Rachel menyorok di sebalik dinding saat terdengar beberapa suara yang sedang berbual-bual. Nama tuan mudanya terselit disana. Raungan John dari dalam pejabat George agak menggusarkan.
"Mana dia George!?"
"Aku tidak akan beritahu." Sahut suara George dengan lemah.
"Oh begitu, kau ingat aku berlembut?"
"Argh!"
Terbeliak mata Rachel saat terdengar suara Alisya. Hatinya berdebar kencang.
"Hentikannya!" Suara George melantun naik satu oktaf.
"Tak guna kau!" Suara Alfroy berselang-seli dengan suara pembantu Alisya, Vol.
Rachel mengeluarkan kuasanya, pedang berapi hitam mula marak ditangan. Dengan segera dia terus menyerang si penjaga pintu.
Kejutan kedatangan Rachel membuatkan seisi ruangan terkejut.
"Kau pelindung Alex. Hehehe." Si ketua berambut merah bercekak pinggang. Rachel berjaya menumpaskan beberapa konco yang mengawal di pintu sebentar tadi.
Pedang berapinya dihala ke hadapan, melihat jumlah musuh yang ramai tidak menakutkannya. Sebaliknya semangat ingin melindungi keluarga Alex membuak-buak dibenaknya.
"Lepaskan mereka." Tegas Rachel.
Zup.
Belum sempat Rachel mengeluarkan kata seterusnya, si berambut merah terus berada di hadapan mata secara mengejut. Rachel tergamam.
'Kelajuannya!'
"Duk." Rachel termuntah darah.
"Rachel!" Serentak Alfroy dan Alisya menjerit. Rachel terduduk, dia meraba perutnya yang berlubang. Belum apa-apa lagi dia sudah terbunuh.
"Tuan muda, serahkan kepada saya. Tuan muda pergi sembunyi."
"Okay. Jangan mati."
"Kau terlalu lemah untuk melindungi semua orang disini. Beri Alex kepada aku, alamatnya mereka semua tidak kubunuh." Pesan lelaki itu tersengih seperti psycho.
Rachel menahan darahnya yang membuak-buak keluar sambil cuba menyembuhkan dirinya dengan kuasa sampingan. Heal.
"Kau nak apa dari tuan muda aku?" Soal Rachel lemah tapi masih mampu lagi bersuara.
Tidak bagi John yang sudahpun tergeletak di atas lantai dengan berlinangan darah, Silver pula pengsan tidak sedarkan diri. Begitu juga pembantu Alfroy, Stewart. Tidak pasti mereka bertiga hidup atau tidak, yang pastinya mereka dibelasah teruk.
"Aku nak kuasa dia."
Jawapan bersahaja si berambut merah tersebut membuatkan Rachel terkedu. George yang mendengar ternganga dan yang lain tergamam tidak mengeluarkan suara.
"K-Kau ingin menggunakan kuasa gelap ke atas anakku?" Soal George tidak percaya.
"Ya, seperti yang aku lakukan ke atas isteri kau. Tapi sebelum itu, aku merampas kuasanya dan kuracun dengan perasit sekaligus membunuhnya. Aku tidak guna racun yang sama macam pembunuh lain. Racunku adalah pembuatan spesial untuk memanipulasi mangsa sebagai sebuah penyakit misteri. Isteri kau orang ke empat menerima racunku. Kau sepatutnya bangga dengan pencapaian aku." Ujar lelaki itu tidak berperikemanusiaan. George yang mendengar sudah mengalir air mata pilu. Begitu juga Alesya yang tidak menyangka ibunya diperlakukan teruk sebegitu.
Zass!
Zap!
Lelaki itu mengelak baik serangan Alfroy ke atasnya. Tidak sangka Alfroy terlepas dari ikatan.
"Kau marah? Ah, kau berhak marah. Aku yang melakukannya. Hahaha."
"Tak guna! Aku bunuh kau!" Alfroy terus menerpa lelaki tersebut namun lelaki itu lebih pantas seperti kilat kini berada di belakang Alfroy. Alfroy terpempan.
"Kau duduk diam-diam." Ujarnya sedikit berbisik di telinga Alfroy.
Buk.
Alfroy jatuh tidak sedarkan diri. Lehernya sudah dihentak dari belakang. Alisya yang melihat sudah terketar-ketar ketakutan dan menangis. Vol, pembantu Alisya melihat keadaan itu menggigit bibir kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa. Seluruh kaki dan tangannya sudah dipatahkan. Dia hanya mampu menahan tangis melihat keadaan tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
