Aku tak tau kenapa ringan sangat aku merodok perut manusia depan aku ni. Itulah cari masalah dengan aku, kan dah kena sebijik.
"Le..Lepaskan a..aku." Lelaki itu terundur-undur menjauhi aku yang sekarang sudah dibasahi darah temannya yang kubunuh sebentar tadi. Aku tertarik dengan rantai besi di pinggangnya itu. Aku pernah melihatnya, tapi aku yakin semua itu berupa ingatan lama Alex yang dahulu.
'Rantai perhambaan.' Sebab itulah aku harus membunuh salah seorang dari mereka. Aku tahu mereka berniat ingin menculik aku. Sayangnya mereka silap mangsa.
"Jangan dekat!" Dia mula halakan telapak tangannya dan keluarkan kuasa dia kerana cemas melihat kedatangan aku ke arahnya.
'Takut sampai jadi gila.'
Kuasanya berupa api membentuk bebola itu aku elak. Aku agak terpegun dengan caranya melempar api, macam orang hilang akal.
Aku cuba elak serangannya yang rawak, namun aku tidak bernasib baik kerana salah satu bebola api itu berjaya mengenai bahuku.
"Argh!" Aku marah dalam kesakitan. Pisau ditanganku terus ku lempar ke arahnya. Tepat sebilah pisau itu mengenai tengkuk lehernya. Tertacak pisau itu berhentilah serangan gila darinya. Aku terduduk menahan bahuku yang hangus terbakar. Kesan melecurnya agak teruk. Aku mendecit sakit saat cuba menyentuhnya. Aku membawa diri pergi dari situ, tidak mahu aku berlama-lama.
Sesampainya di balkoni rumah, aku terkial-kial ketika memanjat. Kesakitan di bahu tidak terasa sakit namun sakit di hati aku lebih parah.
'Tubuh lemah!' Aku tersemput nafas namun aku berjaya sampai ke balkoni bilikku. Aku baring ke lantai dalam keadaan penat nak mati!
Setelah mengambil sejumlah oksigen, perlahan-lahan aku merangkak dan bangkit menuju ke bilik air. Luka kucuci. Pedihnya sampai ke sum-sum tulang aku. Di dalam bilik mandi itu, aku cuba belajar mengeluarkan kuasa air aku. Aku focus melihat telapak tanganku yang kini mengeluarkan air sebesar tahi. Aku cuba membayangi pelbagai jenis bentuk serta rupa dan menggambarkannya di kuasa aku.
Aku menciptakan bola. Sebentuk bebola air yang aku tiru dari orang yang aku bunuh sebelum ini tadi. Aku tersenyum saat ia betul-betul menerima dari fikiran aku. Lantas aku membentuk pistol dan cuba memegangnya.
'Rasa pepejal, macam jelly.' Aku tertarik dengan kuasaku sendiri untuk pertama kali. Tapi, aku belum melihat tahap serangannya. Kuasaku bersepai saat pintu bilik air aku diketuk dari luar.
"Tuan muda?"
Aku rimas diganggu.
"Kau nak apa Rachel?"
"Tuan muda pergi mana tadi?" Tanyanya disebalik pintu tersebut.
Kalau aku jawab bukan urusan dia, pasti bertambah soalan datang darinya.
"Aku dalam ni sahaja." Aku menipu.
Tiada jawapan dari luar. Aku keluar dari tub mandiku dan bertuala membuka pintu. Almari aku dapatkan terlebih dahulu dan memakai pakaianku.
"Saya bawakan makanan, saya juga sudah panaskannya."
Aku tengok dia yang sedikit berpeluh dan tersenyum manis. Hanya melihat sahaja, aku tahu senyuman itu agak kaku dan terpaksa.
"Kau dah makan?"
Dia mengangguk namun selepas itu riaknya berubah.
"Kenapa dengan bahu tuan muda!?"
Aku menepis tangannya yang cuba menyentuh bahuku.
"Sekarang sudah jauh malam, kau berehatlah. Aku nak tidur." Aku rasa penat teramat. Stamina aku dah terkuras banyak hari ni. Cih, tubuh lemah.
Aku mengorak langkah ke katil, namun belum sempat aku menghempas tubuhku di katil empuk aku, tiba-tiba Rachel datang melakukan sesuatu dibahuku membuatkan aku sendiri terkedu apa yang aku sendiri saksikan.
Heal.
Sebenarnya aku agak teruja dengan tindakan Rachel namun aku harus kawal riakku. Melihat lukaku kian membaik dan kembali pulih seperti sediakala, wajah Rachel aku cari. Wajahnya semakin serabut. Aku rasa dia terlalu penat dan memaksa diri.
"Rachel, rasanya kau perlu tidur."
Belum sempat dia menoleh, aku terus lakukan hentakan di tengkuknya membuatkan dia pengsan serta merta.
Aku mencuri pandang busurku yang ku sembunyikan di sebalik langsir balkoni. Aku lupa nak fikir bagaimana aku harus menjawab pertanyaan dari Rachel esok hari.
'Esok sajalah, aku penat gila hari ni.'
.......
"Mama tak mungkin mati! Mama tak mungkin mati! Kau tipu aku Rachel! Kau tipu aku!"
..........
"Hah!" Aku terbangun dari tidur. Nafas semput ku buat aku tak cukup udara. Tersedu-sedu aku menghirup oksigen yang tak sampai-sampai. Peluh di dahi aku kesat. Leherku juga dibasahi peluh buat aku tidak selesa.
Suasana aku perhatikan, Rachel yang kini sudah ku alih posisinya sangat lena tidur disebelah aku. Aku tak pasti sekarang jam berapa tapi aku boleh melihat cahaya matahari mula terbit. Lekas aku bangkit dari katil dan meninggalkan Rachel yang masih dibuai mimpi.
.........
'45, 46, 47.' Tekan tubi, ringkuk tubi. Dan senaman lainnya aku praktikkan. Sungguh banyak peluhku merembes keluar pagi ni. Hahaha
Aku regangkan leher dan dapatkan tuala mandi. Pagi ini aku ingin mencari makmal. Berkat ingatan Alex, aku tahu ia berada di belakang kediaman dan tersorok sedikit ke dalam hutan.
Bilikku tutup, Rachel aku biarkan tidur dengan secukupnya. Langkah ku bawa keluar ke ruang tamu dan ingin menuju ke belakang kediaman. Aku boleh ingat dengan jelas laluan yang diguna pakai oleh Alex seperti selalu. Senyuman sinis aku tersungging spontan. Aku bukan apa, ingatan Alex sangat membantu aku dalam kehidupan ini selain dengan kuasa yang diberikan oleh dewi kehidupan.
"Alex, awal kamu bangun hari ni? Boleh kamu sapukan taman?"
Aku toleh, wajah seorang wanita beriak selamba menyerahkan aku sebatang penyapu.
"Tapi mak cik, saya ada kerja mustahak. Selepas ini saya sapukan ya?"
Ingatan Alex kembali menerpa di fikiran aku. Oh begitu, jadi Alex selalu menjadi mangsa buli oleh pelayan-pelayannya sendiri.
"Kamu dengar tak Alex?" Wanita itu bercekak pinggang dan menolak penyapu itu ke arah aku. Aku tak sambut pun, malah selamba je aku tinggalkan dia. Ada aku kisah?
"Alex, kamu sudah berani ya kurang ajar dengan ku?" Dia tarik bahu aku dan menatap aku tajam. Aku rasa menyampah tiba-tiba dengan sikap pelayan aku sebegini rupa.
"Kau tak sedar kedudukan kau tahap mana dalam keluarga aku betina?"
Dan akhirnya bahuku dipautnya itu tiba-tiba dilepaskan. Aku memandang sekilas riaknya terkejut bersama mulut ternganga. Mungkin tidak menyangka aku boleh menjawab pertanyaannya tadi dengan selamba. Aku meninggalkan dia dan mengorak langkahku ke tempat tujuan utama aku.
.......
Aku membuka pintu makmalku setelah aku memastikan tiada sesiapa mengekori aku. Rupa dan keadaan makmal aku yang putih bersih membuatkan aku teruja meneroka lebih dalam. Disana sini, aku terlihat beberapa kepala tengkorak yang pelik dan aku yakin raksasa di dunia itu.
'Jadi Alex suka mengkaji sesuatu yang unik.' Aku kagum tidak semena-mena. Bukan apa, dengan usia Alex yang terlalu muda, aku tidak sangka dia lebih cenderung melakukan kajian pelik sebegini. Kalau di dunia aku, kanak-kanak seusia Alex masih bermalasan dan bermain-main.
"Ini," Aku terlihat satu buku yang terbuka lalu aku terbaca tentangnya. Aku boleh faham bahasa yang dikemukakan walaupun aku tidak perlu menterjemahkannya.
'Dia, mengkaji sains?'
Kebanyakannya adalah kejadian alam. Begitu juga keadaan cuaca yang berubah-ubah mengikut musim. Pelbagai kuasa yang ada pada semua manusia juga Alex selidiki dan cara mengatasinya. Alex sepertinya minat dengan sains.
"Hahaha! Aduh, aku ingatkan apa, rupanya ini sahaja." Aku menutup buku. Semuanya sains belaka, jadi aku tidak perlu bersusah payah mencari minat Alex tersebut.
Aku meneroka lagi seluruh ruang yang ada. Nampak seronok pula aku memasuki semua bilik. Seperti muzium yang dipenuhi barangan lama, pelik dan antik.
Semasa aku tertarik mengambil satu botol cecair bercahaya di rak, insting aku mendengar derap langkah yang menghampiri. Aku tidak perlu bertindak kerana aku tahu gerangan yang akan muncul.
"Tuan muda?"
"Morning Rachel, macam mana tidur kau? Lena?"
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
