"Weh, Rayyan. Cuba kau bagitahu aku, kita ni nak pergi mana ?" Bengang aku berkata
Rayyan buat tidak menjawab pertanyaan aku
"Pakai biasa je. Tak payah cantik sangat. Tak baik untuk mata lelaki di luar sana. Aku bagi kau setengah jam. Kau lambat, kau menyesal" Rayyan terus meninggal kan aku yang masih berteka-teki dengan apa yang mahu berlaku
Entah apa yang merasuk otak lelaki ni. Tengah syok tengok televisyen, tiba-tiba mamat ni suruh bersiap. Katanya nak keluar cari angin
Masalahnya sekarang ni... Kalau aku pakai biasa dan tempat yang dia pergi tu havoc macam mana ? Cuba lah jujur wahai Rayyan. Ni nak suprise lah apa lah... Lepastu apa ? Tak kena dengan biasa aku, mau moody terus
Heish...
"Fine" sepatah aku berkata dan terus memasuki bilik untuk bersiap
Setelah selesai memakai baju yang sesuai untuk keluar. Terdengar pintu bilik dipulas dari luar
Aku diam memandang pintu itu. Tidak sampai beberapa detik, pintu itu terbuka sedikit
Terpacul kepala Rayyan disebalik pintu
"Kau dah tukar baju ? Dah siap ?" Soal Rayyan dibalik pintu itu
"Dah tukar baju. Tudung je tak lagi" jawab aku ringkas
"Kau dah pilih tudung ?" Soal Rayyan sekali lagi
"Tak. Aku tengah fikir lah ni nak pakai tudung apa"
"Nak aku pilihkan tak ?" Akhirnya pintu itu terbuka luas
Rayyan masuk dan terus menutup pintu bilik. Langkah diteruskan mendekatiku
"Boleh juga"
"Aku pilihkan tau. Kau jangan pilih" amaran kecik dari Rayyan
"Kalau tak sama dengan 'taste' aku macam mana ?" Soal aku balik
"Aku akan buat sampai sama dengan cara kau juga. Kita ni hidup sebagai suami isteri kena memahami dan melengkapi. Tapi kalau orang macam kau mungkin kena sabar sikitlah" dengan lirik mata sahaja Rayyan berikan
Tanpa menunggu lama. Rayyan terus mengambil satu helai tudung bawal bewarna cream dan terus diserahkan pada aku
Aku memandangnya pelik. Aku rasa warna hitam lagi better ?
"Pakaian yang kau pakai warna nude jadi aku rasa lagi manis kalau pakai tudung warna cream. Sesuai untuk warna kulit kau dan pakaian kau. Nampak lebih 'sejuk mata memandang' gitu..."
Jawaban Rayyan buat aku terfikir sedetik.Betul juga. Sesekali tukar 'taste' tak salah
"Okay lah. Thanks. Bagi aku masa sekejap. Nak mekap jap. Lepas ni baru gosok tudung. Jumpa dekat ruang tamu" dengan kecepatan terus menolak Rayyan keluar
Tolak punya tolak, sama je tak bergerak. Kenapa pula mamat ni keraskan badan ni. Nak aku simen dia ke ? Biar keras kejung terus badan dia
"Kau keluar lah" rayu aku
"Kalau macam ni lah. Aku rasa aku dah boleh buat tambah pahala. Kau pergilah mekap. Tapi jangan terlalu ya. Simple je"
"Ye ye... Dah keluar sana" aku masih menolaknya. Alangkah bebannya, dia tetap begitu
"Bagi sini kau punya tudung. Aku gosok. Masa pun jimat untuk kau. Aku pun dapat pahala sebab bagi isteri bahagia" ujar Rayyan gembira seperti kanak-kanak
"Kau ni jangan macam budak-budak sangat boleh tak perangai. Pelik !!! Nah ambil lah tudung ni. Jangan kacau aku okay. Shush sana. Jangan ganggu aku" dengan senang hati Rayyan mengambil tudung aku dan menggosoknya
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...