39 | TIGA PULUH SEMBILAN

67 6 0
                                    

Kini aku dan Rayyan berjalan di taman permainan bertemankan di bawah bulan purnama. Hanya aku dan dia sahaja di sini. Hanya kami…

Entah apa yang menghantui kami. Tiba-tiba nak berjalan malam di taman gelap tak berapa nak gelap ni

“Sayang… sayang….” Rayyan memanggil ku disebelahnya. Tekun benar aku merenung langit

Aku sekadar berdehem menjawab panggilan Rayyan.

Hampir seminit juga Rayyan tidak menyatakan dari panggilan itu. Aku matikan langkah, Rayyan terikut juga

“Tadi panggil sayang. Kenapa tak cakap?” Aku menoleh memandang Rayyan yang beriak kosong

Rayyan angkat bahu. Nampaknya dia sengaja nak usik aku!

Dengan sebal aku tampar bahunya. Rayyan berdecih kesakitan lalu menggosok bahunya yang aku tampar tadi

“Apa salah abang, Sayang? Sampai hati tampar bahu kita…” rajuk Rayyan senada

“Siapa suruh panggil tapi tak cakap. Kan mendapat…” bebel aku bengang dengan Rayyan

“Abang saja panggil. Mana tau sayang bukan orang ke? Hantu ke? Janda ke?”

Aku menampar sekali lagi bahu Rayyan. Sekali lagi juga Rayyan berdecih kesakitan

“Janda. Janda. Nak jadi duda muda ke?” Sinis aku katakan.

Rayyan menggeleng

“Abang risau lah abang akan kudung untuk kali ke 0.2 lah sayang…”

Aku menampar sekali lagi bahunya. Mengungkit kisah lama pula dia ni

“Abang risau sangat ni. Apa kata kita duduk jarak jauh semeter. Untuk kebaikan kesihatan tubuh abang. Abang tak nak sayang dapat suami kudung.”

Kali ini aku mahu menampar bahunya lagi, tetapi dengan tangkas Rayyan menjauh

Aku tergelak bila fikir balik apa yang Rayyan cakap tadi. Tiba-tiba teringat kisah waktu aku dengan Rayyan kahwin dulu. Menyesal tak pukul dia betul-betul dulu. Sekarang sayang nak pukul kuat-kuat

Nanti aku nak cerita lah kisah cinta aku dengan Rayyan dekat anak-anak

Eh? Kenapa aku terfikir sampai ada anak pula? Muda muda…

“Jangan gelak lah sayang… abang makin risau dengan sayang ni. Nak tinggal sini ke? Shuhh… aku tak nak bini aku yang hantu. Tahu cantik tapi bukan yang ini. Menyeramkan…” Dalam kegelapan malam aku perhati muka Rayyan cuak. Cuak ke bang?

Idea muncul pula nak kena kan dia malam ni

Aku terus mendekati Rayyan lalu mengenyit kan mata. Aku ambil tangannya laju lalu mencium tangannya lama.

Makin cuak Rayyan menggelabah. Tangan aku dia tepis laju

“Astagfirullah hal adzim… sila keluar wahai jin atau syaitan dari tubuh isteri aku. Aku risau ini bukan dia… Aku nak je pukul kau tapi takut dia yang sakit. Bukan kau syaitan atau jin…”

“Abang…”

“Apa syaitonirrojim… Astaghfirullah hal adzim… jangan kau bertopengkan diri di tubuh dia. Isteri aku bukan ini”

Aku yang makin pelik terus menampar pipi Rayyan. Tidak sekuat mana tapi berbunyi jugak lah. Maafkan sayang ya abang… Muah!

“Auch… sakit sekali tamparan ini….”

“Siapa suruh mengarut malam-malam buta. Kan mendapat. Minta maaf ya” Aku memerli dia kemudian buat muka comel kembali untuk permintaan maaf

“Siapa yang tak risau. Perangai sayang pelik pula malam ni. Kuat usik abang pula. Risau lah. Sayang bukan jenis suka mengusik tiba-tiba malam ni pula mengusik, memang meremang lah…” Jujur Rayyan buat aku geleng kepala. Nak bergurau pun risau ya. Risau… risau…

“Dah lah. Mari kita duduk dekat bangku tu.” Aku tunjukkan bangku berdekatan pokok hijau. Ada sedikit cahaya kerana bangku itu terletak berdekatan dengan lampu jalan. Tidak lah jelas mana nak dating malam-malam buta ni

Duduk sahaja kami. Aku letakkan kepala dibahu Rayyan. Tangan kami bersatu.

Seketika sebelum aku memanggil

“Boleh malam ni kita jadi kawan, Rayyan?”

Rayyan yang faham maksud aku mengangguk.

“Boleh. Nak share apa hari ni?”

“Bukan nak cerita tapi nak minta pendapat je…”

Rayyan mengangguk faham.

“Baikk..sambung lah apa yang nak ditanya tu.”

Aku tarik nafas dalam. Selagi ada masa berdua ni boleh lah minta pendapat, bercerita itu ini

“Apa yang kau faham tentang memaafkan tanpa berdendam?”

Rayyan berdehem. Lalu bertanya pada aku kembali.

“Apa yang kau faham tentang memaafkan tanpa dendam?” Rayyan beri aku paku keras

Ini siapa yang patut beri jawaban ni? Tak apa , mungkin Rayyan nak kepastian je dari jawaban aku

“Kita maafkan seseorang supaya hati kita tak sakit. Kita tak berdendam supaya supaya hidup kita tenang. Ingat, apa yang kita buat  pada seseorang itu akan berbalik pada kita...”

Rayyan mengangguk faham

“Kau nak tahu sesuatu tak?”

Aku mengangguk. Muka bingung aku pamerkan

“Sebuah kemaafan itu perlulah ikhlas dari hati. Selagi kita berdendam.. selagi itu hati kita tak akan tenang. Sebab tu kita perlu memaafkan walaupun hati kita dalam kesakitan. Sebab apa? Sebab kita pendam. Pendam jadi dendam dan dendam adalah sebuah jerat yang akan menjatuhkan diri kita sendiri. Dendam lah yang akan bunuh diri kita sendiri dalam diam”

“Tapi kalau benda yang patut aku maafkan itu adalah trauma? Contoh lah…” Aku menyelit pernyataan Rayyan

“Selagi boleh, kita maafkan. Kalau tak boleh juga, simpan dan jangan jadikan sebuah trauma itu sebagai sebuah kelemahan. Aku lelaki dan kau perempuan. Zaman sekarang ni tak semua orang itu betul … Kau ada hak untuk pertahankan diri sendiri.”

“Jadi, kita boleh memaafkan tanpa dendam?”

“Berbalik pada kesilapan… kalau boleh jangan simpan sedikit pun dendam. Rasa nya kau faham maksud aku, Milayka?”

“Kau tahu ke siapa yang aku tujukan untuk maafkan tanpa dendam?”

Rayyan menggeleng lalu mengangkat bahu

“Tapi kalau orang yang kau tuju itu bukan aku? Pasti orang lain kan?” Rayyan angkat kening dengan bangga

“Fikir balik dan buat keputusan yang betul. Yang penting semuanya ikhlas dari hati. Jangan dendam faham?” Sambung Rayyan lagi sambil menggosok kepala ku

Aku buang nafas. Mengangguk dengan semua jawaban Rayyan

“Sudah… malam ni kita dating dekat sini je. Luah meluah. Hanya berdua…”

Aku tahan senyum. Kurang sedikit rasa di hati ni

“Terima kasih Rayyan Qayyum, suami aku.”

“Sama-sama Nur Milayka, isteri aku.”

Dan kami pun menikmati suasana di malam hari bersama bulan purnama….

BERSAMBUNG…

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now