1 | SATU

650 17 2
                                    


"Ish kau asal !" marahku pada lelaki dihadapanku ini. Tahu tak tangan aku sakit. Dah lah sesuka hati je tarik tangan aku kat belakang sekolah lepas tu nak marah aku. Sakit woo tangan aku

Dia siapa ? Nak marah aku. Mommy dengan daddy aku pon tak pernah marah aku ! Dahlah duduk kelas belakang pastu badboy. Eeee tak sukanya aku dengan lelaki macam dia ni

"Eh , kau yang cabar aku !" suara lelaki dihadapan aku ini naik seoktaf

"Aku ada masalah dengan kau ke hah?" aku bertanya tanpa gugup. Sebenarnya takut gak dengan pelajar bermasalah depan aku ni. Tapi tak apa lah. Aku boleh

"Yes. Memang dari awal kau masalah aku. Kenapalah kau ni hidup nak menyusahkan aku. Tahu tak aku tak suka orang macam kau, hipokrik !" eee kang aku cili mulut mamat ni kang mau tak dapat nak bercakap balik nanti

"Aku hipokrik atau kau yang selalu cari masalah ?!" duga ku dengan sinis

"Aku tak tahulah apa masalah kau dengan pakwa kau tu , harap je pengawas tapi menyusahkan hidup orang !" geram dan benci saja ayat yang di lontarkan oleh lelaki dihadapan aku ini

"Sekurang-kurangnya dia tak buat perangai macam kau" Marah aku. Berani dia nak tuduh sesuka hati Mufriez aku tu. Dia baik tau 

"Heh. Kau ingat eh ayat ni sampai mati, don't judge a book by it's cover. Ingat eh ! Aku takut lelaki yang kau bangga tu akan buat kau  menyesal seumur hidup" ayat lelaki itu membuat aku rasa tak sedap hati

Jangan fikir negatif Nur Milayka. Jangan percaya lelaki macam Rayyan Qayyum. Si pelajar bermasalah lagi bodoh HAHAHA

"Apa hak kau nak tuduh dia jahat ?! Kau ada bukti ?! Dia baik lah, lagi tak buat masalah. Tak macam kau harap je muka hensem tapi bodoh pastu buat masalah ! Kenapalah hidup kau ni buat masalah dekat sini. Ibu ayah tak ajar ke jadi budak elok , hah ?!" haa amik kau ayat sedas aku bagi

"Kau !!!! Kau jangan sampai darah aku naik tau. Mau muka kau lebam nanti ! Aku tak kisah kau nak kutuk aku itu ini tapi bab ibu ayah jangan buat main eh. Aku benci ! Salah ke orang macam aku ni hidup kat dunia ni. Jahat sangat ke sampai semua orang nak menghukum !!!!! Kau fikir kau pengawas, aku akan ikut cakap kau. Jangan fikir kau pandai kau boleh rendahkan semua orang. Ingat eh kau !! Tak semua dalam dunia ni sempurna !" Peh padu gila ayat mamat ni

"Ada aku kesah" aku buat muka tak kisah

"Aku tak pernah pukul perempuan tau. Jangan sampai kau orang pertama kena pukul dengan aku !" Lengan baju Rayyan di sinsing sampai ke siku 

"Kalau aku cakap ibu ayah kau tak ajar macam mana" Wah berani nya kamu Ayka. Aku pernah dengar en pukul seorang lelaki lagi sakit dari perempuan. Em biarlah. Memang takkan punyalah dia nak pukul aku. Aku tahulah sebab aku cantik

Darah Rayyan mula naik keatas. Tangan mula mahu menampar gadis di hadapannya ini tapi tak kesampaian sehingga terdengar suara amaran dari seseorang. Lelaki. Siapa lagi kalau bukan Mufriez si buah hati Milayka ni. Ergh menyampah

"Berani kau naik tangan dekat buah hati aku ni memang aku cincang kau !!" Amaran dari ketua pengawas yang erghhh

"So. Why ? Dia. Memang patut pon dia kena tangan aku ni . Mulut tu tak boleh elok sikit. Harap je cantik tapi perangai syaitan" Rayyan mula menyatakan apa yang dia rasa sekarang ni

"Kau jangan nak acah lah Ian ! Perangai kau tu lagi teruk !" Mufriez mula mendekati Milayka dan di lihat gadis itu dari atas ke bawah . Tiada luka alhamdulillah

"Awak okay ?" tanya Mufriez risau

Dan apa lagi menggediklah memasing

"Heh" dengan malas Rayyan meninggal sepasang merpati sejoli tu. Malas nak masuk campur. Sorang menggedik. Sorang lagi miang dalam diam. Semoga dijauhkan

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now