Lost

598 59 16
                                        

Rachel pov.
Aku meregangkan semua tubuh badanku kerana kepenatan membasuh baju tuan muda aku. Bukan aku tidak biasa setiap kali tuan muda aku jatuh pengsan. Aku yang akan membantu. Tidak sampai hati melihatnya sebegitu setiap hari.

Aku membawa sedulang makanan yang masih panas berwap ke bilik tuan muda. Sepatutnya ini tugas pelayan, tapi sejak kematian majikan aku iaitu Helena mama Alex, semua pelayan memulaukannya seperti sikap yang dibuat keluarga George. Benci aku dengan sikap mereka yang tidak peduli akan Alex.

"Apa!?"

Itu kali pertama aku mendengar Alex membentak aku marah. Agak tergamam namun ku sedikit selesa dengan keadaannya petang tadi. Seakan dia ingin berubah. Senyuman aku spontan terbentuk akan perilakunya yang tiba-tiba termenung pada petang tadi.

Tetapi, aku sedikit hairan kenapa dia boleh tiba-tiba terdetik ingin menyelesaikan kerja di akademinya sedangkan selama ini dia lebih tabsub ingin berada di makmal rahsianya yang aku sendiri sahaja tahu.

"Tuan muda." Aku ketukkan pintu biliknya. Namun tiada sahutan seperti biasa yang aku terima.
'Tidur ke dia?' Aku cuba memulas tombol pintu, namun kelibatnya tiada di dalam bilik membuatkan aku seperti biasa mengeluh.
'Mesti di makmal.' Tidak penatkah tuan mudanya melakukan kajian yang tidak menemui hasilnya?

......

Pintu makmal aku ketukkan. Dulang makanan yang kubawa ku letak di tepi pintu. Terdapat meja disana yang telah disediakan. Alex tidak suka makanan dibawa ke makmalnya maka aku akan letak disitu.

"Tuan muda?"
Aku pelik mengapa Alex tidak menyahut panggilan aku. Selalunya dia akan menyahut setiap kali aku mengetuk pintu tanpa memanggilnya terlebih dahulu.

Aku memulas tombol pintu makmal. Keadaan makmal yang putih bersih menyilaukan kornea mata aku. Namun aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Bilik itu aku masuki. Tiada bayang Alex yang aku jumpai disana.
'Mana dia pergi?' Aku risau, Alex tidak pernah sebegini. Sekiranya ingin kemana-mana, pasti diminta ingin temani.

'Aku harus mencarinya.' Aku cemas sekiranya pelayan mendapat Alex. Bukan dia tidak tahu kebanyakan pelayan akan mengambil kesempatan mengerah tenaga Alex tanpa ketahuannya.

Aku masuk ruang dapur pelayan.
"Mana Tuan muda?" Nadaku tekan seperti biasa agar mereka tahu yang aku kali ini benar-benar marah. Sudah malam-malam begini masih tidak jemu menganggu Alex.

"Mana kami tahu, carilah kat luar." Seorang tukang masak mengacu senduk ke arah aku dengan marahnya. Fahamlah aku Alex memang tiada disitu.

'Mana tuan muda ni?'
Rachel end pov.

Alex pov
'Tahi, hidung ni tak nak bekerjasama dengan jiwa aku.'
Aku kesat hidung aku yang mula berair. Antibodi Alex sangat mengesalkan aku. Cuaca sejuk ni buat aku rasa macam berada dekat kutub utara walaupun aku tak pernah jejak sana.

Suasana yang meriah dengan pesta yang aku tak tahu sedang meraikan apa, membuatkan aku seperti kejutan budaya melihat sesuatu yang belum pernah aku lihat. Aku dah biasa berada di kelab malam jadi aku tidak terlalu kekok untuk berada dalam keramaian tersebut.

Hanya sahaja aku tertarik melihat pelbagai barangan yang aku rasa terlalu antik dan pelik.
"Apa ni tuan?" Aku bertanya kepada penjual tersebut. Melihat betapa jakunnya aku terhadap benda tersebut, dia akhirnya menggelakkan aku yang tidak tahu apa-apa.

"Budak, ni busur panah. Senjata jarak jauh, kau tak pernah tahu ke?" Dia tanya bersama tawa yang tersisa.
'Macam senjata api ke?'
"Aku nak cuba boleh?" Pintaku berharap dia mengizinkan budak-budak seperti aku memegangnya.

"Cuba? Kau kena bayar dulu budak, hehehe." Ucapnya bersama senyuman penuh licik. Apa yang aku hairan, dia lebih mementingkan mata wang dari keselamatan budak kecil macam aku.

'Atau dunia ni memang tiada hak perlindungan?' Aku ragu tapi pada masa yang sama aku cari kantung wang aku yang aku bawa dari rumah. Sebelum ni aku jumpa beberapa syiling berwarna emas dan perak dalam peti sebelum ini. Aku tahu ia sumber mata wang jadi aku bawakannya sekali.

"Ni cukup?" Aku rasa syiling warna emas ni terlalu besar nilainya. Belum sempat aku tunjuk, tangan dia terus merampas syiling emas di tangan aku.
"Sangat cukup, cubalah yang ini."

Aku rasa dia sedang membodek aku. Aku sambut satu busur panah sederhana besar yang diserahkannya bersama anak panah.
"Tembak papan tu." Arahnya sambil tunjuk satu papan yang lusuh. Pasti ini untuk uji kaji beberapa orang sebelum ini.

"Aku tak tau pakai, kau ajar aku." Pintaku dan dia akur. Aku rasa sebab nilai mata wang aku terlalu besar membuatkan dia mudah bertolak ansur. Penjual yang jujur dia ni.

Dia memberi demontrasi sekali dan aku mengikutnya.

"Tembak." Dia arah aku.
Aku melepaskan anak panahku. Namun sasaran aku melencong dari target aku. Aku memahami sesuatu tentang benda yang aku guna sekarang, iaitu kestabilan dan ketepatan aku. Aku rasa ia tidak jauh beza dengan penembak tepat.

"Budak, kau memiliki keterampilan yang baik. Mungkin kalau kau lebih bersemangat untuk berlatih, aku rasa kau boleh menguasainya." Ujarnya dan tersenyum.

"Kalau begitu, aku hendak membeli ini." Aku rasa aku perlukan benda ini suatu hari nanti.
"Eh, kau yakin ke? Sekali cuba?"
Dia terlihat terkejut dengan respon baikku.
"Aku perlukan senjata yang sesuai dengan jiwa aku orang tua."

Dia bercekak pinggang dan menayang muka cemberut.
"Jangan panggil aku orang tua. Kalau kau nak, aku boleh bagi kau satu set perlengkapan lengkap. Wang kau masih berbaki."
"Keep the change."
Dia tersenyum, aku pula puas dengan busur panah yang aku beli.
'Aku nak simpan kat mana?'

Makmal aku, adalah ruang rahsia aku Rachel.

Suara Alex terngiang di fikiran aku. Makmal rahsia? Apa dalam tu? Aku tersengih sendiri mengingatkan kehidupan Alex yang teruk namun mempunyai keperibadian yang misteri.

"Alex."
'Siapa pula tegur aku ni.' Aku menoleh, terlihat seorang wanita cantik dengan blouse cotton. Berkerut menatap aku. Dalam pada masa sekarang aku malas nak tengok siapa dia dengan kelebihan yang aku ada diberikan dewi kehidupan sebelum ini. Iaitu menyemak profile manusia disekeliling aku. Ia membuatkan aku cheat padahal aku tak minta pun.

"Tak sangka tuan muda dah merempat di permukiman rakyat jelata, tanpa ditemani Rachel? Hahaha."
Aku rasa dia ni bodohlah. Tak berperasaan aku sekarang.
"Kau nampak macam tak sihat, balik nanti jangan lupa minum banyak air." Aku tinggalkan dia yang semacam terkedu dengan jawapan aku.

Aku tidak kisah sebenarnya, aku nak balik sahaja. Cari makmal Alex dan simpan anak panah aku ni.

Kenapa aku cakap dia tak sihat? Aku boleh mengecam siapa yang sakit dengan sekali imbas sahaja. Disebabkan aku pernah mengambil bidang kedoktoran secara illegal, aku tahu rupa seseorang yang sakit. Wanita itu tadi memiliki ruam merah dekat lehernya. Wajahnya yang pucat disebalik make up tidak mampu menipu aku.
'Harap aku tak berjangkit tadi.' Risau pula aku dengan virus denggi dibawanya tadi. Sepatutnya dia dikuarantin.
'Ada hospital ke dunia ni?'

"Budak, kau buat apa dekat lorong gelap ni? Berani kau lalu sini ya? Hehehe." Dua orang pemuda berbadan sasa dan besar menganggu laluan pintas aku nak balik ke rumah.
"Huh?" Aku tak ada mood sekarang.

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang