37 | TIGA PULUH TUJUH

81 5 0
                                    

Aku tidak tahu sejak bila aku mula rapat dengan kawan baik Rayyan yang satu ini.

Maksud aku kawan yang memang rapat gila. Tak macam Danial dan Amir. Kawan cover masa Rayyan tak datang sekolah. Begitu lah.

Dari belajar addmath katanya boleh sedekat ini? Tapi tak lama pun aku jadi tutor tak bertauliah dia. Dia memang lambat faham. Aku malas nak ajar dia terus bergaduh.

Tak tahu pula bergaduh terus boleh jadi kawan baik. Betul apa orang kata. Jangan benci sangat, nanti jod-

Eh bukan. Rayyan jodoh aku. Haa Iman tu kawan je

Okay sambung balik cerita tadi

Tak sangka mulut pot pet si Iman ni buat aku suka nak berkawan dengan dia. Sakit hati juga tapi tak apa lah. Kurang sikit beban aku sehari tu kalau dapat bagi sedas dua ayat dekat mamat tu.

Gelak jahat dalam hati

Sudah masuk 2 bulan aku kenal Iman. Iman Rasydan seorang lelaki yang banyak mulut juga sebenarnya. Suka mengusik dan pelawak

Ya kini aku sedang bergelak tawa dengan dia. Rayyan ditepi pun aku terikut lupa wujud.

“Ye weh, Iman. Kau bayangkan lah…”

Rayyan disebelah menepukku. Dia menggeleng

“Sudah lah tu gelaknya, Sayang… Abang risau nanti menangis pula. Orang tua kata kalau banyak gelaknya, akhirnya menangis…”

“Rilex lah, Ian. Kau cemburu ke? Tak sangka best juga borak dengan bini kau ni. Nasib kau kawan aku kalau tak aku rembat buat crush bini kau ni…” tentang hubungan Rayyan dan aku. Iman masih menyimpannya. Jika disebut laki bini atau berdekatan dengannya dia akan perlahankan suara

“Eleh kau, Iman. Tak boleh punya dapat. Masa laki aku ni ngorat aku memang banyak caci maki dia dapat. Berkat dia sabar dengan perangai aku je dia dapat aku. Syukur lah aku dapat suami sabar macam dia. Makin hari makin cinta ada lah…” aku menyelit ucapan Iman yang seakan mahu Rayyan cemburu wajahnya. Aku terikut juga. Tentang hubungan perkahwinan pasti perlahankan suara

“Tak ada masa nya aku cemburu. Tapi aku risau je. Sakit nanti susah dia. Hati aku ikut susah kalau dia sakit…”

“Sekejap lagi kita borak ya. Aku nak pergi beli makanan dulu. Saya cau dulu tau Ayka…” ujar Iman seketika sebelum tubuh meninggalkan kami berdua di meja kantin

Tiba-tiba suasana antara kami sunyi. Baru aku teringat!

“Sejak bila abang ada? Tadi sayang cari juga tak jumpa abang. Itu yang ikut je Iman ke sini. Katanya tunggu dekat sini. Abang tunggu sayang lama ke?”

Rayyan yang bingung menggeleng. Muka kelat dia pamerkan

“Patutlah abang cari sayang tak jumpa… Nasib je ni husnuzon yang sayang tunggu dekat sini.”

“Eh ? Bukan ke abang yang tunggu sayang? Iman kata abang yang suruh tunggu sini?”

Tiba-tiba Iman duduk dihadapan aku bersama nasi berlauk. Dia letakkan makanannya di hadapanku. Wajah aku dia pandang lama. Ada senyuman mengusik dia berikan

“Dah jumpa suami lupa kawan kan…”

“Eleh. Siapa suruh tak cari awek. Kan abang?” Aku menoleh memandang Rayyan.

“Nanti kita sambung dekat rumah ya, Abang?” sambung aku lagi

Rayyan yang faham mengangguk.

“Ni sayang nak makan macam biasa ke macam mana? Abang nak pergi beli makanan ni…”

Aku berfikir sejenak.

