30 | TIGA PULUH

129 7 5
                                    

Kini aku dan keluarga suamiku sedang makan malam bersama. Dimeja makan hanya sunyi sepi. Hanya suara senduk lauk sahaja yang berbunyi dimeja makan itu.

Aku pandang kiri hujung meja. Aku lihat Rayyan hanya bermain dengan makanan. Sesekali dia memandangku dan aku membalas dengan jelingan maut. Wafa dan Wafiq disebelahnya hanya memerhati. Tidak lupa juga puan Zaiti dan suaminya, ibu bapa mertua ku

Aku rasa mereka semua sudah tahu yang aku buat perang dingin dengan Rayyan

"Ummi..." Wafa memanggil aku. Aku menoleh memandangnya. Kening kiri ku diangkat ingin tahu

"Ummi dengan abi gaduh ke ? Dari tadi asyik jeling Abi, Abi pun sama asyik pandang ummi"

Aku tersentak! Aduh budak ni! Kenapa beritahu!

Aku pasang muka kelat

"Mana ada Abi gaduh dengan Ummi sayang. Ummi merajuk je tu dengan abi" Rayyan menjawab persoalan si kecil

Cis ! Aku menjelingnya. Nasi di pinggan aku suap ke mulut dengan perasaan kesal

Pandai buat orang marah, pandai pujuklah!

"Adik. Habis makan nanti pergi pujuk bini tu. Jangan bagi dia merajuk lama-lama. Kang dia balik rumah mommy daddy mahu tak balik sini, memang meraung adik nanti" tuan Zamir mencelah

Good father in law ! Saya suka ! Saya suka

"Tapi-"

"Ayuk Abi... Habislah nanti Ummi tak nak kawan Abi lagi. Tinggalkan Abi. Nanti mesti Abi menangis kan" Wafa menakutkan Rayyan yang sudah telan liur

Aku lihat dengan ekor mata. Dalam hati sudah tergelak berdekah didalam hati kerana dia menjadi bahan keluarganya. Padan muka!

Sejenak aku melihat dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sejenak aku melihat dinding. Otak aku tidak mampu memberi sebarang jawaban dari persoalan tidak masuk akal Rayyan. Dia ni gila ke? Nak aku lempang dia tak sekarang ni?

"Sayang janganlah tenung dinding tu lama sangat. Abang ni tak cukup hensem ke? Sayang... Jangan lah merajuk lama sangat. Abang nak ajak sayang keluar je pun dengan ibu ayah dan kembar. Sayang..."

"Kau nak keluar buat apa? Nak tunjuk muka lagi ke dekat perempuan sana sini? Tak puas? Kalau nak sangat pergilah sana! Aku tak nak!" Marah aku padanya

Gila apa? Dah lah aku bengang lagi dengan dia. Lepas tu nak buat hal lagi. Memang mamat ni nak makan penampar agaknya!

"Mana ada sayang..."

"Sudahlah Rayyan. Nak pergi tu pergi je lah. Kau nak kahwin lagi ke apa ke buat lah. Aku kan tak ada perasaan. Pergi lah... Janganlah sibuk pasal aku lagi. Nanti kau muak pula dengan aku macam Riez. Sudah lah..."

Rayyan terdiam. Mulutnya terkunci ingin berbicara. Tentang Mufriez ini sudah lama isterinya tidak dibualkan lagi selepas mereka berkahwin. Ada pun tidak dia ungkit kisah itu. Benar sungguh isterinya marah dengannya

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now