Aku menguap bosan sepanjang kelas petang itu. Tanganku yang mendagu, setia menahan kepalaku yang memberat. Rachel disebelah memang tak senang duduk dengan kerusi batu yang aku cipta untuknya. Aku rasa tempat duduk yang aku buat tu dah cukup selesa.
"Kau dah kenapa Rachel, bontot tak ada?"Dia memandang aku semacam menagih simpati.
"Tuan muda, saya nak berdiri. Tak selesa dipandang pengajar dari tadi."
Aku menguap saat dia berbisik kepadaku.
"Bukan dia makan kau pun." Ucapku selamba. Jawapanku membuatnya menggigit bibir."Alex George, boleh kamu memberi jawapan untuk persoalan yang ini?" Pengajar di hadapan aku sudah bersuara. Aku yakin dia cemburu dengan kesenangan aku bermalas-malasan di belakang kelas sekarang.
Di papan putih hadapan terdapat satu soalan yang aku rasa agak terlampau senang. Ia adalah pelajaran geografi untuk muka bumi. Pelajaran ini dibentuk agar semua pemilik kuasa boleh mengetahui tanah yang dijejaki. Bukan itu sahaja, ia diminta untuk menyatakan bagaimana untuk meminta pertolongan.
"Bentuk muka bumi yang sesuai untuk melakukan perlepasan kuasa saat tersesat adalah di tempat rata kerana tempat sebegitu akan lebih mendapat perhatian orang sekeliling. Tapi untuk pertambahan aku selain dalam pelajaran ini ialah."Aku rasa perlu tambah sedikit ilmu dalam kelas ni.
"Tinggalkan jejak tak kira kau berada dekat mana. Contohnya ukir sesuatu dipokok atau buat sesuatu yang boleh menarik perhatian si penyelamat."Pengajar aku mengangguk setuju dengan jawapan aku.
"Alex, selepas ini sila jumpa saya di pejabat." Pintanya membuat aku berkerut spontan.
"Nak buat apa?" Pelik aku.
"Kenapa kamu tidak mendaftarkan kuasa batu kamu pada pihak akademi? Dan bila kamu mewujudkannya?"
'Oh tahi, aku melupakan sesuatu yang penting.'........
Sepanjang perjalanan balik dari pejabat, aku dapat merasakan beberapa pasang mata yang memerhati aku atas bawah. Tengok aku macam tak pakai baju je. Geram aku nak cucuk mata sekor-sekor.
"Rachel, aku nak tahu bila keluarga aku berkumpul." Pertanyaan aku membuatkan Rachel berhenti melangkah. Ya, aku tahu ini kali pertama aku bertanya tentang keluarga aku.
"Rachel."
"Masa makan malam, tapi tuan muda selalu mengelak untuk berjumpa mereka.""Rachel, aku tak nak jumpa mereka. Setiap kali aku berada disana, aku selalu dipandang hina oleh keluarga aku sendiri."
Aku membiarkan kenangan pahit Alex menerpa di fikiranku. Tangisannya bersama perasaan kecewa itu sangat membuatkan aku menyampah. Aku risau terpengaruh akan perasaan Alex yang satu ini.
"Kenapa tuan muda tiba-tiba.."
"Aku tanya je, aku ingat dah mampus."........
Kediaman GeorgeAku melakukan senaman di lantai. Rachel yang memerhatiku sejak dari tadi masih memasang wajah 'what the fuck.'
"Duduklah Rachel, kau berdiri dekat pintu dah kenapa?"
"Se..Sejak bila tuan muda rajin buat senaman ni?" Dia bertanya setelah duduk di sofa.
"I do it every time you're done taking care of me."
"Tuan muda..Berubah.."
"Kau rasa macam mana?" Aku bangkit dari tekan tubi, tuala yang tersangkut di kerusi meja aku ambil dan mengelap peluh yang berada di leher.
"Saya, sukakan perubahan tuan muda, cuma.."
"Cuma?" Straight to the point lah Rachel.
"Terlalu mendadak, tuan muda macam orang lain."Akhirnya dia merasainya sendiri.
"Aku dah beritahukan, aku bukan Alex yang kau kenal. Alex yang lama dah mati. Jadi kau jangan terkejut dengan siapa kau jaga sekarang." Aku buka baju dan ingin mandi. Membiarkan Rachel memikirkan sendiri dengan perkataan yang baru saja ku lemparkan.Keluar sahaja dari dalam bilik mandi, aku melihat kepala Rachel sudah terlentok lena di kepala sofa. Aku mengambil selimut di katil dan mencampak ke arah Rachel. Malas aku nak betulkan posisi tidurnya. Nanti dia sendiri terlena dan mengubah gaya tidurnya.
YOU ARE READING
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...