Alex pov.
Aku mengusap lembut dadaku. Dagingku kembali menyatu seakan tusukan tadi tidak pernah terjadi.
"Kau dah sedar?"Aku pandang sebelah, baru ku sedar hari sudah jauh malam dan unggun api menyinari wajahnya.
"Yah, lepas ni aku akan berhati-hati dengan perangkapnya lagi. Oh, mungkin aku patut serang budak Kitawa tu dulu. Dia nampak licik." Ucapnya tanpa muka bersalah. Menggosok dagu seakan berfikir tindakan sepatutnya."Kau ni..Aish!" Menyesal aku bawak dia, baik aku angkut Zen atau Luna.
"Relaxlah, aku sengaja terperangkap supaya aku tahu senjata tersembunyi mereka. Kuasa mereka sangat tinggi." Jelasnya buat aku mencebik."Dalam kata lain, kau sengaja gunakan aku dan membunuh aku dengan pandangan kau?" Sindirku geram.
"Yahhh, kau masih mengungkit lagi hal itu. Kau hidup balik ni dah kira okeylah." Dia marah tapi masih kawal.
"Ungkitlah, sakit kot! Orang gila je tak rasa sakit!" Lempiasku kepadanya."Tsh." Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Tiada perkataan maaf.
Aku menguis unggun api bosan. Seketika, terdengar sesuatu di semak samun. Aku terlupa aku berada dekat mana. Aduh, raksasa ni muncul tak kenal masa.
"Terima Kasih menjawab panggilan aku. Aku mengenang budi kepada kau berdua." Tiba-tiba Kay bersuara dan berdiri. Menunduk sedikit kepala seakan hormat sesuatu di semak di hadapan kami. Aku berkerut lalu memandang ke arah tersebut dengan lebih teliti.
Dua susuk muncul dari kegelapan.
Dua orang pemuda berpakaian seperti biasa. Pakaian dari duniaku.
"Aku sungguh terkejut aura kehancuran dunia ni hampir tiba." Ucap si pemuda yang berambut perang."Aku tak suka dunia ni. Tapi ini sepatutnyaenjadi tugasku mulai sekarang." Ucap seorang lagi.
Aku mengerling Kay yang sedari asyik menunduk pandangan.
"Siapa mereka?" Tanyaku ingin tahu. Sampaikan Kay berperilaku agak tidak biasa pada pandangan aku. Hormat?"Alex, kenalkan. Mereka adalah dewa peperangan dan dewa akhirat. Mereka boleh tengok masa depan dunia ini setelah mereka berpindah masuk dalam dimensi dunia ini." Jelas Kay buat aku betul-betul terkejut.
"Sepatutnya kau berdua buat sesuatu dengan dunia ni dari awal lagi!" Akhirnya aku sudah melepas amarah. Kenapa baru sekarang!?
"Kerana kami hanyalah dewa tahap kelas bawah. Tidak tergolong dalam dewa dewi elit seperti dewi kehidupan dan yang lain. Mereka hanya menghantar kami di dunia tertentu. Kerana dunia ini wujud untuk pahlawan sahaja. Bukan urusan kami. Namun, situasi sekarang berbeza, jadi kami kena masuk campur jugak sebab ia melibatkan manusia yang akan menghadapkan kematian mereka dan menuju ke akhirat. Aku tidak membenarkannya. Urusan aku akan menumpuk kalau ia terjadi." Jelas si dewa akhirat. Lebih kepada membebel di telinga aku.
"Aku benci perang tak membawa keuntungan. Iblis yang dibebaskan hanya memakan manusia. Setelah manusia pupus, lama kelamaan dunia ini pula dihancurkan, dan kemudian mereka berkuasa dan akan memasuki dunia lain dengan dimensi dunia yang bocor. Jadi, akan berlaku peperangan dari dunia lain juga. Maka aku kena menghalangnya." Ujar si dewa peperangan pula.
Sekarang aku nampak logiknya. Ada betul kata mereka. Ia akan menyukarkan tugas mereka juga suatu hari nanti.
"Semoga kita boleh bekerjasama dalam hal ini. Lawanku nampaknya mempunyai kuasa hampir setara dewa." Adu Kay disebelah aku.Aku diam menekur lantai tanah. Ya, sekarang kami mempunyai dua bantuan lagi. Semoga, kali ini kami menang.
Aku menggenggam penumbuk tanganku. Aku hanya perlu hapuskan Kitawa. Ya, hanya dia. Cerita ini akan selesai.
"Alexander, kau sebenarnya ingin melindungi sesuatu dari dunia kau sebelum ini?" Tanya dewa perang memotong lamunan pendek aku.
Terkejut dia memanggil nama penuhku."Bagaimana kau tahu?" Aku terkejut, berita tentang harta yang aku jaga dari dunia aku sebelum ini nampaknya menyebar di kalangan dewa dewi. Apa dewi kehidupan tak reti nak jaga rahsia?
"Sebab kau famous. Cerita kau nampaknya menarik perhatian dewa dewi yang lain." Ujar dewa akhirat membuat aku tergelak.
"Aku menegakkan keadilan."
"Kau tidak boleh tipu kami, kau hanya melindungi kuasa kau dari dunia itu, dewa keadilan."
Identiti aku akhirnya dibongkarkan tanpa sengaja.
"Kau memberi satu kuasa kepada manusia bukan? Kuasa abadi. Kuasa yang diinginkan oleh semua para dewa dewi." Ucap dewa peperangan jelas menatap aku tajam.
Kay sebelah ternganga.
"Aku tak tahu kau dewa keadilan! Kenapa kau sangat lemah?" Kutuk Kay selamba dengan nada jelas terkejut."Sebab aku tidak mahu kuasa itu berada dengan mana-mana dewa dewi. Lagi-lagi dewi ketamakan. Dia musuh kita. Jadi aku menyimpannya di tubuh manusia. Masa itu aku tidak berfikiran panjang." Ujarku dengan senyuman tipis.
"Perbuatan kau salah! Kau tidak sepatutnya berfikiran pendek!" Marah Kay kepadaku.
Aku hanya tergelak.
"Jangan risau tentang itu, aku sudah menjalani hukuman dimana ingatan aku dilupuskan. Dan aku hanya manusia, bukan dewa keadilan lagi." Jelasku."Bagaimana kau tahu kau dewa keadilan?" Soal Kay.
"Kerana dewi kehidupan menceritakannya semasa aku bangkit menjadi manusia. Kematian aku satu kesalahan terbesar yang dirangka oleh dewa kematian dan dewi takdir. Mereka baru menyedari kuasaku berpindah tubuh dan ia akan menjadi satu ancaman kepada sesiapa yang memiliki kuasa tersebut. Namun, dewi kehidupan berjaya melupuskan ingatan mereka dan merahsiakannya dari pengetahuan dewa dewi yang lain. Supaya ia kekal dirahsiakan. Berisiko tinggi bagi sesiapa dapatkan manusia tersebut." Simpulku sebagai penamat.Ceritaku yang pendek akhirnya mampu direnung tiga dewa dihadapanku.
"Apapun, sekarang ia penting. Maka, aku kena hapuskan si Kitawa. Maka kuasa itu selamat. Itu pendapat aku selain menyenangkan tugas kau berdua juga." Ujarku ringkas.
Kami berempat saling berpandangan dan mengangguk. Bersetuju untuk memenangi peperangan kali ini.
"Oh ya dewa cinta, dewi tumbuhan menitipkan salam." Ujar si dewa peperangan tiba-tiba, buat aku terkedu.Muka Kay berubah.
"La, aku tak tahu kau berdua bercinta. Dewi tumbuhan nampaknya pandai berlakon."
"Diamlah!"
"Hahaha."System upgrade.
Start system repair from now on.The end
YOU ARE READING
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasíaFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...