Collide

203 31 0
                                        

"Huh?"

Zen pov.

Depan aku seorang pemuda seusia aku. Sedang, mencuri beberapa fail, turut bertopeng muka setengah. Hanya nampak mulut yang ternganga sedikit dek terkejut melihat aku.

What dramas.

"Kau bukan ahli snake?"
Pemuda itu geleng kepala.

Shing.

Dia keluarkan bilah pedangnya. Aku terkedu, bukan kerana dia mencurigaiku tetapi pedangnya berupa pedang samurai yang berada di duniaku sebelum ini nampak sangat asli.
"Tunggu, aku bukan musuh kau." Tegasku mengundur dan membawa beberapa fail ditanganku.

"Serahkan fail tu kat aku." Ucapnya mendekat ke arah aku sambil menghunus pedang tersebut.
"Oh look, kita dalam situasi yang sama mencuri maklumat, tak boleh ke kita berkongsi? Hehehe." Tawarku bersama tawa janggal. Sungguh aku tidak pakar dalam berunding.

Hampanya dia tidak mahu berkompromi lantas menyerang aku disitu juga. Aku tiada pilihan lain selain lari. Bukan pengecut tetapi aku lebih sayangkan maklumat yang aku curi setakat ini. Segeraku buka portal dan berundur masuk tanpa sempat dia menusukku.
"Nanti kita jumpa lagi." Ucapku dengan dua jari letak di dahi. Memandangkan dia tidak tahu aku senyum atau tidak disebalik topeng.
Portal tutup.

Zen end pov.
Someone pov as "aku"

"Cis, aku terlepas! Wait, tadi bukan terleportasi ke?" Hairan aku. Nampaknya lawan aku itu bukan calang-calang orang.
Tak tunggu lama, aku terus buka portal terleportasi, dan masuk ke dalamnya.

Di suatu tempat
Aku hempas tumbuh aku ke katil. Nampaknya aku gagal mendapat maklumat dari organisasi snake yang handle kerja musuh dalam kumpul raksasa. Tapi nampaknya ada orang mendahului aku. Aku tak sangka ada orang yang berminat dengan kumpulan snake ini.

"Kau dah balik? Pintu tandas bila nak repair?"

Aku menoleh malas ke arah lain.
"Nantilah, aku penat."
"Repair sekarang Ben, aku berak pun tak tenang."
"Kay, kuasa kaukan ada. Nanti aku ganti." Balasku lalu buka topeng mata dan campak ke tepi katil ku.

Dia pergi dengan wajah masam. Aku boleh agak dia sedang bengang sebab aku. Aku termenung seketika mengingati kejadian sebelum ini. Cuba mengingati lelaki yang seusia aku. Aku sedar satu benda tentang pakaian dia. Ada logo bunga di sisi baju ninjanya yang berwarna hitam. Corak bunga itu mengingatkan aku dengan seseorang yang aku rapat. Sangat rapat sehingga aku pernah terluka kerana dia akhirnya milik seseorang.

'Helena, kau sekarang dimana? Aku rindu kau.'

Someone end pov.
...............

Luna normal pov.

Luna menyilang tangannya berpeluk tubuh. Semua pahlawan tegak berdiri berhadapan dengannya bersama pakaian yang selekeh sudah pastinya penat bertarung di lantai ke-69 dungeon.

"Ada jumpa apa yang aku nak?" Luna tanya bersama senyuman manis. Bukan pergunakan, ia latihan. La Ti Han. Harap maklum, jangan salah faham. Tiber.

"Batu kegelapan?" Blue muncul sambil bawa batu kristal warna hitam di tangannya. Semua berpandangan pelik kenapa kristal tersebut dilindungi para raksasa sebelum ini.

Luna mengambil kristal itu dengan kuasa psychic nya.
"Raksasa di lantai ini boleh tahan power, mungkin sebab kristal ni. Walaupun ramai belum tahu function kristal ni dijaga rapi oleh raksasa, mungkin kita perlu menyimpannya sebagai langkah berjaga-jaga." Kristal itu disimpan dalam batu cincin ditangannya. Batu kuasa penyimpanan barang.

"Ini ke latihan pertama kami?" Tanya Camelya?
"Ya, aku dan yang lain dah kenalpasti mana kelemahan korang semua. So, sekarang kita akan bincangkannya lagi esok hari. Pergilah rest secukupnya, sebab akan ada latihan yang berat ke hadapan nanti." Ujar Luna lalu buka terleportasi. Berura-ura ingin meninggalkan tempat tersebut.

