Fantasy | Action | Reincarnation
Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot.
Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...
"Kita patut menegurnya, tak begitu tuan?" - A "Tunggu dulu, aku tertarik melihatnya dari jauh." - B "Kenapa tuan? Kerja kita macam sia - sia. Tuan buang masa?" - A "Kau marah aku ke?" - B "Semua orang akan marah apa yang tuan buat." - A "Hm, aku hanya ingin mencari tahu dimana dia terinspirasi memperolehi dua kuasa. Dia layak, seperti Helena yang mempunyai empat kuasa. Kau tak rasa Helena sempat mewariskannya kepada Alex?" -B "Mungkin ya. Tetapi, budak Alex ni sangat berbahaya." - A "Maksud kau?" - B "Pengintip yang saya hantar ke rumahnya tidak balik-balik lagi. Tiada sebarang jawapan ditinggalkan. Saya kira Alex menyedari keberadaan kita." - A "Dia unik, patutlah Helena menyimpannya. Hahaha." - B
"Maafkan kami, kamu berdua ni tak buat kerja ke dari tadi berbual-bual?" Seorang pelajar bangsawan menegur mereka. "Kami bekerja, sedang berkawal saat ini." - A "Kau berdua bukan guard semalam, orang baru ke?" Soal pelajar tersebut musykil. "Ya, kami pekerja baharu. Sila beri tunjuk ajar." - A "Jangan tahu berbual-bual, keselamatan pelajar harus diutamakan." Ujar pelajar itu lagi terus menepuk bahu si A. "Baiklah." - B
"Saya ingin membakar satu akademi ni tuan." - Si A menahan marah. "Sebelum buat itu, apa kata kau pergi mendapatkan Alex sendiri." "Eh? Tuan?" - Si A tercengang. "Kau sendiri juga ingin tahu dimana anak-anak buah kau. Firasat aku kuat dia pergi menyembunyikan mereka." - Si B tersenyum meleret.
"Tapi tuan, dia tak datang hari ni." -B memaklumkan hal yang jelas. "Ya, aku menyedarinya." Someone end pov. ..........
Alex pov as me
Aku bersiap ala kadar untuk majlis pengebumian salah seorang guru aku di akademi lama. Aku diminta membuat muzik slow sad untuk menghormati majlis tersebut. Jendela bilik aku dekati, dah di dalam hutan itu aku renung bersama senyuman pendek.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tuan muda tengok apa tu?" Rachel datang menyapa. "Rachel, aku bagi perumpamaan kat kau, kalau tikus datang masuk kawasan kau, apa perlu kau buat?" "Saya halau tuan muda, kalau tuan muda?" "Aku seksa mereka dulu, tapi aku tak rasa aku lepaskan melainkan.." "Melainkan?" Rachel sabar menunggu.
"Melainkan ada yang sanggup ambil tikus-tikus tu tak kira sebab apa, yang penting ia tidak boleh diseksa oleh aku."
"Hm, ada betulnya tuan muda. Tapi tuan muda sebenarnya sedang maksudkan apa? Saya bukan Kris yang tidak tahu bahasa tersirat tuan muda." Ujar Rachel buatku tertawa.
"I'm just giving a parable but you already suspect me. " "Tuan muda, kita boleh bergerak sekarang." Ujar Rachel akhirnya menutup topik pembicaraan kami.
Aku mengekor Rachel sebelum memandang jendela aku sekilas. ............
Sampai sahaja di akademi, suasana pagi itu sangat menyentuh perasaan. Hanya tidak bagi aku yang merasa teruja untuk membentangkan persembahan aku selepas ini.
"Alex, kamu sudah sampai. Mari kita berserapan dahulu. Kita jumpa pengetua akademi." Datang guru muzik aku menyapa aku dalam khayalan ramai itu.
Aku hanya mengekor langkah guru muzikku sambil aku melihat suasana tempat itu yang dibiarkan di taman. Majlis terbuka.
"Tuan pengetua, dia pelajar tersebut." Aku diperkenalkan oleh seseorang. Aku menunduk sedikit kepala hormat. Si pengetua hanya tersenyum dan menepuk bahuku. "Kamu tahu muzik yang sesuai?" Aku hanya mengangguk. Lagu menyedihkan memang agak popular di tempat dunia lama aku. Haha "Kami mengharapkanmu."
Aku hanya mengangguk dan ditunjukkan sebuah piano. Nampaknya tentatif program kali ini, aku kena buat tiga persembahan.
"Sejak bila kau bermain piano? Aku tidak pernah melihat kau memainkannya?" -George
"Kau masuk bilik aku ke?" -Alesya
"Kau berlatih main piano dekat mana? Aku tak dengar dari dalam bilik kau?" -Alfroy
Aku tersengih sendiri mengingatkan riak mereka yang jelas terkejut bahawa aku berbakat dalam muzik. Tak kira piano, aku boleh bermain alat muzik yang lain. Sejak berita itu sampai kepada keluarga aku, keluarga Alex ini. Aku hanya tersenyum memanjang dan tidak menjawab. Membiarkan mereka tertanya-tanya.
"Kris, kenapa hari ni kau diam?" Aku bertanya hairan dengan sikap Kris yang tidak bersuara sejak mengikuti aku. "Tak ada apa-apa. Aku kurang sihat." Dari situ aku boleh kesan penipuan dari Kris. 'Kris, Kris kenapa dengan kau ni.' Aku menggeleng kepala.
Sepanjang majlis itu berlangsung, aku hanya dijamu dengan makanan selepas membuat persembahan. Tiada yang menarik selain ditanyakan oleh para bangsawan yang lain, aku dari keluarga mana. Nampaknya George akan didatangkan tetamu kemudian hari. Perkhidmatan aku sebagai pemain piano VIP pasti telah tersebar selepas ini. Muahaha.
Sebelum majlis penutup, aku memainkan lagu yang terakhir.
Semasa memainkan perananku, ramai kusaksikan mereka mengalirkan airmata. Nampaknya lagu yang kubawa menyentuh hati dan perasaan kali ini.
'Toucinglah tu, mengada.'
...................... Kris pov.
Hutan kumasuki. Setelah balik dari majlis sebelum ini, aku mengambil kesempatan untuk menambah tenaga kembali sebelum balik ke makmal. Mujurlah Alex dan Rachel sudah berada di rumah.
Air liur aku telan berkali-kali setelah merasai aura yang memikat. Ya, aku tahu ini salah tapi ini bukan juga kerjaku. Aku tidak tahu siapa punya angkara tetapi bau ini tidak mampu menghalang aku untuk terus mendekat.
Setelah sampai disana, bau hanyir darah memasuki lubang hidung aku. Aku menghirup sepuas-puasnya bau darah yang masih segar. Waktu itulah, mataku mula bertukar rona. Dari hijau zamburd ke merah menyala selayak iblis yang mengidamkan darah yang sudah lama tidak dihirup.
Empat orang pemuda tercedera berlumuran darah diikat masing-masing di pokok dengan keadaan tegak berdiri. Aku terangsang dengan bau darah mereka. Kerenah mereka, aku jadi tidak tentu hala. Bau darah mereka menganggu aku di makmal tempat ku berteduh.
Perlahan-lahan aku mendekati salah seorang yang masih pengsan, darah yang mengalir di kepalanya aku jilat bernafsu.
"K.. Kau Osha.." "Kau sedar?" Aku tidak terkejut melihat teman sebelahnya sudah tersedar. Aku memberi senyuman manis kepada temannya.
"Siapa buat macam ni kau berempat?" Aku menyoal ingin tahu sambil tidak lepas menjilat darah di kepala dan juga leher temannya. "Kami...Tak..Nampak..Dia..Dia..Ber.. kerudung."
Aku menghampiri pemuda itu, darahnya yang mengalir di pipi aku jilat selamba. "Kalau kau mati mungkin aku akan memakan kau. Tapi disebabkan kau berempat diikat sebegini, aku yakin orang yang cuba telah mencederakan kau akan kembali mendapatkan kau berempat."
"Le..Lepaskan kami.." Pintanya merayu bersama bibir terketar-ketar. "Aku bukan di pihak kau." Bisikku.