“Itu ke budak baru yang ramai kata hensem tu?” Soal Rayyan sekilas semasa kami berjalan bersama
Aku mengeluh
“Abang cemburu ke?” Soal aku berbisik kembali
“Ada lah juga sikit. Abang dapat rasa kan yang dia suka sayang. Abang minta sayang hati-hati je dengan dia.” Pesan Rayyan lalu duduk di meja kantin bersamaku disebelah
“Sayang duduk sini diam-diam okay. Abang pergi beli makanan. Jangan berani duduk belakang sekolah lagi. Faham?” Pesannya tegas ditelingaku
Aku mengangguk sambil tersenyum. Rayyan yang melihat membalas senyuman ku. Manisnya suami aku !
“Hai awek. Mana laki awak?” Seorang jejaka menyapa dihadapanku
Aku memandang kosong jejaka itu. Aku sepertinya pernah mengenalinya atau terserempak tetapi di mana ya?
Sekejap? Laki? Suami atau boyfriend? Rasanya yang tahu hubungan aku dengan Rayyan hanya keluarga, beberapa cikgu disekolah ini dah sahabat Rayyan
Jejaka itu tergelak kecil.
“Awak lupa lah tu. Saya Iman. Kawan Ian. Awak lupa lah tu” Iman mengingati ku kembali
Aku angguk sahaja. Mungkin sahaja lupa aku.
“Sekejap ya. Baru aku ingat... Tapi dah lama tak nampak kau dekat sini ? Last aku jumpa kau masa dekat lorong jadi GRO masa tu”
Iman tergelak sambil menggelengkan kepala beberapa kali
“Senang juga kan awak ni lupa. Lagipun sebulan ni saya memang jarang ada dekat sini. Sibuk ikut family dekat luar. Sekarang baru ada masa jumpa sekolah. Jumpa kawan-kawan saya”
Aku sekadar mengangguk
“Ni mana Ian?”
Aku memuncung mulut ke arah Rayyan yang mendekati kami
“Sayang… Apa yang muncung sangat tu?” Soal Rayyan pelik. Ada kawan baiknya pula itu
“Dah Iman tanya mana awak. Saya jawablah tu” Aku menjawab persoalan Rayyan
“Hey bro. Baru nampak muka. Syok ke bercuti dekat sana cari awek?” Rayyan basa-basi lalu meletakkan makanan di atas meja
“Aku ingat ikut family aku tu boleh cuci mata. Lah rupanya tak dapat cuci pun. Asyik kena piat je dengan nenek dekat sana. Menyesal ikut” Ngomel Iman.
Tanpa disedari aku sudah tahan gelak. Macam perempuan lah Iman ni !
“Apa yang awak gelak kan huh?”
Aku geleng laju.
“Masa kita jumpa dulu kau bukan macam ni pun?”
Rayyan kerut kening? Sejak bila?
“Abang lupa lah tu…” Ujar aku perlahan di telinga Rayyan
“Dulu kan awak jumpa saya dekat lorong tu? Masa tu awak buat program NGO? Awak lupa eh?”
“Baru abang ingat. Maksud sayang tadi apa?” Ujar Rayyan perlahan ingin tahu
“Ye lah masa pertama jumpa kan perangai kawan awak ni kan beku gila. Kalah Danial bekunya. Jawab sepatah dua je lebihnya pergi jauh dari semua orang.”
Rayyan tergelak
“Sayang nak tahu tak yang masa tu dia,”
“Kau diamlah Ian. Jangan buka.” Ujar Iman tegas lalu memandang Rayyan tajam
“Ingat aku takut? Mulut dia memang macam ni. Masa kita jumpa tu dia baru lepas break dengan awek dia sebab dia main kayu tiga. Tak sedar diri ada awek pun nak curang”
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Fiksi RemajaNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...