25 | DUA PULUH LIMA

137 9 0
                                    

Sudah tiga jam aku mengurungkan diri di dalam bilik. Rayyan pun tidak mencariku. Mungkin dia faham yang aku memerlukan masa untuk tenangkan diri selepas membuat pengakuan tadi. Malu ? Sudah tentu ! Mengapa aku malu pula ?

Bingung aku mahu menjawab. Kalau aku jumpa dia macam mana ? Nanti rasa canggung pula !

Tiba-tiba pintu bilik ini terkuak dari luar. Aku memandang seketika

Terjengal wajah Rayyan di balik pintu

Aku tetap memandangnya

"Sekejap lagi, kembar sampai tau. Sehari dua dia orang dengan kita. Kakak aku dekat hospital untuk bersalin" Rayyan memberitahu

Aku mengangguk faham. Aku masih mendiamkan diri. Tiba-tiba rasa canggung pula

Suasana sunyi seketika. Rayyan berdehem di balik pintu itu "Cukup tak masa aku bagi kau ? Ke nak lama lagi ? Aku bosan ni tak ada siapa nak ajak borak" Dia bertanya di balik pintu. Sekilas dia memandangku. Minta dijelaskan !

"Err... Aku... Aku..." perlahan aku katakan

"Lupakan je, Milayka. Aku tahu kau masih terkejut. Ni mesti masih malu kan, Sayang"

Aku terus mengambil bantal yang berdekatan denganku dan terus membaling ke arahnya. Walaupun tidak kena. sekurang-kurangnya dia tahu aku tak suka dia cakap perkataan itu ! "Jangan bersayang-sayanglah, Rayyan. Geli aku"

Rayyan berdecih "Eleh... Tak suka konon. Kau dah lah suka aku. Jom gaduh !"

Tiba-tiba rasa malu menghilang. Rasa seronok pula orang ajak gaduh !

Aku terus bangun dan mengejarnya. Dia apa lagi. Berlarilah dari aku

"Kau nak lari mana, Rayyan. Kau sini sekarang ! Dah lah semua punca dari kau" aku memberontak. Nak kejar lelaki tinggi seperti Rayyan sangat sukar. Langkah dia terlalu lebar buat aku yang berkaki pendek. Langkah kecil. Dasar manusia lampu !

"Eleh salah kan aku pula. Dah lah suka aku lepas tu tak nak mengaku sampai duduk dalam bilik tak nak keluar. Elelelele suka lah tu"

Aku geram terus sambung mengejarnya

Penat ! Ruang tamu rumah mertua ku ini bukan kecil. Besar dan lebar !

"Kau kata apa, Rayyan. Sini aku debik kau"

"Ah... mana boleh. Tak fair lah. Tapi kan aku pun suka kau" larianku terus terhenti. Dan silap apa kah aku terus jatuh terjelupuk di lantai licin itu

Erang aku sedikit kuat "Aduh..." sambil itu juga punggungku ku gosok perlahan. Sakit !

Rayyan yang terkejut terus mendekatiku. Mukanya cuak dan takut "Ya Allah... Maafkan aku, Milayka. Aku lupa aku baru mop rumah tadi. Mesti sakit kan. Tu lah kualat lagi cakap suami" Dalam risau, dia memerli

Aku berdecih. Cis ! Tak guna punya suami

Dia hulurkan tangan untuk aku capai. Baru niat mahu mencapai. Dia terus mengangkatku gaya bridel style "Lembap sangat. Ni kura-kura siap akad nikah pun belum tentu kau boleh capai tangan aku"

Aku yang sakit hati terus menampar bidang dadanya "Kau ni tak sweet lah. Hari ni perangai zero for romantik. Aku tolak balik suka kau. Dah lah turunkan aku sekarang wahai manusia lampu"

"Wh... what ? Zero ? Eh eh eh. Dah mengaku suka aku lepas tu nak tarik balik pula. Ahh tak boleh, tak boleh. Kau kena suka aku. Benda tak boleh tarik balik. No way ! Aku tak benarkan" dia terus meletakkan aku di sofa yang berdekatan. Dia duduk bersila dihadapan aku. Dia tenung aku tajam

Ingat aku takut ke huh ?

"Aku tak suka kau" Marah aku di hadapan mukanya. Aku yang duduk di sofa terus bangun untuk melarikan diri dari melihat mukanya

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now