Like

338 47 1
                                        

"Apa!? Kau biar betul ni Alex!?"
"Janganlah jerit tepi telinga aku, boleh pekaklah!" Geram aku dengan Kris ni, ada juga nak kena tendang sampai ke lapisan langit ke tujuh.

"Aku setuju ikut kau balik." Ujarnya bersemangat. Melihat betapa terujanya dia, aku jadi bosan dengan sikapnya yang lurus.
"Aku dah cakapkan, kalau kau ikut aku, kau akan jadi pengikut dan pelindung aku. Bukan lagi kawan aku."
"Asalkan keluarga kau tahu aku pengikut kau sudah cukup Alex. Aku tak buat apa-apa sepanjang hidup ni. Sekurangnya bagilah aku bekerja dibawah kau." Rayu Kris siap berlutut di kaki aku.
"Huh? jadi maksudnya kau kena panggil aku tuanlah, kau nak?" Aku cuba mengusiknya.
"Lagi aku suka tuan!" Sahutnya bersama mata seakan bersinar.
'Sepertinya sia-sia. Padahal aku berhasrat say bye-bye sebagai perpisahan hari ni. Lain pula jadinya.'
Aku kalah. Nak tak nak kena bawak dia balik juga.

.......
Kediaman George.

"Kalau tidakku buat begini kau tidak akan balik Alex." George bersuara dingin di sofa single. Rachel kini kembali berdamping denganku. Alfroy dan Alysha duduk di tempat masing-masing menekur meja mendiamkan diri tidak bersuara.

"Jadi, siapa yang kau balik itu?" George menjeling disisiku.
"Pengikut saya." Aku bersuara tenang.
"Aku tidak mahu menampung pelindung lagi." Ujarnya bertegas.
"Dia boleh hidup sendiri tanpa wang ayah. Saya tidak memaksanya tetapi dia berminat menjadikan saya sebagai pelindung saya. Ayah ada masalah?"
"Kata-kata kau semakin lancang sejak duduk di permukiman rakyat jelata!"
"Maafkan kelancangan saya ayah, saya tidak sangka keberadaan saya membuatkan ayah semakin marah, kenapa ayah tidak membuang saya sahaja? Bukankah lebih menyenangkan?" Tanyaku bersama senyuman cukup sinis.

George beriak sangat marah. Aku merasakan bahang apinya.
"Sebab aku tak buang kau adalah aku tak nak cari masalah dengan mulut - mulut bangsawan yang lain! Semasa kau kecil, kau sudah diketahui oleh bangsawan lain! Kalau kau hilang dari nama keluarga aku tetapi kau berada di tempat lain dengan keadaan kau menjadi rakyat!? Kau telah memalukan nama keluarga kita! Kau faham Alex!?"

"Jadi dalam kata mudah difahami, ayah cuma menjaga nama dan maruah keluarga, begitu ke ayah?" Soalku bosan dengan wajah redup.
"Kalau kau tahu tentang itu, kau kena tahu tentang adab juga Alex. Bangsawan bukan gelaran, tetapi ia membawa lambang maruah sebuah keluarga."

Diam, aku hanya tekun mendengar. Telingaku seakan berdarah mendengarnya membebel. Aku yakin Kris telah memadatkan lubang telinganya dengan tumbuhan.
"Mulai esok, kau kena hadir ke kelas dan berperilaku selayaknya bangsawan. Kalau kau tidak mengikut kataku, Rachel dan pelindung baru kau tu aku jual."

Ugut? Well, dia dah tahu kelemahan aku. Rachel adalah pemberian terbaik dari ibu Alex. Aku bukan tidak boleh berenggang, tetapi Rachel mungkin yang akan merana kerana tidak menunaikan harapan terakhir Helena, mama Alex. Dan Kris? Dia tetap masih mencari kehidupannya sendiri. Aku tahu ugutan George tidak membuatnya takut.

"Baiklah, tetapi." Aku tersenyum sinis.
"Aku boleh membuat nama ayah menjulang naik dan memalukan ayah bila-bila masa. Jadi, hati-hati dengan ugutan ayah. Sebab ayah kena tahu, Rachel adalah hadiah mama yang terakhir untuk saya." Ugutku juga sekaligus menukar panggilan diri. Tidak selesa berpura-pura. Senyuman sinis terukir. Aku berlalu naik ke tingkat atas diikuti Rachel dan Kris. Aku tidak peduli pandangan tajam George ke atas aku.

