Zen pov.
Aku berpeluk tubuh melihat para pahlawan bersemangat membunuh raksasa di sekeliling mereka. Aku, Luna dan Alex masing- masing duduk di udara sambil menilai pahlawan dari atas.
'Budak cendawan tu power juga bila mengendalikan akar berduri. Tapi guna satu jenis tumbuhan.' Tutur Luna menerusi telepati.
'Harry baik dari segi serangan tetapi payah dalam strategi. Tau guna otot dari otak, haish.' Keluh Alex sambil geleng kepala.
'Apapun mereka terlalu lemah dan tidak mahir.' Jelasku sedikit kecewa.
HAAAAAARGH!!
Serangan udara dari raksasa jenis terbang mula muncul disebalik kekecohan. Para pahlawan tidak memberi perhatian semasa kami mula terkepung. Namun, mereka tidak mampu membantu kami dan terpaksa melihat dari bawah.
"Aish, kami tak nampaklah." Marah Luna lalu berdecis. Luna buat gaya halau. Sekali libas semua tersapu. Tidak semena-mena semua raksasa yang terbang mengelilingi kami menjadi debu. Aku tersengih di dalam topeng dan mengerling Alex yang buat muka acah malas nak tahu. Luna bila marah, dia tidak dapat menahannya.
"Kau tengok Luna, semua menganga tengok kau hahaha." Alex berkata sambil tergelak.
"Aku tak ada mood sangat. Satu pahlawan kita pun tak ada yang handsome." Keluh Luna.
"Itu akan buat kau lemah tak berdaya." Ujarku dan Alex spontan buat Hi-5 denganku. Luna menjuling matanya, tidak peduli dengan ejekan kami.
"Tuan! Raksasa tahap S ni susah nak dihapuskan! Kami sudah bekerjasama tapi hasilnya sama! Cengkerangnya dan sisiknya sangat tebal!" Jerit Harry di bawah. Nampaknya mereka sedang mengepung satu raksasa sebesar kapal terbang, pandangan kamilah.
"Rasanya gelaran tuan tu perlu diubah. Aku layak ke dipanggil tuan kalau aku perempuan?" Luna sibuk hal lain. Alex tergelak sahaja. Entah apa orang tua ni (Alex) fikir sejak dari tadi gelak.
"Senpai lebih baik." Ujar Alex dipersetujui aku dengan anggukan.
"Harry, kau tak boleh cari bahagian lain? Bahagian yang paling mudah korang serang?" Aku tanya dari atas.
"Kami tak jumpa kelemahan dia!" Jerit Erica. Eh, tak pernah-pernah aku tengok perempuan ni berteriak. Dia nampak gelisah.
"Dia mempunyai pelindung sihir. Raksasa ni menentang kuasa kami menembusi fikirannya!" Tambah Riana pula.
Aku, Alex dan Luna saling berpandangan. Telepati kami berlangsung.
'Twins kau dalam masalah Luna. Tak pernah aku tengok diorang bukak mulut. Ingatkan dingin." Luahku tidak percaya bersama mata terbutang.
'Anak dara macam mereka buat aku dup dap dup dap. Auch!' Alex pegang dada buat drama tersentuh melihat situasi tersebut.
"Tsh, kau berdua ni mengada-ngada."
Luna kembali pandang depan dan tersenyum sahaja.
"Ada je kelemahan dia, tapi korang tak nampak." Ujar Luna sambil pintal rambutnya selamba.
Semua pahlawan berdecit lemah kepenatan dan tidak puas hati dengan jawapan Luna.
Sekitar 15 minit berlangsung, mereka menjauh sedikit dari raksasa tersebut. Menghirup udara seketika. Terlihat termengah-mengah. Aku jadi kesian pula menyaksikan mereka.
"Tuan! Kami tak jumpa solusi lain!" Jerit Blue.
"Alex, nak tolong?" Tanyaku melihat Alex santai mengorek telinga.
