Bangun dari lena. Benda pertama adalah melihat wajah nyenyak si isteri
Tekun dia merenung muka si isteri. Makin lama, makin cinta !
Wajah si isteri tertutup dengan rambut. Diselak rambut itu ketepi. Terserlah wajah si isteri “Cantiknya bini aku” ujarnya sendiri. Dengan geram terus dia mencium pipi si isteri. Lama…
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu
“Argh ! Aku tak boleh tengok muka dia. Mau tak sekolah aku hari ni. Jangan diikutkan nafsu ni. Iman aku ni dah lah setipis tisu” dengan kalut dia bangn dari pembaringan. Tak boleh jadi !
Kaki terus melangkah masuk ke bilik air
Ayka yang memang sudah lama tersedar hanya diam mengenalisis apa yang berlaku
Dia cium aku ? Argh !
Selimut yang menutupi separuh tubuh terus ditarik menutupi seluruh tubuh. Malu !
Keluar sahaja Ayka dari bilik. Dia sudah terbau satu aroma yang menyelerakan tekaknya. Dia terus mencari aroma itu. Dia terus berjalan memasuki dapur
Benar ! Bau nya dari sini
Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menyanyi
“Bawalah pergi cinta ku. Ajak ke mana kau mahu…
Jadikan temanmu ohh… temanmu yang paling kau cinta…
Di sini ku pun begitu, terus mencintaimu di hidupku…
Di dalam hatiku… Sampai waktu yang pertemukan…
Kita nanti…”Ayka terus menepuk tangan dengan nyanyi Rayyan itu. Rayyan yang baru tersedar hanya tersipu malu
Ayka yang perasan terus membuat muka. Jijik kali dia malu-malu kambing. Hodoh !
“Sedap juga eh suara kau”
“Biasalah… Tengok muka lah. Suami kau kan” Rayyan membangga diri
Ayka hanya menjeling. Menyampah ! “Ni kau masak apa ? Sedap bau. Aku pula rasa lapar tiba-tiba”
Rayan tersengih “Aku buat nasi goreng je. Baki lauk semalam ada lagi itu yang masak”
Ayka hanya mengangguk “Eh ibu mana ? Selalunya ibu yang dekat sini ?” soal Ayka perlahan. Mana tau mertuanya tidak mahu menjumpainya ke ?
Dia ada salah ke ?
“Ibu lepas subuh tadi dah keluar. Ada hal katanya” jawab Rayyan sekilas. Nasi buatannya dirasa
Apabila rasa makanan itu sedap dimakan. Api ditutup. Di ambil sesudu nasi yang telah siap itu dan disuakan pada Ayka
“Kau rasa okay tak ?” sempat dia tiup makanan itu agar sejuk dan senang untuk ditelan
Ayka rasa dan diam seketika. Itu membuatkan Rayyan tidak senang duduk “Tak sedap ke ? Masin ke ?”
Ayka terus tergelak dengan kelakuan Rayyan. Ayka geleng “Sedap je. Pandai kau masak. Tak macam aku… Tak pandai mas-” mulut Ayka terus ditutup Rayyan
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Novela JuvenilNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...