Blue

169 29 0
                                        

Blue pov.

Aku duduk makan dengan senyap. Telingaku pekakkan saat abang-abangku bertelingkah lagi tentang penempatannya mereka sebagai pewaris takhta.

Bila ku kerling si ayah, nampaknya beliau sudah lali bila melibatkan pergaduhan kecil tersebut. Kecil? Aku tak pasti, yang pastinya ia merbahaya kalau mereka tidak dikawal tingkah lakunya.

"Aku anak sulung, aku yang menjadi waris seterusnya."
"Aku yang patut mewarisi takhta kerana aku menguruskan hal ehwal dalam dan luar kerajaan."
"Aku yang patut mewarisinya, korang yang tau bergaduh tentang takhta hanya tau mendapat perhatian sahaja."
"Tidak, takhta patut jadi milik aku sebab aku yang banyak bantu ayahanda."

Aku tidak turut serta dalam pergaduhan empat abang aku. Kerana aku sedar diri aku masih muda. Ayahanda aku masih seperti selalu, membiarkan anak-anak bertingkah kurang ajar kerana kerusi takhta yang bakal ingin diwariskan tidak lama lagi.

Bagiku, ini bukan masa yang sesuai kerana kemunculan raksasa di beberapa luar kerajaan sudah merisaukan aku dari semua itu.

"Kamu semua.." Telingaku menangkap suara lembut si ayahanda. Namun abang-abangku masih tidak berhenti bertekak sesama sendiri.

"Semua, dengar sini.."

Lagi......

"Eherm, semua.."

Aku tak boleh tahan sabar.

Bang! Prak..
'Ahh, meja hampir retak. Aku cuma hentak sikit.' Sweatdrop

Tetapi, aku sudah tidak mampu bersabar lagi. Tak sangka perbuatanku akhirnya membuatkan abang-abangku diam dan menatap aku pelik.

"Aku tak sangka kau semua dibutakan dengan kuasa takhta sampaikan sudah pekak tidak mendengar panggilan ayahanda? Apakah otak korang masih waras? Ayahanda belum mati lagi, jadi hormat keberadaan ayahanda tika ini. Hanya kerana kerusi takhta, semua dah macam mayat hidup yang dahagakan kuasa. Ingat senang ke handle tanggungjawab? Kalau tanggungjawab gagal dilaksanakan, rakyat akan mempermasalahkan raja, bukan siapa-siapa. Tapi dengan perangai korang sebegini, ade ke rakyat nak terima korang? Weh, malu lah dengan diri sendiri. Kalau aku, memang malulah ada abang-abang macam korang ni."

Kutukku sudah hilang selera dengan mereka serta makanan aku. Segera aku mengangkat punggung setelah masing-masing sudah terasa hati dengan kata-kataku yang super pedas.

"Zariel.." Langkahku terhenti saat ayahanda memanggil namaku lembut. Tetapi aku tidak menoleh dan menunggu sahaja apa yang hendak disampaikannya.

"Kalau ayahanda serahkan kerusi takhta ini, adakah kamu inginkannya?" Soalnya sudah pasti aku mendapat iri hati abang-abangku saat ini. Aku menoleh kebelakang dan menatap ayahanda ku sopan.

"Maafkan saya ayahanda, saya masih terlalu muda, rakyat akan mempertikaikan umur saya. Jadi untuk mengelak isu tersebut, sebaiknya diserahkan kepada orang yang mampu dipercayai dan profesional sahaja." Tekanku bersama nada menyindir abang-abangku.

"Oh begitu, sayangnya ya. Sepertinya ayahanda akan menunggu. Dan untuk kamu semua, sebelum mendapatkan pewarisan ayahanda, tolong fahami rakyat kamu semua. Merekalah penyebab wujud kerajaan Aurora. Tanpa mereka, siapalah kita." Ucap Ayahanda ada betulnya. Kesemua abang-abangku diam tidak bersuara lagi.

"Zariel, kamu ada tetamu dari kerajaan lain, ingin berbincang sesuatu denganmu. Peliknya, dia tidak mahu dengan ayahanda secara terus tetapi menginginkan kamu dalam perbincangan tersebut. Boleh ayahanda tahu, kamu ada sorokkan apa-apa dari ayahanda?" Soal ayahanda membuatkan aku menelan air liur. Tiada perkara lain selain pasal kewujudan aku sebagai pahlawan yang masih dirahsiakan dan menyamar sebagai blue. Aku tidak mahu sesiapa ahli keluargaku mengetahuinya.

"Kalau ada saya sorokkan sesuatu dari ayahanda, saya memastikan ia baik untuk kerajaan, bukan kepentingan peribadi." Tekanku sengaja menyiram api dengan minyak lagi.

"Kalau begitu, ayahanda memanggilnya menjemput dia makan malam bersama. Jadi Zariel, kembali kesini."

Pinta ayahanda membuatkan aku akur sahaja. Sebaik memanggil tetamu dimaksudkan, aku merasa sesuatu energi yang sangat kuat. Aura yang jelas menekan aura kepahlawanan aku. Lebih kuat dari aura tuan Alex dan aura yang lain. Siapa?

Aku menoleh, seorang kanak-kanak lelaki tetapi nampak kematangan dengan pakaian yang dipakai. Riak yang santai dan tidak lupa bersama lambang negara di pingat bahu kirinya.
"Terima kasih raja Aurora, kamu baik hati menyambut kedatanganku dengan persediaan makan malam bersama." Ujarnya bersama senyuman manis.

"Sama-sama, memperkenalkan mereka semua anak-anakku. Dan kamu semua, dia adalah pembantu raja sementara. Kuasanya luar biasa termasuk kuasa awet muda. Jangan tertipu dengan luarannya yang kecil ini kerana dia sudah terlalu tua. Haha." Ayahanda nampaknya seronok menceritakan kanak-kanak tersebut.

"Aku Kay Eden, seorang lelaki berusia 112 tahun, masuk bulan depan sudah 113 tahun. Kuasaku ini sangat unlimited, jadi ku mohon jangan cuba memusuhiku kerana aku sudah muak menghadap kematian manusia." Ucap Kay dengan mengenggam kedua-dua belah tangan membentuk bola. Mohon pengertian.

'113 tahun, kuasa awet muda. Aku nak panggil dia ni tuan jugak ke? Dia seperti seusia tuan Alex.' Bisikku yakin di dalam hati. Dan paling penting, aku nak panggil apa?

Manakala abang-abangku ternganga tidak percaya.

"Maafkan saya mencelah, saya ada sesuatu ingin dilakukan selepas ini. Boleh saya tahu kedatangan tuan hendak berjumpa saya disini?" Tanya aku straight to the point.

Dia tersenyum.
"Aku ingin berjumpa mentor kamu, blue." Ujarnya sekaligus buat aku tergamam kata. Ayahanda aku sudah memandang aku berkerut. Abang-abangku turut menoleh dan menatap aku ingin tahu.

"Bagaimana aku hendak mempercayai kau?" Akhirnya aku bersuara dingin. Mengenali collector hanyalah pahlawan dan musuh sahaja. Keberadaan collector dirahsiakan di seluruh dunia.

"Aku senior, collector lama." Kay mula buat muka serius.
"Jadi aku ada perintah untuk bekerjasama. Mereka tidak tahu tentang ini kerana aku sendiri yang memutuskan untuk dirahsiakan sehingga sekarang. Sekarang aku kembali." Jelas Kay panjang lebar.

Aku, masih tidak percaya tetapi apa yang perlu aku buat untuk dia menjadi salah satu collector kami, apa jaminan yang aku dapat?
"Aku akan bagi darah aku, untuk buat kau percaya." Tambahnya lagi.

'Dia baca fikiran aku ke?'
"Aku akan sediakan kalung hamba untuk langkah berjaga-jaga." Ujarnya membuatkan ayahanda menatap aku marah.

"Zariel!"
"Tak apa raja Aurora, aku inginkan kepercayaannya." Ujar Kay tersenyum manis.
"Aku tak tau apa yang korang bincangkan ini. Sungguh memeningkan." Ayahanda aku mengerling aku. Aku tidak mahu menambah curiga sesiapa di dalam keluargaku.

"Saya pergi dulu." Aku mengangkat punggung. Beredar pergi tanpa pandang belakang lagi.

Blue end pov.  Prince Zariel
Kay normal pov.

"Dia boleh jadi raja seterusnya." Ujar Kay senyum nipis.
"Sudah aku tawarkan, tetapi dia tidak berminat dan mengelak isu umur." Ujar si raja Aurora mengeluh. Anak-anaknya tidak bersuara dan hormat tetamu dengan makan sopan kali ini. Tidak menyampuk supaya tidak menyinggung perasaan tetamu.

"Rakyat tidak akan mempermasalahkan umur dia kalau satu kerajaan tahu siapa dia sebenarnya." Tutur Kay tertawa kecil dan menggeleng.
"Maksud kau?" Tanya Raja Aurora tertarik.
"Kau tak kenal anak bongsu kau, dia berikan seluruh raga dan nyawanya untuk kerajaan ini. Pertukaran yang berbaloi." Kay tersenyum pendek. Jawapan Kay buat satu keluarga itu tertanya-tanya dalam diam.

Apa yang Zariel lakukan?


MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang