"Betul ke ni Alex, kau jangan cakap kau kesiankan aku." Alfroy jelas tidak selesa apa yang aku buat.
"Dia tak nak ramai sangat pelindung katanya. Dia rimas." Mujur Alesya menjelaskan situasi aku. Aku hanya mengangguk setuju apa yang diperkatakan Alesya.
"Dah tu, kenapa kau terima je game budak Fei tu?" Alfroy pelik.
"Aku main-main jelah, mana ada serius sangat. Kenapa? Pertarungan cabaran kau berdua anggap sebagai apa?" Hairan aku. Apa nak ditakutkan sangat.
"Dare, game yang menentukan nasib kita." Jawab Alesya dan Alfroy tersentak."Aku anggap ia pertarungan biasa." Ya, di dunia lamaku judi adalah perkara biasa. Bertaruh dan menang itulah yang aku biasa mainkan.
"Betul ke kau bagi dia kat aku?" Alfroy jeling Stewart. Aku tau dia teruja tapi tak nak tunjukkannya. Mungkin sudah lama tidak mempunyai pembantu dan pelindung membuatkan dirinya merasa kesunyian.
"Aku rasa Stewart okey, kan Stewart?"
"Saya tidak mempermasalahkannya tuan muda Alex. Saya merasa terhormat bersama tuan muda Alfroy." Ujarnya kali ini tersenyum lebar. Suka la tu."Kalau macam tu, jum ikut aku. Aku ada tugas kat kau." Alfroy terus tarik tangan Stewart. Woh, tak sabar-sabar hahaha.
"Kau rasa dia okey ke Sha?" Alesya yang sedang bercakap dengan Vol, pelindungnya di pintu menoleh.
"Aku rasa Alfroy menginginkannya juga. Okey, aku nak pergi bawah. Kita ada tetamu hari ni. Jaga berperilaku pelindung kau terutama Kris. Tetamu kita dari keluarga bangsawan militer."
"Dia nak apa dengan ayah?"
"Entah, biasalah pekerjaan mereka. Kita hanya tahap barons, so i don't think ayah dapat menentang kedatangan tahap marquess. Kita kena jaga air muka Alex."Alesya tinggalkan aku bersama tanda tanya. Aku tak begitu suka sistem royal dalam kehidupan ni. Ia membuatkan aku rasa tersepit.
'Biarlah, aku tak ada kaitan.' Aku mengemas meja belajarku dan membawa satu buku bertajuk raksasa. Aku sebenarnya mula tertarik dengan kajian Alex yang satu lagi.Iaitu kuasa raksasa.
Makmal seperti biasa aku kunjungi selepas tamat persekolahan. Aku masuk dan kunci pintu seperti biasa dan mendapatkan meja makmal. Segala tentang kajian raksasa aku selongkar dan cari.
"Raksasa ni pelbagai, mereka juga mempunyai kuasa sendiri. Setiap raksasa akan terlahir bersama kristal di tubuh badan mereka. Dan kristal itulah sumber utama kuasa mereka. Mereka diburu keran ingin mendapatkan kelebihan yang ada pada kristal tersebut. Dan mereka juga memburu manusia sebagai makanan mereka."
"Mereka juga mempunyai kuasa-kuasa tersendiri." Aku tergumam kata sendiri. Sambil ingat kenangan Alex. Segala kertas di atas meja yang berselerak aku kumpul dan letak dengan kemas di satu almari. Aku dapatkan satu tempat dimana beberapa kotak kristal yang disimpan kemas di dalamnya. Satu hasil projek Alex dimana dia ingin menggunakan kristal telekomunikasi sebagai penghubung manusia tanpa menggunakan bebola kristal dan jenis kristal yang lain.
"Dia menggunakan kristal yang ada pada raksasa." Aku tertarik. Siapa sangka Alex sangat kreatif. Bebola kristal adalah buatan manusia dengan menggabungkan kuasa psikik dan kuasa gelombang isyarat. Bagiku ia sangat sukar digunakan dengan mengusung bebola kristal kemana-mana sahaja. Kalau pecah? Kan rugi.
Aku beralih pula ke sudut buku-buku tebal di rak. Satu persatu ku cari tentang raksasa namun hampanya aku hanya mendapat maklumat yang sama dan sikit.
BUK. Satu buku jatuh dari rak. Aku melihat tajuknya.
Butler : Pelindung, pengikut dan pembantu.
Helaian pertama aku buka. Sejujurnya aku tak tahu fungsi Rachel sangat selain tolong aku buat kerja harian. Macam urus jadual aku dan lainnya. Tapi pelindung? Aku memusykilkannya.
Pelindung bertanggungjawab melindungi majikan mereka tak kira siapa mereka berkhidmat sepanjang hidup mereka.
Pelindung haruslah menghormati dan menghargai majikan selain membantu mereka dalam aktiviti harian mereka.
Pelindung seharusnya bertekad untuk tidak mengkhianati selagi telah melakukan perjanjian kontrak darah.
Pelindung juga hendaklah berkorban nyawa mereka demi majikan kerana inilah pekerjaan yang paling mulia untuk para rakyat jelata.
Kami menunggumu wahai para pelindung.
Pembantu / Pengikut.
Situasi yang sama untuk pembantu dan pengikut. Tapi pekerjaan pelindung bagiku agak besar dan agak melampau di fikiran aku.
'Dunia ni memang tiada hak kemanusiaan. Kejam.' Entah kenapa aku sedikit emosi. Mungkin sebab perasaan Alex? Aku rasa aku jumpa kelemahan aku sendiri.Rasanya.
Alex George
10 years old
Power : Water / Stone / Ice / Fire
Weakness : Not confirmed yet.'Apa weakness aku?' Aku garu kepala sendiri. Tak ada cakap aku lemah dengan perasaan Alex. Atau memang aku tak ada kelemahan lansung?
Tahi punya sistem.Aku meneliti satu kristal merah tersebut. Sebaik aku menyentuhnya, aku mendapat imbasan bayangan dimana Rachel dan Kris sedang bertarung dengan raksasa tersebut.
Aku menjauh terkejut.
'Ia terhubung. Hahaha, ia berhasil. Tapi bagaimana ia berlaku?' Aku memegang batu kristal itu semula.Terdapat imbasan bayangan di mana raksasa itu sedang berkomunikasi dengan bahasa yang aku sendiri tak faham. Tapi aku tahu mereka seakan ingin bekerjasama. Raksasa sebegini bekerja sebagai kumpulan sebab itu fungsi kristal tersebut sangat berguna. Namun aku masih ragu bagaimana cara mengaktifkannya.
Aku mengalih tapak tanganku dan mengeluarkan kuasa batu. Lalu ku hentak ke kristal tersebut. Kristal tersebut akhirnya pecah bersepai dan mengeluarkan beberapa liang cahaya merah. Tak lama selepas itu, cahaya itu berhenti bersinar. Aku membawa serpihan tersebut dan meneliti dalamannya dengan kanta pembesar. Ada lubang kecil disetiap dalamannya. Aku curious dan ingin melakukan kerja gila.
'Bagaimana aku meletakkan darah aku sendiri?'Aku menghiris jariku dengan kuasa aisku lalu meletakkan darahku setitik dua di dalam lubang-lubang kecil kristal tersebut.
Tiada riaksi.
Aku mengambil kain dan mengelap jariku yang mengalir darah. Bosan melanda bila eksperimen aku tak berhasil. Baru hendak menapak ke rak, aku rasa jantung aku sukar berdegup. Rasa sesak nafas melanda.
BUK! Aku jatuh ke lantai. Samar-samar cahaya merah dari batu tersebut bersinar terang.
'Aku buat apa tadi!?'

YOU ARE READING
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...