“Apa kata hari ni kita beli makanan sama-sama? Dating beli makanan vibes…”

Rayyan tergelak kecil. Aku perasan macam dia paksa je gelak tu. Dia marah ke?

Dia mengangguk lalu bangun memberi aku ruang keluar dari meja batu itu. Kami terus berjalan bersama ke tempat beli makanan

Disebalik itu ada yang tersenyum senget

“Kau ingat kau boleh bahagia macam tu je ke, Ayka? Tak akan aku biarkan.”

Sesampai sahaja dirumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesampai sahaja dirumah. Aku perhati wajah Rayyan kelat. Setelah selesai makan bersama di kantin. Wajah Rayyan aku perhati dalam. Wajah Rayyan tidak akan kelat atau mengelak dari jumpa aku. Lihat wajah aku pun tidak sampai sedetik dua terus mengelak.

Depan orang okay saja, kenapa sekarang tidak? Dia kenapa sebenarnya?

Kasut aku tanggalkan. Rayyan mengikuti dan meletakkan kasut sekolah di rak kasut yang disediakan. Masuk sahaja rumah aku terus bertanya padanya

“Abang marah ke?”

“Marah untuk apa?” Senada Rayyan menjawab. Tidak puas dengan jawaban dari Rayyan. Aku terus berjalan kehadapan Rayyan lalu memandangnya.

“Dekat kantin tadi?”

“Milayka rasa?” Soal Rayyan kembali. Dia berhenti dari berjalan. Wajah aku sedikit pun tidak mahu dia lihat

Milayka? Dia marah ni nampaknya.

Rayyan? Dia marah? Sejak bila? Bukan ke Rayyan tenang orangnya?

“Abang marah ke sayang rapat dengan Iman?”

Rayyan merengus. Tanpa pedulikan aku terus berjalan masuk ke bilik.

Aku dengar pintu bilik tertutup rapat.

Tanpa pedulikan hati yang terasa akan kelakuan Rayyan. Aku berjalan memasuki bilik.

Masuk sahaja di dalam. Aku perasan Rayyan kalih wajah ketika tahu yang masuk ke bilik itu

“Abang janganlah marah. Sayang mana tahu yang abang cemburu atau marah yang Iman rapat dengan Sayang.” Aku mendekati Rayyan yang duduk tidak jauh dari aku berdiri. Sofa yang memuatkan kami berdua aku duduki.

Rayyan mencari jarak

“Aku tak marah, Milayka. Aku rasa macam kenapa kau boleh ikut orang lain dari sanggup tunggu aku? Kau tahu setakut apa cari kau dekat kelas tadi? Aku tahu kau rapat dengan kawan baik aku dan aku tak kisah langsung sebab aku tahu kau dan dia macam mana. Kau isteri aku dan dia kawan baik aku. Tapi… bila lama-lama kau macam ni buat aku rasa tak berguna ada dengan kau.”

Aku menarik tangannya. Dia menepis

“Aku tak cemburu, Milayka. Sumpah aku katakan. Aku takut aku musykil kau dan dia lebih dari kawan. Ya, Iman memang baik. Tapi waktu ini, Milayka. Aku lebih kenal dia dari dia kenal aku. Ya kami memang rapat tapi tak sedekat Danial dan Amir. Aku pun baru kenal Iman. Aku tak takut dia hilang pun. Tapi aku takut sesuatu yang buat kau jauh dari aku.”

Aku cuba sekali lagi mengambil tangganya. Sekali lagi juga dia menepis

“Jangan pegang aku atau pujuk aku hari ni. Aku takut termarah atau buat kau terasa. Hakikatnya sekarang ni aku tahu yang kau terasa. Tolong. Bagi aku masa pujuk hati sendiri.”

“Tapi abang…”

“Kita bincang nanti balik ya. Aku nak masa sekejap je. Boleh ya, Milayka?”

Aku hanya mengangguk lalu terus berjalan keluar dari bilik.

Nak terasa dengan dia tapi dari apa yang dia sampai kan tadi. Walaupun sedikit buatkan aku terkilan sebab 2 bulan ini aku banyak habiskan masa dengan Iman.

Kenapa baru aku sedar?

BERSAMBUNG...

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now