh mengincar mereka."
"Pahlawan? Mereka sibuk menyembunyikan diri mereka sendiri! Tidak membantu lansung!"
"Ada la sebabnya. Puak iblis ingin menghapus keberadaan mereka untuk menguasai dunia. Jadi tolong bagi kerjasama Silver." Tuturku serius.
"Apa yang kami dapat kalau kami tangkap Andrew?" Dia mengubah topik.

Aku tersengih. Menangkap ahli sendiri sebagai pengkhianat memang aku suka sangat.
"Kau akan dapat dua dari aku. Satu, aku akan join korang, dua kau akan selamatkan dunia."

Kata-kataku buat dia ternganga seketika. Well, aku dah bertukar syarat. Jadi kena tunaikan. Aku pantang kalau kerja tak dibuat tu tak selesai-selesai. Fake hope dowh!

"Baik, aku setuju. Tapi kau kena janji."
"Oraitt!" Aku tahu. Dia menginginkan aku sebagai ahli yang boleh membantu yang lain mengeluarkan kuasa seperti aku. Atau sebenarnya, perintah si Putera? Heh.
"Okey, yang ini pula aku nak kau sampaikan ke seluruh organisasi kau." Aku bagi satu kertas kecil pada Silver. Silver membacanya namun berkerut selepas itu.

"Collector menunggu? Apa ni Alex?"
"Pesanan, aku nak kau membacanya lantang. Boleh?"
"Er, boleh. Ada ap- eh? Aduh, aku kehilangannya lagi."

Aku halimunan. Jauh sikit dari pandangan mereka.
'Demi hartaku.'


MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang