Camelya pov.
"Cam, ramai betul nak jumpa collector tu kan? Yang tua pun ada sekali?" Ujar temanku tidak percaya. Namun, dengan mata yang dianugerahkan oleh dewa kepada kami, kami boleh mengenali masing-masing sebagai pahlawan. Ada lima orang termasuk aku dari puluhan orang yang berdiri disini. Namun kami masih diam dan mengikut kehendak collector.
Namun, aku ragukan sesuatu. Kenapa perjumpaannya di hutan?
"Baiklah! Semua sudah berkumpul!" Seorang lelaki muncul mengejut di langit dengan akar menjalar tinggi berhadapan kami. Senyuman yang lebar itu membuatkan aku rasa curiga bahawa dia pembimbing kami ke hadapan nanti.
"Hello guys, aku Kris. Si iblis separa manusia."
'Eh?'
Suasana mula tegang dan bising. Siapa sangka situasi kini bertukar rupa.
"Kau patut ditangkap!"
"Aku tak sangka aku menerima misi dari puak iblis!"
"Cis, kita terperangkap!"
"Tangkap dia!"
Kecoh, ya. Semuanya sudah bertukar genting dan bertindak menangkap si collector palsu?
"Misi kali ini, adalah kerjasama team. Serang aku sampaikan aku tak mampu menyerang kembali."
Ujar Kris sambil mengelak anak panah ais mahupun api yang cuba mengenainya.
Mendengar dari tuturnya berkata, ada clue dari ayatnya menyampaikan kepada kami sebagai para pahlawan.
"Tujuan aku kali ni, aku akan melukakan korang satu persatu tak kisahlah luka kecil atau besar."
Kris turun menjejak lantai menyebabkan semua mengepungnya. Namun dia sangat santai mengelak dan menertawakan beberapa orang yang tersungkur jatuh kerana menangkapnya.
"Siapa yang tertangkap dengan akarku, dia gagal."
Kris terus menghala telapak tangannya ke hadapan dan alhasilnya hampir sepuluh orang sudah dalam akar pautnya yang besar.
Aku tergamam. Akar kecik yang menjalar di kakiku segeraku cantas.
"Kita pergi dari sini!" Ajak rakanku.
"Tapi misi?"
"Dia bukan manusia! Dia cuma bermain dengan kita!" Jelas rakanku yang jelas bengang.
"Aku akan kekal disini, kau pergilah balik dulu. Kalau aku tak kembali, kau report dengan ketua guild."
Rencana ku adalah ingin mengenalpasti adakah dia collector kami atau bukan.
"Baiklah."
....
'Show time.'
Pedangku hayun dengan bergaya ke belakang. Larian kencangku kubawa menghampirinya yang kini menyedari kehadiranku. Dengan kuasa unikku, segera aku berpindah tempat secara mengejut di belakangnya.
Slash!
"Oh, kuasa yang hebat." Kris menatapku sinis.
Aku tergamam. Dia menangkis seranganku dengan menjadikan akar pautnya sebagai benteng!
Zass!
Salah satu akarnya sudah melukakan pergelangan tanganku. Sebelum akarnya menangkap aku, segeraku berundur. Kris terlihat sedang menjilat darahku dari akarnya.
"Tak guna kau!" Marahku. Namun sebaik sahaja dia memandang aku, matanya yang sehijau zamrud kini bertukar merah saga. Namun mata itu kembali normal bewarna hijau.
"Iblis." Gumamku tidak sangka akan menjumpai mereka. Keturunan yang aku benci! Tetapi, Kris boleh mengawal nafsu iblisnya? Bukankah setelah mereka menjilati darah dan meneguk darah, mata mereka akan kekal sampai terpuaskan?
'Iblis apa yang sedang aku berhadapan saat ini?'
"Aku sangkakan dia bergurau dia adalah manusia separa iblis, nampaknya dia menampakkan dirinya sendiri."
Seorang kanak perempuan disebelahku muncul bertutur serius, dari mataku, auranya terpancar dari tubuhnya adalah pahlawan kecil yang bergabung denganku.
"Racunku yang aku tanamkan dalam akarnya, dia menyedarinya. Segera dia memotong sebahagian akarnya itu." Bebel kanak-kanak perempuan itu bersama riak tidak puas hati.
"Siapa nama kau?"
Aku tergamam saat Kris cuba menghampiri kami berdua.
"Kau puak iblis tak berhak mengetahui namaku." Ujarku tegas.
"Okey fine." Dia mengangkat tangan dan berundur.
'Eh? Itu je?'
"Dia cuma merasai darah kita." Ujar kanak-kanak perempuan disebelahku. Sebaik ku melihat lebih detail, terdapat luka di pipinya.
"Eh, sejak bila kau terluka!?"
"Sejak dia bergayut di udara."
Aku memandang depan. Kris masih berusaha melukakan beberapa orang dan menangkap dengan akar pautnya.
Tidak tahu apakah motifnya berbuat demikian.
"Nama aku Tenten, kuasa kekal, Racun. Kuasa lain masih dipelajari."
Aku mengangguk saat Tenten mengenalkan diri. Untuk sekarang, kami berdua tidak melakukan apa-apa kerana Kris tidak menyerang kami. Bahkan akarnya yang besar itu selamba melintasi di hadapan kami dan membaham beberapa orang yang tidak berkaitan.
Boom! Dari jauh ku melihat seseorang anak remaja cuba melompat ke arah Kris bersama kuasa kilat di tangan. Menghentam Kris secara dekat. Namun, ia tetap tak berhasil. Kris menangkapnya di udara. Akarnya bertindak cepat dan pantas.
"Lepaskan aku!" Marah anak remaja itu lalu membaling kuasa kilatnya berbentuk bola secara rawak ke arah Kris.
"Tenang, ini ke gaya kau bertarung dengan iblis ke hadapan nanti? Mujurlah aku sebagai uji kaji kau orang. Haish."
Pipi remaja itu digores sedikit. Dan Kris menjilatnya selamba. Bolehku lihat wajah budak remaja itu terkedu.
"Hm, siapa nama kau?"
"Kau tak layak!"
"Hm okey, kau gagal tapi kau dalam list aku sebab kau juga bukan manusia biasa. Cuma masih LEMAH." Selamba Kris mencapak budak itu ke lantai tanah.
"Aduh! Sakitlah!"
Budak remaja itu membebel marah dan melayang penumbuk ke arah Kris tapi Kris mengabaikannya. Benar-benar marah setelah dihina.
"Lagi? Tiada siapa ke yang hendak menangkap ku?"
Sunyi, hanya beberapa manusia masih melutut kepenatan. Ada juga yang sudah pengsan tertidur di dalam akar Kris. Ada juga yang takut hendak menyerang.
Zass!
Seseorang.
Dengan kelajuan laju hampir berjaya menghampiri Kris, sepakan padu dari arah belakang kepala Kris. Slow motion time!
Buk! Kris terpelanting jauh. Terseret tanah di permukaan seeprti dibajak dek sepakan padu tersebut. Namun Kris terus mengapungkan dirinya bersama akar di udara. Cuba mengelak di serang dari lantai tanah.
Aku menyedari sesuatu.
"Kelemahan dia adalah kelajuan pantas! Seseorang bawa dia turun! Dia lemah dalam kepantasan!"
Ku lirik ke arah Kris yang berdecit sambil mengelap bibirnya yang berdarah. Pemuda yang berkuasa kelajuan tadi mengangguk memahami aku. Dia juga antara salah satu pahlawan seperti kami.
"Jadi, tinggal seorang lagi. Tapi dimana?"
Sebaik aku kembali melihat Kris, mataku terbutang. Kris kini sedang diikat dengan akar berduri tajam. Dibelit seakan sudah termakan umpan. Akar berduri tersebut muncul dalam akarnya!?
Kami mendekati Kris yang kini telah terkepung.
"Tak sangka aku menjumpai kuasa yang hampir sama denganku." Kris mengomel bersama tawa kecil.
"Kau dah kalah, kami akan bunuh kau disini, iblis separa manusia terlalu bahaya untuk masa depan dunia." Ujar si pembelit akar berduri. Seorang kanak lelaki yang bertopi cendawan.
Kris sekadar tertawa kecil dan menggeleng.
"Aku perlu hidup budak." Dan kemudian dia memandang kami semua satu persatu.
"Tahniah, kerjasama team pahlawan sangat dibanggakan. Kau semua tak nak jumpa collector?"
Soalan dari Kris membuatkan kami saling berpandangan.
"Dimana Collector sebenar?"
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