Alesya pov.
"Dia semakin berani, apa yang membuatnya berubah mendadak sebegini?" Aku hairan dengan adik kecilku itu, dahulu dia memalukan aku di depan kawan-kawanku. Tidak sengaja mengeluarkan kuasa airnya dan membasahi kawan aku. Disebabkan itu ramai yang tidak mahu berkawan denganku sejak peristiwa itu. Tetapi aku telah berpindah ke akademi lain dan berharap tiada yang ingat kisah tersebut. Aku tidak mahu ia berlaku lagi.

"Dia berubah, kau tak rasa dia akan popular dengan sikap begitu Sya?" Sakat Alfroy membuatku spontan terkedu. Bagaimana dia memalukan aku lagi di majlis hari lahirku tidak lama lagi?
"Dia banyak timbulkan masalah." Gumamku berpeluk tubuh ketakutan. Aku risau peristiwa lama berulang lagi. Iaitu Alex tidak mengawal kuasanya! Sengaja menghancurkan majlis hari lahirnya.
"Jangan cakap kamu ingin mengurungnya lagi Alesya."

Aku menatap ayahku sambilku simpul senyum manis seperti biasa.
"Hanya satu malam sahaja ya ayah?"
"Jangan lupa bawakan kek untuk dia ke bilik. Kalau tidak dia menggila."
"Sudah tentu ayah."
'Jangan harap aku berbuat begitu.'
Alesya end pov.

......
Alex pov.
"Tuan muda ! ·´¯'(>▂<)´¯'· Sampai hati tuan muda mencurangi saya!"

Aku tidak tahu hendak bereaksi apa sebaik Rachel memeluk kaki aku. Kris menyembunyikan gelaknya namun aku tahu Rachel mendengarnya.
"Kau! Aku tidak akan bersopan dengan kau walaupun kau menjadi pengikut tuan muda!" Rachel siap menunjuk tepat hidung Kris.

Kris menjauhi Rachel dan duduk ke sofa berhampiran manakala aku duduk di birai katil.
"Kau mempunyai pelindung yang manja Alex." Kris tidak berlakon lagi.
"Sekurangnya dia pandai memasak." Aku simpul senyum manis seperti kapas gula.
"Kau memanggil tuan muda dengan hanya nama!? Dimana perilaku kau sebagai pelindung dan pengikut!?" Marah Rachel membuatkan Kris berkerut jelas tidak selesa.

"Aku lebih selesa dia memanggilku dengan nama Rachel, dia hendak mengikut aku jadi aku benarkan dia. Sekurangnya kalau kau tidak sihat dia boleh membantu aku. Jadi selepas ini kau berdua bolehlah berbahagi tugas."
"Saya boleh membuat semuanya tuan muda."
"Semua? Kerana itulah aku membencinya." Perkataan yang baru sahaja keluar dari mulutku membuat Rachel terkedu.
"Aku tak nak tengok kau lesu walaupun kau berlagak kuat depan aku. Kau ingat aku buta?"

"Aku bukannya menyampuk, tapi sebagai orang baru aku boleh bekerjasama tetapi dengan satu syarat, kau tak boleh mempertikaikan aku siapa kalau kau dah kenal aku Rach." Ujar Kris sekaligus membuat riak Rachel berubah buruk, atau lebih tepat menyampah sangat.

"Jangan panggil aku Rach, aku tak suka nama itu." Dia sudah bagi amaran.
"Okey, senpai." Beginilah yang aku suka. Sikap bertolak ansur Kris membuatku senang.
"Kau siapa?" Akhirnya Rachel tetap ingin berkenalan dengan Kris.
"Aku Kris, aku jumpa Alex masa Alex cuba membunuhku. Jadi, ada pertanyaan lain?" Kris terus ke point.
"Bunuh? Tuan muda..Membunuh?"
Aku yakin Rachel sudah mempunyai pelbagai buah pertanyaan. Aku ditatap tak percaya oleh Rachel.

"Dipendekkan cerita, aku tidak berminat untuk berlembut lagi selepas ini Rachel. Aku sudah memberitahu kau, perubahan mendadak aku akan buat kau kurang senang." Aku malas untuk bercakap lagi dengan mereka. Sebaiknya aku tidur.

"Rachel, tunjukkan makmal aku kepada Kris, ada bilik sana. Bagi dia tidur sana." Aku merangkak ke katil dan rebah menikmati empuknya tilamku.

............

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang