5 | LIMA

175 14 1
                                    

-HEARTLESS ⛓️-

"Sorry bro sebab tak boleh datang masa kau kahwin tadi"

"Aku pon minta maaf"

"Kau pon tahu kan harini aku busy. So aku minta maaf tau"

Chat dari group whatsapps dipandang sekilas. Tergelak sekejap Rayyan dengan perangai mereka bertiga

"Kau asal tersenyum-senyum dari tadi aku tengok. Chat awek ke ?" aku yang dari tadi memerhati hanya memandang pelik

Aku baru lepas mandi sebenarnya. Melekit badan dengan baju nikah ni tadi

"Yang kau tutup rambut kau asal ? Aku suami kau. Jangan nak malu sangat"

"Eh kau. Aku tahulah. Kan rambut aku basah ni" tipu sunat tak apa kan. Aku lupa aku dah kahwin

"Ohhh....." Meleret sahaja ayat oh tu dari mulut Rayyan

Malas dia nak layan isteri dia ni. Lebih baik dia layan kawan dia. Lagi syok

"Haaa. Haaa. Senyum. Senyum. Awek ke tu" eh sorry okay aku tak cemburu tapi pelik tengok mamat ni. Nanti orang cop aku kahwin dengan orang gila. Minta. Mintalah dijauhkan

"Salah ke aku nak senyum. Senyum kan sedekah" malas mahu bercakap dengan orang gila lebih baik aku turun bawah cari makanan. Aku lapar kau tahu. Fikir masa nikah tadi dapat melantak tapi apakan daya. Sabar jelah

"Eh. Kau nak pergi mana, woi"

Eh kau sesedap rasa je panggil aku woi woi. Kau fikir aku minah rempit ke hah. Kang jap lagi dia makan kaki aku ni kang

"Dari aku bercakap dengan orang gila lebih baik aku makan kat bawah" tanpa membuang masa aku memulas pintu sebelum keluar dari bilik orang gila ni

"Eh . Kau tahu ke dapur rumah aku ni ?" Tanya polos Rayyan. Bini dia ni apa siot sampai tahu dapur semua tempat. Rasanya dia belum intro luar dalam rumah ?

"Kau lupa ke apa gila. Tadi kan kau mandi lepastu ibu curi aku jap pergi intro rumah ni. Nak harap kau sampai tahun depan belum tentu" haa amek kau

"Eh sabar lah eee. Janganlah keluar dulu. Makanlah dengan aku gila. Kang ibu marah aku, mati aku"

"Takut ibu ke tu AHAHAHAHA" aku mengejek dia

"Kau ni jangan buat dosa tau. Ingat syurga kau bawah tapak kaki aku ni sekarang. Syurga aku masih bawah tapak kaki ibu aku" haa ni makan dia

"Haa ugut-ugut. Tulah kau" niat nak keluar terbantut . Aku duduk di sebelah dia. Wahai makanan masakan ibu. Aku mahu kamu sekarang. Aku lapar

"Dari kau makan seorang diri tanpa aku. Baik kau makan dengan aku. Dapat pahala. Aku pon nanti tak kena bebel dengan ibu" sempat eh kau mengumpat ibu kau, Rayyan

"Haa mengumpat ibu. Tak baik tau. Ibu!!!!" Aku menjerit kecil nama puan Zaiti sebelum si gila ni tutup mulut aku

"Ummm.... lepas lah" aku gigit telapak tangan dia. Haa amek kau

"Auch sakit gila !" Padan muka kau

"Siapa yang mula hah ?" Aku mula buat muka garang. Eee tacod AHAHHA

"Pffttsss.. AHAHAHAH hodoh siak muka kau AHAHAHA" sampai hati kau kutuk aku gilaaaaa ! Kau tunggulah nanti

"Dah lah baik aku cau borak dengan ibu dari layan orang gila macam kau"

"Hah dosa tau buat suami macam ni. Berdosahh" eeeee gelilah aku dengan dia ni. Makin pelik. Urghhh

Aku diam membatu. Malas nak bercakap dengan si gila tak betul ni

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now