"Diorang ni lansung tak guna otak betul. Aish." Alex merungut dan aku tahu dia mula tak suka dengan situasi tersebut.
Alex berdehem sekaligus mengambil perhatian semua.
"Yang lain buat umpan."
"Camelya, kuasa kau saat ini berguna. Gunakan pedang kau dan tusukkannya di mata raksasa tersebut."
"Kemudian Miller, guna kuasa kau dan salurkan renjatan dengan voltan tinggi. Kesannya akan sampai ke otak dan raksasa tu akan mati serta merta." Arah Alex buatku kagum. Gayanya berfikir di luar kotak.
"Lekas selesaikannya. Kita tak ada masa lebih." Alex bersuara lagi.
Aku fikir, menyerang di area yang ternipis sekali di bahagian perutnya iaitu bawah cengkerang raksasa tersebut adalah kelemahan lainnya. Rupanya Alex ambik jalan paling mudah.
"Okey, kita tamatkan disini. Sesiapa nak basahkan tekak selepas ini?"
Semua angkat tangan termasuk Alex dan Luna. Aku tersenyum di dalam topengku. Sekepala.
.............
Skip time. Alex pov.
Aku muntah angin disisi dinding batu gua. Sungguh kepala aku terasa berat dan ingin terasa pitam. Namun aku gagahkan diri dan menapak menjauh dari kumpulan.
"Alex." Kris muncul dari bayang aku. Selama ini aku minta dia berehat di dalam bayang aku sebab kuasa Kris nampaknya tidak terkawal dan mula mencari darah fresh.
"Kenapa dengan kau Kris, baru je tadi kau masuk, kau jadi 'lapar'? Dah la mana aku kau sedut. Teknik yang aku ajar tak berdampak atas kau lagi ke?" Tanyaku ingin tahu. Wajah lesuku, ku pamer.
Kris menggeleng.
"Sejak masuk dungeon ni, aku terhidu satu benda tapi bukan manusia. Ia spesies kami tetapi mereka seakan bersalut darah. Terkunci di satu tempat. Aku jadi terangsang dengan keberadaan 'benda' tersebut. Aku yakin ia pelahap milik iblis. Benda tersebut adalah pintu mereka. Aku nak kau dapatkannya Alex, ia berbahaya kalau iblis lain menjumpainya." Ceritanya buatku jadi semakin pening. Sejak bila kau mahir berkias ni Kris? Aku hempuk kang. Pening giler ni.
"Buat masa sekarang kau balik makmal. Kuasa kau menelan kuasa aku." Aku buka portal terleportasi dihadapannya. Dia mengangguk setuju denganku. Mencegah lebih baik dari merawat. Bukan apa, Kris hampir melahap separuh mana tenaga dalam tubuh aku sejak dia berada di dalam bayang aku. Tetapi aku tak boleh salahkan dia kerana 'lapar.'
"Kau balik kalau kau tak sihat." Pesan Kris kali terakhir kepadaku sebelum aku menutup portal. Aku jatuh melutut menghadap tanah.
'Benda?' Apa? Spesies dia? Jadi ada iblis original disini? Tetapi ia 'benda'? Apa dimaksudkan oleh Kris sebenarnya?
Aku terjelepok jatuh ke tanah. Kepala aku memberat kerana banyak berfikir. Sedangkan tadi aku sangat merasa bertenaga memulakan latihan pertama dengan juniorku.
'Adakah 'benda' yang dimaksudkan itu berada berdekatan disini?' Sehinggakan membuat aku lemah tak berdaya?
"Senpai!" Suara Blue, si Putera menyapa aku. Aku mendengar beberapa suara lagi namun mataku tidak memberi kerjasama untuk buka dan melihat. Hanya suara yang kini sayup-sayup kedengaran sehingga pandanganku mengabur gelap akhirnya.
'Luna, Zen. Sekitar tempat ni ada 'benda' pelahap mana milik iblis. Carikannya sebelum iblis lain jumpa.'
Telapati terakhir ku serahkan kepada mereka berdua.
Gelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasiFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