"Tunggu." Salah seorang dari mereka menahan Luna. Luna toleh sambil berkerut tidak faham.
"Kami, tak tau cara balik." Tenten buat muka comel sekaligus buat Lina terkedu.
'Kawaii.'

........
Kay normal pov.

Kay mencekak pinggang, menatap Ben dengan pandangan jengkel.
"Oi oi oi, giliran kau memasak. Takkan semua kerja rumah aku yang handle? Huh?" Disepak sedikit kakinya ke kaki Ben yang nyenyak tidur. Seketika, tiada reaksi positif diterima membuatkan dia akhirnya sudah tidak menahan amarah lagi.

Water flash, he smirk then.
Flash!

"Argh!" Ben bangkit dari tidurnya dan bernafas laju. Seluruh tubuhnya kini basah lencun lantas Kay dipandang tajam.

"Aku nak keluar, kau tak berhak tenung aku macam nak tembus biji mata kau, ada hati nak cari gaduh. Seluar dalam dah la aku yang cuci." Bebel Kat dengan selamba beredar ke katil sebelah. Dia perlu mengejutkan Ben supaya air yang sedang dimasakkannya di dapur tidak kering.

"Kau tak ada cara lain lagi ke nak kejutkan aku huh?" Ben menarik selimut di kakinya lalu mengelap rambutnya.
"Cara apa? Cucuk buntut kau macam biasa dengan batang penyapu? Kau suka ya?" Usik Kau sekaligus dibaling Ben dengan bantal di atas katil.

Puk.

Bantal yang dilayang tepat mengena ke muka Kay. Tapi Kay masih dengan gelakkannya.
"Aku nak cari collector kat istana, sepertinya kerajaan ni dah mengumpulkannya." Kay membutang bajunya.

"Aku rasa, kerajaan tiada kaitan dengan collector. Aku dapat maklumat di guild beberapa buah desa yang collector bergerak secara personal dan bukannya dari perintah raja. Hanya kerajaan kita je yang buat, tidak kerajaan ini." Jelas Ben panjang lebar. Kay berhenti membutang baju dan menggaru keningnya. Kalau dilihat dua tiga kali, dia sangat comel parasnya.

Tetapi, otak senteng. =_=

"Kenapa raja tak bagi perintah?" Hairan Kay.
"Sebab beliau dah tubuhkan organisasi sendiri. Organisasi rahsia dinamakan, Helang Perak. Ia sebuah organisasi yang pernah Helena masuki. Tetapi, bila aku mencarinya disana, jejaknya tiada. Makanya, aku cari di tempat musuh raja, snake. Mencari bayang kalau dia diculik atau diseksa. Hampanya, kelibatnya juga tiada disana." Ben beriak sedih dan menunduk kepalanya bersama senyuman tipis.

"Oh i see, Helena. Partner kau memang seorang yang baik. Relax okay, kau akan jumpa dia one day juga." Kay menepuk bahu Ben prihatin. Bukan dia tidak tahu kisah Kau yang pernah menaruh hati ke atas Helena semasa dalam dunia perisikan. Berbahagi maklumat mush yang sama. Pasangan yang serasi tetapi Helena memilih laluan yang lain dan masih memikirkan kehidupannya sendiri.

"Jadi, mereka tak tau tentang kewujudan collector?" Tanya Kay.
"Hanya kerajaan kita sahaja yang buat Kay. Keberadaan collector masih baru dalam dunia ni."

"Hm, kau pergilah. Tapi kalau nak tahu mana collector, kau pergi kat istana je lah." Ujar Ben tolak tangan Kay dan mengangkat punggung ingin ke bilik air.

"Kenapa dengan istana tapi bukan guild?" Hairan Kay lagi. Bukan dah dapat maklumat bahawa collector akan berjumpa pahlawan?
"Sebab aku sorang je tau siapa pahlawan dalam kalangan kerabat diraja. Anak bongsu raja Aurora, aku pernah berselisih dengannya semasa dia kecil ketika dia sedang mencuri maklumat ayahnya sendiri. Kuasanya kelajuan, dalam usia muda dia sudah menguasainya. Kalau kau nak jumpa collector, melalui dia. Aku yakin dia sudah berada dalam kumpulannya tahun ini." Jelas Ben panjang lebar lalu menutup pintu bilik air.

Kay tersenyum panjang. Kerjanya hanya mencari si anak raja di istana.
'Anak bungsu ya?'

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang