Sebaik sahaja memasuki bilik. Rayyan membawaku terus ke katil. Dia dudukkan aku di birai katil. Dia juga ikut duduk dihadapan ku
Aku tidak tahu mengapa aku masih mengelamun. Aku takut mengapa ya ?
“Sayang… Kau kenapa diam ? Kau risau kan aku ke ?” ujar Rayyan membelek muka ku. Pipi ku diusap. Aku tepis tangannya. Aku terus memukul bahunya kuat
Rayyan berdecih
“Kau tahu tak berderau darah aku tadi masa dapur berasap. Kalau kau jadi apa-apa, siapa yang nak jaga kembar tu ? Siapa nak layan aku nanti ? Kalau aku bosan nanti siapa nak kacau aku ? Kau tahu tak itu ?!” Marah aku kepadanya
Aku lihat Rayyan tersengih. Aku buat muka menyampah
“Aku tahu kau risau tentang aku. Tapi janganlah sampai diam macam tadi. Aku pula risau”
“Wafiq cakap dengan aku tadi yang kau tak reti masak ?”
Rayyan tersengih seperti kerang busuk sekali lagi “Betullah tu. Aku tak reti masak. Aku reti instant je. Masak meggi. Telur dengan benda goreng-goreng macam kentang atau nugget macam tu. Tapi itu dulu lah sebelum aku kahwin dengan kau. Sekarang ni sikit-sikit aku tahulah”
"Kita baru kahwin tak sampai sebulan. Macam mana kau belajar ?"
Sekali lagi Rayyan menggosok lehernya "Waktu kau tidur atau masa kau mandi macam tu"
"Kalau kau pandai masak. Kenapa dapur boleh berasap ?" Soal aku lagi. Selagi aku tak puas hati selagi itu aku bertanya
"Kan aku cakap tadi. Aku pergi tandas. Aku tutup je terus. Tak cek balik yang aku dah tutup betul ke tak api dapur tu. Itu yang kau panggil tu aku bergegas keluar. Syukur, tak ada sesiapa yang cedera, Sayang" jawaban Rayyan membuatkan aku tenang semula. Risau aku dengan keadaan tadi
Aku menunduk. Sedikit tenang mendengar. Syukurlah semuanya baik-baik saja
Cuba bayangkan… suami kau masak untuk kau dan tiba-tiba rumah kau terbakar sebab salah pasang api atau apa ? Kau cuba bayangkan lah. Aku risau tahu !
Nauzubillah… minta dijauhkan. Aamiin
Suasana sepi seketika.
Rayyan berdehem meriahkan suasana antara kami "Sayang…" ujarnya meleret
Aku yang menunduk terus memandangnya. Apa ?
Dia tersengih padaku. Aku bingung. Dia ni ada sindrom ke ?
"Terima kasih" ujarnya sekilas sambil tersenyum memperlihatkan lesung pipit di pipi kanannya
Aku tidak tahu mahu menjawab. Terima kasih untuk apa ?
"Terima kasih sebab risaukan aku. Terima kasih sebab bagi kepercayaan pada diri kau untuk dicintai oleh aku. Terima kasih untuk itu. Terima kasih sayang..." Dia terus memelukmu
Aku terpaku. Terima kasih ? Aku…
"Aku cintakan kau kerana Allah" ujarnya lagi di telinga ku
Sekali lagi aku tersentak. Ya Allah, baiknya dikau tuhan menghantarkan aku suami yang tidak henti membuatku jatuh cinta padanya dan engkau yang satu. Terima kasih untuk segalanya ya Allah
"Kenapa kau diam, Sayang" soal Rayyan menoleh ke mukaku
Aku menggeleng "Aku tak sangka yang aku dah bersedia beri hati aku pada kau. Maafkan aku sebab lalai faham hati kau. Aku terlalu ego dengan hati sendiri. Maafkan aku"
Rayyan terus menutup mulutku
"Shut… jangan sebut lagi tentang tu. Jadi kau memang benar cinta aku ?"
Aku hanya diam. Aku menjelingnya tajam
"Upss… maaf, Sayang. Aku tak sengaja" dia terus menarik tangannya kembali dari menutupi mulutku
"Nak je aku mencarut ! Ya aku suka kau. Dah faham. Lagi satu jangan buat ayat klasik sangat. Kau ingat ini drama ke ?" Bengang aku katakan
Lantak lah. Suka aku lah. Jalan cerita aku ! Kau sibuk je !
Dah boleh dah remove aku dari group setia dengan janji tak nak suka dia. Aku dah mungkir janji itu. Aku dah jatuh cinta dengan dia
Rayyan tersengih "Terima kasih, Sayang. Aku suka kau juga. Jangan berpaling arah dari cinta aku ya, Sayang. Kalau aku berpaling arah pada kau. Kau tetak je aku ni"
Aku senyum sumbing "Yakin ? Betul tak takut kena tetak dengan aku nanti ?"
Rayyan angguk laju "Ya aku yakin. Jika itu berlaku dan aku pelakunya. Aku benarkan kau tetak aku"
Aku senyum sumbing sebelum bangun turun katil. Aku terus ke suatu sudut bilik itu. Aku ambil sesuatu di bawah lantai dan terus menerpa ke arah dia
"Rayyan. Baring cepat. Tutup mata !" Arah aku laju
Rayyan yang faham terus baring terlentang
"Siap sedia kena tetak !"
"Siap !" Rayyan teruskan lakonan
"1 2… 3" Buku ditangan aku terus letak di lehernya. Aku gerakkan ke depan dan belakang beberapa kali
"Dah selesai ke, Yang ?" Soal Rayyan dalam matanya tertutup
"Shut… jangan lah cakap. Pura-pura je lah mati. Aku nak buat drama ni" aku memberi amaran
"Okay-okay. Aku teruskan. Sekejap, aku kena jelirkan lidahkan macam lembu tu ke ?"
"Yup. Cepat. Lambat betul kau nak mati. Cepatlah aku nak buat drama ni"
"Baiklah, Yang. Mari sambung…" Rayyan yang bersemangat terus jelirkan lidah
Akhirnya ! "Abang. Sayang dah tetak. Sakit tak?"
Rayyan angguk laju "Sakit sikit tapi dah tak sakit sebab kau sebut aku abang. Aku rasa nak mati betul-betul pula. Tolong sebut selalu boleh ? Aku suka !" Bersemangat Rayyan menjawab. Hatinya yang risau dengan kelakuan isterinya tadi terus berbunga-bunga setelah isterinya menyebut dirinya sebagai 'abang'
Arghhh kita blushing !
"Kenapa pipi kau merah ?" Soal aku pelik
Rayyan tersentak. Jadi ini hanya mimpi ? Lama sangat ke aku tutup mata ? Aku tidurkah ?
Rayyan terus bangun mengejut "Kau ada cakap apa-apa ke sebelum kau kata pipi aku blushing ?"
Aku menggeleng "Aku cakap apa ?"
Terus berubah air muka Rayyan. Aku tampar bahunya
"Aku cakap kau abang. Abang kan memang... Blushing je memanjang" gurau aku
Rayyan yang muram terus bersinar matanya. Suka lah tu kita panggil dia abang !
Comel lah suami kita ni !
"Arghhh… aku suka kau !" Rayyan terus mencium pipi ku beberapa kali
Aku tolak mukanya
"Abang. Stop lah cium sayang banyak kali. Dah lang misai tu panjang. Cuba cukur sikit. Geli tahu tak kena muka, Sayang" marah aku
Misai dia tu tajam ya amat !
Masa mula kahwin hari tu kemas lah juga. Ini serupa tak ada bini ! Tak boleh jadi ni. Aku kena botakkan misai dia ni !
"Mengikut perintah, Sayang ! Abang potong kejap lagi !"
Aku dan dia terus tergelak bersama. Bahagianya rasa !
BERSAMBUNG…
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...