31 | TIGA PULUH SATU

90 7 1
                                    

"Ibu! Waniey nak patung tu boleh ! Waniey nak sangat!" Ujar seorang anak kecil kepada ibunya dan mereka benar-benar ditepi aku

"Boleh sayang… Demi anak ibu semua boleh" jawab sang ibu pada anak kecil itu

Aku hanya endahkan. Aku mahu patung dinosaur tu! Lagi sikit je dapat ! Hampir 1 jam 30 minit aku disini bermain tidak berganjak sedikit pun untuk patung dinasour itu

"Ini token terakhir ya! Pasti ke boleh dapat patung tu?" Soal Rayyan disebelahku. Aku buat tidak tahu. Apa? Ingat aku akan mengalah ke?

"Selagi aku tak dapat selagi tu aku akan main. Tadi aku dah boleh dapat dah. Kurang 3 mata je weh. Doakan aku tau!" Kata aku semangat pada Rayyan. Rayyan disebelah ikut bersemangat.

"Baik sayang ! Abang bagi semangat ! Buat yang terbaik tau !"

Comel sebenarnya suami aku ni !

"Ibu… Waniey nak patung tu tapi asyik tak dapat je. Waniey nak sangat tapi… Tak apa lah bukan rezeki Waniey. Ibu pun tak banyak duit nak layan karenah Waniey ni. Tak apa lah ibu. Jom balik! Waniey suka sangat sebab ibu teman Waniey nak datang sini. Waniey sayang ibu! " walaupun suaranya seakan gembira tetapi muka si gadis kecil di sebelahku mula kendur.  Aku perasan itu walaupun mataku fokus pada permainan ini

"Sayang tinggal 2 mata je lagi tu" Rayyan berbisik kepadaku dan pada masa yang sama aku menolak bola itu masuk ke dalam bakul.

Lelaki yang menjaga permainan itu mengira bola yang masuk ke dalam sebelum menyebutnya bilangan yang aku dapat

"48. Sekejap ya… patung dinasour untuk awak" kata lelaki itu lalu mengambil penting itu dan tunjukkan kepadaku. Aku laju mengangguk

"Nak!" Lelaki itu hulur padaku dan aku terus merampasnya "Abang… hadiah sayang yang lain tu abang ambil kan boleh! Sayang ada benda nak buat sekejap!" Ujar aku sebelum berlari mengejar seseorang

Rayyan tak tinggal diam "Abang. Jaga sekejap barang saya boleh. Saya nak ikut isteri saya sekejap" Rayyan ikut lari mengejar ku

Hati lelakinya risau dengan isterinya yang tiba-tiba berlari mengejar seseorang

Aku keluar dari situ dan mencari seseorang. Tubuh kalih kiri kanan mencari seseorang itu

"Waniey!" Panggil aku kuat sebelum seseorang yang benar dihadapaku toleh kebelakang

Aku terus menerpa ke arahnya. Gadis kecil itu seakan terkejut. Ibu yang berdiri di sampingnya juga ikut terkejut

"Nah patung. Kau nak ini kan tadi" Aku hulurkan patung itu padanya. Mata si gadis kecil itu mula bertakung. Aku buat tidak endah terus aku tarik tangannya dan berikan padanya

"Eh cik. Tak apa. Ini kan cik yang nak patung tu tadi" ibu kepada si gadis kecil itu menjawab bagi pihak anaknya. Patung itu diambil ditangan anaknya sebelum memberikan kepadaku kembali

Aku ambil dan berikan kembali pada si gadis kecil itu. Aku tolak pemberian si ibu Waniey "Saya banyak lagi dekat rumah. Saya saja je nak patung ni tadi. Lagipun ambil saja. Saya tak nak pun. Saya nak patung ni pun sebab nak spendtime masa kacau-"  tiba-tiba Rayyan berdiri di sebelahku dengan nafas yang tersekat-sekat kerana mengejar ku tadi

Ni mula lah sekejap lagi. Aku terus peluk tubuh dan membuat muka kosong

"Ya puan. Maaf kalau buat puan terkejut. Maafkan isteri saya" Rayyan bercakap dengan nafas tercungap-cungap

Ibu kepada si gadis itu menggeleng lalu membuat muka terkejut "Eh tidak lah. Awak cakap ini isteri awak? Awak berdua nampak muda dari saya jangka. Saya ingat awak berdua bercinta tadi. Maafkan saya"

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now