Pemanduan dari rumah tuan Zamir ke rumah tuan Ahmad mengambil masa empat puluh lima minit itu akhirnya sampai juga ke destinasi
"Terima kasih hantar kami ibu ayah. Hati-hati balik" ucap Rayyan kepada kedua orang tuanya sebelum keluar dari rumah mertuanya
"Cakap juga dekat Daddy dengan Mommy kamu tu yang kami tak sempat nak singgah masuk. Ada hal. Jaga menantu ibu baik baik. Cucu ibu tu jaga juga. Assalamualaikum" pesan puan Zaiti sebelum kereta yang dipandu suaminya membelah jalan ke destinasi seterusnya
"Hati-hati di jalan. Waalaikumussalam"
Rayyan memusingkan diri kebelakang untuk melihat isteri dan anaknya. Pusing sahaja, bayangan isteri dan anaknya menghilang
Aik ? Mana hilangnya mereka ?
"Eh. Ian. Mana anak mommy ?" terdengar suara puan Syabila di balik pintu rumah
Ni bukan patut dia yang tanya ke ? Anak bini hilang macam tu je ?
Maksudnya sekarang ni hilang ke apa ?
Pertama yang harus dia cari adalah anaknya !
"Wafa. Wafiq. Anak abi ke mana ?!" separa jerit suara Rayyan memanggil anaknya
"Siapa Wafa, Wafiq. Ian ?" soal puan Syabila
"Anak kakak Ian. Ni yang risau ni"
Kalau anaknya ada di sini. Maka isterinya ada di sini juga. Isterinya tidak suka kanak-kanak dari awal lagi. Jadi tidak mungkin dia bawa anaknya menghilang. Anaknya ini mesti mengikuti langkah isterinya
Pasti !
Pantang Milayka berjalan jauh sikit. Wafa mengikut. Wafiq tidak kurang ikutnya. Mengikuti juga kembarnya. pantang berganjak jauh mesti berkepit
Ahh susah lah ni
Tiada cara lain. Anak lelakinya sahaja boleh dipercayai
"Wafiq" panggil Rayyan kuat. Risau sungguh anaknya hilang
"Wafiq dekat belakang rumah tok mommy ni. Abi ! Ummi lemas !!!" jawab Wafiq kuat
Puan Syabila dan Rayyan berlari ke belakang rumah
Sesampai mereka di tempat kejadian. Dengan pantas Rayyan masuk ke dalam kolam. Milayka yang nyawa di hujung tanduk sudah menampakkan dirinya terapung di atas air
Dengan tak teragak. Rayyan menarik Milayka ke atas. Ditepuk-tepuk perlahan pipi sang isteri
"Ayka. Tolong sedar weh" ujar Rayyan gusar kuat. Pipi Milayka masih di tepuk. Dipeluk badan sng isteri kuat. Dia goncang sedikit kuat badan Milayka
"Abi ! Wafa pengsan !" jerit Wafiq yang berdekatan dengannya
Puan Syabila yang sudah tidak tentu arah terus mengangkat Wafa masuk ke dalam kereta. Wafiq juga mengikut ke mana kembarnya berada
"Ian. Bawa anak mommy tu masuk dalam kereta. Kita bawa mereka ke hospital cepat"
Badan sang isteri di angkat memasuki ke dalam kereta
Puan Syabila terus menekan pedal minyaknya untuk perjalanan ke hospital terdekat
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...