list"

292 49 1
                                        

Dirumah, aku bertembung dengan Alesya, dia mencebik saat melihat kepulanganku. Butlernya ku tatap, namun pembantunya itu sangatlah sopan tidak menentang pandangan aku. Aku tersenyum melihat dia menghormatiku. Tak silap aku dia, pelindung Alesya.

Volcano
25 years old
Power : Ice

"Kulat putih, kau dah balik? Selepas ni, macam biasa aku nak kau berkurung dalam bilik."
"Kenapa? Kau risau aku menghuru harakan majlis kau tepung tebal?"
"Kau!" Satu bongkah kristal terhasil dan menuju ke arahku. Kris datang menghalang dengan mencengkam batu kristal tersebut dengan kuasa tumbuhannya, manakala Rachel menjagaku dengan dia yang berada dihadapan bersama Kris. Inilah tugas pelindung, yang sanggup berkorban demi nyawa tuan mereka.

"Hmph! Dasar pelindung! Vol, musnahkan pelindung dia!" Alesya terus memberi perintah ke arah pembantunya. Tanpa amaran terlebih dahulu, satu lemparan teracak ais menyerang kami. Aku melindungi kedua pelindungku dengan batu pendinding.
"Dia berniat membunuh kau ke Alex?" Kris menyoal tidak percaya.
"Aku menantikannya." Aku juga mengambil kesempatan ke atas serangannya dan membaling bongkah batu tajam dengan tinggi dan akhirnya mengenai mereka. Vol, pembantu Alesya menarik Alesya dan melindungi tuannya.

"Berhenti!" Kami menoleh ke arah empunya suara. Disana berdirinya seorang remaja lelaki yang berwajah merah yang pastinya sedang marah.
"Kau kenapa Alf! Aku hampir membunuhnya!" Bentak Alesya marah.
"Kau tu yang dah kenapa!? Kau tengok ruang ni hancur disebabkan kau! Alex, kau pun sama!"

Aku mengangkat kedua tanganku.
"Aku hanya melindungi diri, si tepung tebal ni yang berlebih-lebih." Aku meninggalkan mereka. Kerja pembaikan ku serahkan kepada pelayan-pelayan rumah itu. Sekarang aku mempunyai kuasa veto. Siapa lagi yang berani menyerangku?

"Hei Alex! Kemari kau, aku tidak akan lepaskan kau!" Teriak Alesya dan ingin mendapatkan aku. Aku kekal statik berdiri disitu dan berlagak selamba tak takut.
"Kau memanggil ku? Aku sedikit terharu kau memanggil namaku tetapi berlembut lah sedikit." Aku memperlinya membuatkan dirinya merasa bengang. Boleh ku bayangkan telinganya berasap tebal.
"Kau, jangan keluar dari bilik!" Jari telunjuknya di tunding ke arah aku. Tepat di hidung mancungku. Aku menolak jarinya dan bertatapan dengannya.
"Aku tak tertarik dengan majlis kau, aku nak kek. Jangan risau, setelah aku dapatkannya aku pergi dari situ."

"Are you sure?" Soalnya curiga dengan matanya sengaja dikecilkan.
"Ya, aku ada sebab lain ke? Balas dendam? Ia membuang tenagaku tepung tebal."
"Argh!" Dia marah dan ingin menampar aku saat berkata dirinya tepung tebal. Kalau dilempang ni memang berjerebu sekelilingku.
Aku elak tamparannya dan beralih kesisi dengan selamba. Tiada yang perlu diserang dan dibalas amukan kakakku ini. Aku segera berlari meninggalkannya.
"Malam ini Sya!" Jerit ku kali ini memanggil namanya. Sekilas pandang boleh kutahu dia terkedu.

Touching lah tu ಡ ͜ ʖ ಡ

..........
Malamnya, kehadiran beberapa setengah dari keluarga bangsawan di majlis Alesya membuatkan suasana sangat meriah. Dihadiri oleh teman-teman Alfroy dan Alesya sendiri. Temanku?

"Kris, mana sudut makanan. Aku lapar." Aduku namun Kris turut memegang perut tidak membalas.
"Sila ikut saya tuan muda. Sepertinya ini kali pertama tuan muda menghadiri majlis keramaian sebegini." Aku membututinya.
Aku berkerut dan rasanya salah.
"Ini kali kedua Rachel, sebelum ini aku menghuru-harakan majlis kerana tidak mengawal kuasaku sendiri. Tapi aku curiga, kenapa aku berbuat begitu sejak kejadian itu? Aku tidak mengingatinya lansung." Ceritaku.
"Kisah lama Lex~" Kris bersuara lemah.

"Tuan muda ketika itu, gelisah." Cerita Rachel sambil berhenti ke satu meja jamuan. Apalagi, aku dan Kris terus menerkam makanan di hadapan mata.
"Kris, jaga air muka keluarga George." Pesan Rachel membuatkan Kris tersengih malu.

"Wah wah wah, baru nampak adik Alfroy dan Alesya. Selama ni tak ada pula keluar menonjolkan diri." Satu suara budak lelaki yang pastinya seusia Alfroy, menarik perhatian beberapa mata.
"Senang bertemu beliau." Aku menunduk sedikit kepalaku dan berlagak biasa. Senyum? Tak ada.
"Sepertinya Alesya menjinakkan kau. Alesya, adik kau dah boleh kawal kuasa dia ke!?" Sengaja budak remaja lelaki itu menjerit. Sekaligus George dan bangsawan besar yang lain menoleh melihat sama.

"Boleh." Aku boleh tahu Alesya tergagap tidak yakin.
"Kalau begitu, aku ingin menentangnya? Tuan George boleh izinkan saya?" Budak remaja lelaki itu menoleh menatap George.
"Untuk pengetahuan kamu, Alex mempunyai kuasa kedua iaitu batu. Bagaimana kalau kamu mencuba kuasa barunya?"
'Thanks George.'

Pernyataan yang keluar mulut George membuatkan suasana yang tadi sunyi mula bising. Tidak percaya dengan apa yang didengari.
"Ohooo, saya berbesar hati menerimanya." Balas budak remaja lelaki itu.

Kami ditempatkan di taman luas. Taman yang sememangnya khas untuk latihan kuasa. Datar dan kosong tanpa sebarang gangguan.

Aku memegang perutku yang masih belum kenyang. Bukankah mengeluarkan kuasa akan menguras tenaga fizikalnya?

"Budak, bersiap sedia!"
"Ya~" Sahutku lemah.

Serangan pertama yang diberikan kepadaku ialah libasan angin. Aku lekas membuat pendinding dan ia menghentam dinding batuku bertubi-tubi.
"Haha! Pengecut!"

'Mungkin aku boleh habiskan setakat ni sahaja.'
Aku mengawal batuan dalam tanah. Dengan insting dan pancaindera ku yang lain, aku terus mengcengkam budak tersebut dari bawah tanah. Kesannya, budak remaja lelaki itu terus tertangkap olehku hanya sekali serangan.

"Ke.. Kejapnya." Gumam yang lain.
"Bagaimana dia mengawal batu dalam tanah?"
"Hebat!"

Aku meninggalkan budak remaja lelaki itu yang membebel entah apa-apa sebab aku dari jauh. Tidak mendengarkannya sangat. Kris dan Rachel aku dapatkan.

"Wah, tuan muda sangat hebat. Ini kali pertama saya melihat tuan muda menyerang."
"Eh, biar betul kau ni Rach? Alex lebih berbakat dengan kuasanya dari rupa kecilnya yang ini." Bidas Kris. Aku hanya mendiamkan diri apabila mereka berdebat. Meja jamuan aku dapatkan lagi.

"Alex, lawan aku." Kali ini muncul pula seorang pemuda entah dari mana menyapa aku ketika sedang sedang menjamu. Pemuda itu sangat bersemangat sehinggakan yang lain turut menyokong ingin mengadakan perlawanan sekali lagi.

"Bagi aku makan dulu, aku masih lapar." Balas ku selamba. Namun tetap juga selepas beberapa minit, pemuda itu tetap tidak berputus asa menunggu.
"Alex, " Tegur George menghampiriku saat aku cuba untuk memakan manisan pula. Dia bersama bangsawan besar yang lain.

"Ya ya."

Five minutes later.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tahu aku jadi tumpuan ramai untuk sekarang. Malah aku boleh sekilas Alfroy dan Alesya yang ternganga. Manakala George dengan senyuman fake apabila dirinya dipuji kerana mendidik aku dengan baik sedangkan tidak.

"T..Tak gu..na kau.." Pemuda itu aku batukan sampai ke paras leher. Silapnya tersalah pilih lawan. Aku meninggalkan dia dan pergi ke meja jamuan lagi. Kris dan Rachel setia menemani aku walaupun mereka juga tetap menjadi topik pembicaraan orang sekeliling.

"Tuan muda..Kita diperhati.." Bisik Rachel sambil berlagak senyum.
"Kita memang diperhati Rach." Tambah Kris tidak menahu apa-apa.
"Kau silap Kris, kita ada tetamu yang agak mencurigakan. Aku tak sangka Rachel menyedarinya walaupun jaraknya agak jauh." Aku mengerling Rachel yang turut berkerut.
"Saya juga tidak menyangka tuan muda boleh mengesan kehadiran mereka." Ujar Rachel dengan maksud tersirat. Aku tahu kenapa, sebab aku yang dahulu tidak tahu apa-apa tentang protokol keselamatan yang ada pada semua pelindung.
"Alex, kat mana?" Kris tertarik.
"Biarkan mereka, selagi tiada pembunuhan selagi itu jangan risau." Aku mengingatkan Kris.
"Tuan muda..tak pernah macam ni." Gumam Rachel yang aku sendiri boleh dengar. Aku tersenyum meleret.
"Sudah kukatakan, aku berbeza. Aku akan melakukan perubahan mendadak sehingga kau merasa terbiasa dengan aku Rachel."

MISTAKE DEADS 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang