Tak sampai dua puluh empat jam berada di hospital. Masa untuk balik !!!
Waktu itu hanya Rayyan sahaja yang menolong aku untuk balik. Oh lupa nak bagitahu. Keluarga dia pun tolong bawa kami balik
Aku pun tak tahu nak kata apa. Walaupun baru seketika duduk dengan keluarga Rayyan. Vibes dia harmoni je. Tak salah menyalahkan. Ahh semua baik di mata aku
Kenapa aku rasa macam nak tamak. Kau buat aku benci kau Rayyan !
Aku tak nak dalam kehidupan macam ni. Buat aku sesak ! Aku tak suka suasana macam ni. Kalau lah mommy macam dia orang kan best
"Baa" sergahan Rayyan membuatkan bayangan itu menghilang serta merta
Aku buat-buat terkejut
Aku pusing memandang nya. Kening kiri diangkat
Mamat ni nak apa sebenarnya ? Kacau orang je tahu !
"Jauh kau termenung. Kau dah sampai mana ?"
Aku menjulingkan mata. Sibuk lah dia ni !
"Aku tengah kira jalan. Dah kira jalan. Aku nak cari cara lari dari kehidupan macam ni" jawab aku tegas
Rayyan berpura-pura memegang dadanya. Tersakiti betul gayanya "Auch sakit sangat tu bunyinya. Tak nak cuba tukar cara jalan tu ke ? Cara untuk bahagia dengan aku ke ? Tak nak cuba ? Aku sweet tau" Rayyan siap mengenyitkan matanya kepada aku
Heyyy !!! Aku jeling sahaja
"Tak ada apa lah. Gurau. Ni kau dah sihat kan ?" Soal Rayyan ragu
Aku memandang dia pelik. Mamat ni buta ke ? Dah sah aku boleh berjalan tu maksudnya dah baik kan. Dia ni memang aku kena hantar dekat klinik mata. Buta !
"Sihat walafiat. Boleh berlari dari Malaysia ke German. Kenapa ? Kau nak join ke ?" Bersoal jawab berloyar buruk dari aku
Rayyan menggosok lehernya yang tidak gatal itu. Apa pasal bang ? Ada yang salah ke ?!
"Memandangkan hari ni hari khamis. Jom" ajak Rayyan suka
Ehh mamat ni !
Aku buat muka pelik "Jom ke mana ? Ye aku tahu hari ni hari khamis. Jadi ?"
Rayyan senyum sumbing dan terus menarik ku dari luar koridor, masuk ke dalam bilik
Ah ni apa pasal ?! Jangan jangan !
Aku terus rentap tangan dia dari terus menerus menarik ku "Kau pahal ? Aku tak sudi lah, Rayyan. Kau tahu kan kita macam mana. Tak. Aku tak nak"
Rayyan yang terasa pelik terus mendekati aku. Kebelakang punya pasal terus terhenti disebabkan dinding. Ni aku nak marah ni !!! Kenapa dinding ni wujud !
"Kenapa ? Kau takut ? Alah mana ada buat apa pun~" ujar Rayyan meleret. Kau nak goda aku ke apa !
Ya Allah kenapa dengan dia ni
Mukanya makin dekat dengan aku. Ahh sudah !
"Hey. Aku nak ajak solat isya' je. Jangan gelabah sangat lah macam malam pertama. Aku tahu aku lelaki. Tapi buat masa ni iman aku masih terjaga. Sudah. Ingat nak gurau. Tak tahu pula gurau aku ni buat kau gelabah. Sudah lah. Aku nak ambil wuduk ni. Nak ikut tak ?" Ujar Rayyan menjauhi aku
Aku urut dada. Astaghfirullah boleh gugur jantung woi !
"Err... Kau pergi lah dulu. Nanti aku menyusul. Aku-"
"Ahh lambat" Rayyan terus menarik aku masuk ke dalam bilik air
"Aku janji, aku tak akan batal kan wuduk kau lagi. Kita ambil wuduk bersama yaa" lembut sahaja ungkapan Rayyan
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...