SPECIAL CHAPTER 01

146 4 0
                                    

Setelah 3 minggu mengambil slip keputusan SPM. Masing-masing bercadang untuk membuat reunion sekolah. Katanya selepas ini ramai dah buat haluan masing-masing. Setuju tak setuju, nak tak nak buat reunion ni Rayyan yang bayar semua untuk bahagian aku dan dia.

Apa? Ingat dia kaya sangat ke nak bayarkan semua? Mampu aku je lah ya. Pelik juga aku sebenarnya laki aku ni kerja biasa je tapi duit dia dekat bank banyak gila. Tak terkata aku. Mungkin dulu dia orangnya suka menabung dan suka cari masa kerja untuk tabungan masa depan. Nanti aku tanya dia ya?

Kini aku sedang enak makan makanan yang sudah tersedia di dewan besar ini

Jangan tanya aku kenapa aku makan je. Nama aku tak tertulis untuk membuat persediaan apa-apa. Aku memang datang untuk makan dan balik. Sekian.

Pakaian ditubuh yang aku pakai dari atas sampai bawah adalah idea Rayyan. Dia yang sesuaikan semuanya.

Aku je malas tapi cantik kan? Mesti lah cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku je malas tapi cantik kan? Mesti lah cantik. Suami kita yang padankan semua ni. Kau orang ada? Tak ada

Aku gelak jahat untuk semua yang single sekarang ni. Dah habis cerita, sambung balik

Sedang aku leka dengan makanan, aku terasa peha ku di tekan beberapa kali. Dari tekan sampai mencubit perlahan. Aku tidak menoleh langsung. Aku tahu ini pasti kerja Rayyan

“Abang rasa kan muka sayang tak ada lah kembang mana. Ni kenapa peha sayang semakin berisi? Geram.” Rayyan bisik ditelingaku.

Nasib je sekarang meja kami ada kawan-kawan Rayyan. Ikutkan hati nak je aku tampar dia ni

“Maksudnya abang bagi sayang makan sedap.” Aku jawab sekilas lalu

Rayyan geleng. Apa hal dia ni?

Rayyan sambung berbisik “Salah tu salah… Sayang yang makan banyak.”

Pap!

Bahu Rayyan aku tampar kuat.

Manusia dimeja kami memandang.

“Tak ada apa. Nyamuk tadi. Kuat ke aku tepuk?” Aku buat alasan. Kuat juga ni aku tampar bahu Rayyan. Aku jeling Rayyan

Rayyan diam menggosok bahunya.

“Lah.  Aku fikir kau bergaduh tadi dengan Rayyan. Sebab kau orang berdua ni diam je dari tadi. Aku dengan Danial pun terikut diam.”

“Tak ada lah. Bini aku ni kalau ada makanan sedap memang diam je makannya sampai aku pun tak perasan ada dekat sebelah.” Rayyan jongket kening beberapa kali

Aku pandang Rayyan tajam. Nak perli aku makan banyak lah tu!

“Kau orang tak nak bagitahu ke hubungan kau orang? Aku rasa dah sampai masanya kut semua orang tahu. Lama-lama aku rasa nak je tampar mulut orang yang buat cerita pasal kau orang ni. Hati aku pun boleh panas tau?” Jelas Amir geram

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now