Normal scene.
"Melihat kau, aku teringatkan Helena. Dia wanita yang conflict. Aku tak sangka berakhir begini." Ujar Kay yang duduk di birai katil.
"Dia pasti broken dapat tau Helena dah mati sebab kau." Ujar Alex sengih sinis. Mengingatkan Ben yang pasti sudah kecewa teruk.
"Dewi takdir yang meminta, aku hanya menurut. Tetapi, kali ini case aku agak menarik sampai aku sendiri turun tangan. Hahaha." Kay geleng kepala.
"Sekarang kita dah tau kenapa dewa kehancuran ingin memusnahkan dunia." Luna memberi riak sedih. Dia yang tadinya berdiri sebelah Kay kini duduk disebelah Alex. Dipeluk tangan Alex. Rindulah tu. Alex membiarkannya.
"Cinta yang tidak diperbolehkan. Manusia dan dewa dewi. Dewa kehancuran ingin membalas dendam dengan umat manusia kerana teman wanitanya mati dibunuh dalam peperangan. Aku dengan dewi kehidupan tau tentang ini dan merahsiakan perkara ini dari dewa dewi yang lain. Mereka tak tau apa-apa. Tetapi ini sudah direncananya sejak dari awal lagi jadi aku kena bertindak terlebih dahulu. Aku bersembunyi di dunia kau semua sebelum ini untuk elak bertembung dengan dewa kehancuran. Aku tak nak dia hidu niatku. Jadi aku buat perangai, hanya dewi kehidupan yang tau. Cakap pasal dunia lain, Hm, Jepun negara yang indah. Manusia disana semakin meningkat pesat. Berbeza disini. Aku cemburu dengan dewa alam yang meletak alam itu sebagai alamnya cemerlang dibuatnya sekarang ini hasil kerja kerasnya. Padahal ia kuasa cintaku sudah membantunya. Betul-betul tidak mengenang jasa." Kay menggeleng kepala kecewa.
"Rumit betul korang ni." Kris bagi comment pendek. Yang lain mengangguk sahaja.
"Aku keluar untuk halang dewa kehancuran, tetapi dia mempunyai buah catur yang dia simpan. Dia telah menawar sesuatu dengan roh-roh jahat yang berbau dendam. Disebabkan itu dia merialisasikan impian buah caturnya sekira remcananya itu berjaya." Tambah Kay lagi. Zen dan Luna berpandangan. Alex berkerut.
"Kitawa?" Alex bertanya ingin tahu.
"Siapa dia? Aku tak kenal. Setakat yang aku tahu, ada tiga orang yang umur mereka juga lebih kurang sama dengan aku. Kuasa mereka hampir mengejar para dewa dewi. Ia salah disatu undang undang dunia." Kay bercerita.
"Jadi dia orang baru. So, musuh ada empat." Alex mengira yakin.
"Mungkin tidak kalau buah caturnya itu merancang sesuatu. Kumpul raksasa tugas harian mereka." Kay, memandang Kris.
"Mereka ada deria hidu yang kuat. Setaraf dengan kuasa iblis. Jadi satu benda yang aku risau, aku takut buah caturnya itu bergerak merangka sesuatu." Ucap Kay merenung Kris sayu.
"Batu kegelapan, function batu tu penghubung antara dua dunia bawah dan atas. Kami tidak mahu manusia mengetahui kelebihan batu tersebut, jadi kami memutuskan untuk dirahsiakan." Kay pandang Luna. Dengan kuasanya, batu kegelapan yang berada dalam cincin Luna dikeluarkan secara paksa dan terapung dipermukaan udara.
"Apa yang kau rasa?" Kay tanya Kris.
"Lapar." Kris mula bermata merah saga dan masih dapat control.
"Keturunan kau mempunyai dendam yang tinggi terhadap bangsa iblis. Jadi maksud 'lapar' kau tu sudah ditakdirkan untuk membunuh iblis yang sebenar."
Kay menggenggamnya dan ia serta merta hilang.
"Dalam erti mudah difahami, kita kena cari batu kegelapan ini?" Zen menyampuk tenang.
Kay mengangguk.
"Aku still tak faham kenapa Kris perlu membenci iblis, maksud aku 'lapar' kerana dendam?" Alex bersuara juga.
"Sebab mereka benci kuasa iblis dalam diri mereka dan dijadikan ia kelemahan terbesar buat mereka. Kesannya, manusia sukar untuk berdiplomasi bersama bangsa mereka. Bukan itu sahaja, mereka tidak dapat menahan nafsu untuk makan daging manusia. Tapi aku respect dengan Kris sebab dia mampu kawal indera iblisnya." Jelas Kay panjang lebar.
Kris tersengih bangga. Siap gosok hidung bagi nampak cool.
"Jadi, kau dah pahlawan sendiri?" Tanya Alex buat Kay mengangguk.
"Tapi jangan risau, aku tinggalkan monster sebagai latihan mereka." Kay tersenyum panjang. Melihat senyuman itu. Alex, Zen dan Luna sudah berpendapat bahawa Kay orangnya tidak peramah.
"Mereka masih manusia Kay, lainlah kau dewa." Kutuk Luna akhirnya.
"Relax, diorang halau aku. Aku okeylah. Tak tahu sebab apa mereka tak nak satu team dengan aku." Gelak Kay kemudian.
"Marilah jumpa pahlawan kami. Tahap mereka masih lemah lagi." Alex bergerak ingin ke almari pakaian.
"Jadi, apa rancangan korang?" Tanya Kay.
"Aku dan Luna akan train pahlawan. Kalau ada masa, kami akan minta tolong pahlawan milik kau untuk ajar mereka. Kau dengan Alex cari Kitawa dan yang lain. Kita tak tahu apa rancangan mereka selain kau dah maklum yang mereka akan cari batu kegelapan." Zen bagi plan.
"Alright." Sahut Alex dan Kay serentak.
"Kau berdua macam kembar lah, beza warna anak mata je." Comment Kris membuatkan Alex terus menjeling tajam.
"Bermata merah tu yang memberi tuah. Jadi, aku tak menafikan ia memang padan dariku yang bermata perang." Usik Kay lalu membuka portal terleportasi. Berencana mengikut plan yang diberi.
"Aku masuk dulu, ah Kay nanti aku minta blue tanggalkan kalung kat leher kau." Kris memesan.
"Ah takpelah, rantai ni sesuai dengan aku." Kay berlagak lalu tergelak.
Alex menolak tubuh Kay masuk portal dengan selamba sebelum dia pula menyusul. Suasana bilik kembali hening. Hanya Kris yang kekal berdiri statik. Tugasnya, adalah melindungi keluarga Alex. Dia tidak dibenarkan kemana-mana buat masa sekarang kerana, dia turut diburu oleh Kitawa.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
