19 | SEMBILAN BELAS

111 11 0
                                    

Setelah dua minggu bergelar isteri Rayyan Qayyum dan kegantungan sekolah atas sebab yang aku tidak faham kesalahannya. Akhirnya aku kembali semula ke sekolah ini. Warna dan reka bentuk sekolah ini tetap sama. Tidak ada yang berbeza. Yang berbeza kala ini adalah pandangan murid disekolah ini. Ada pandangan yang sukar ditafsirkan

Aku memang tak pandai tafsir sesuatu. Pandangan jijik ? Benci ? Marah ? Kecewa ? Sekejap ?? Itu Mufriez Kamal kan ???

Lelaki yang baru sahaja melepasi dari indra pandangan aku. Dia berjalan dengan beberapa orang perempuan. Oh... Eh ? Sejak bila dia suka bergaul dengan perempuan selain aku ni ?

"Aw-" Langkah kaki terus terhenti. Baru niat mahu memanggil dia. Percakapan aku terus terhenti setelah terlihat sesuatu yang aku tidak pernah aku jangkakan selama ini. Dia memeluk pinggang seorang perempuan tanpa ragu-ragu. Dia dah berubah

Tiba-tiba ada seorang gadis mendekatiku. Dia berdiri tegak sambil memandang aku tajam "Kau memang murah, perempuan ! Selama ni aku berdiam sebab aku hormat keputusan Riez. But now.." tangan perempuan itu terus melempang pipi kanan aku

Pangg !!

Aku yang memang tidak tahu apa-apa hanya tercengang. Apa salah aku ?

"Disebabkan kau. Riez aku berubah !" marahnya. Sekali lagi pipi kanan aku jadi sasaran

Pangg !!!

"Ini sebab kau murah. Nak jual diri sangat kan !" dengan berani dia terus menolak aku sehingga jatuh dan merentap tudung aku sehingga terbuka. Tudung aku dicampak jauh

Orang yang baru mula memasuki sekolah hanya memandang sahaja. Niat membantu langsung tiada

Niat baru mahu melawan tetapi terhenti apabila tangannya terus menerkam leher aku

Deja vu !

Aku terpaku. Kenapa aku jadi selemah ini ?

"Baik kau mati je lah, Mila. Aku tak pernah terfikir yang aku akan dapat adik semalang kau. Aku benci kau" terkam dia terlalu kuat membuatkan aku yang baru dua belas tahun sesak nafas. Nafasku terhenti seketika. Aku pengsan dan setelah itu dia menghilang buat selamanya

Aku anak malang... Semua benci aku. Bunuh je lah aku Allah. Aku...

Bayang-bayang kecil aku terus menghilang setelah terdengar suara lelaki menegur "Dah puas ke hidup ni sampai nak membunuh orang"

Terkaman gadis itu terlepas dan pernafasan aku kembali terasa

"Eh Daniel. Awal awak datang" gadis itu berpura-pura berbuat baik. Siapa sahaja tidak mengenali Daniel Syaqir. Jejaka dingin dan berhati batu

"Kau tak payah buat baiklah depan aku. Aku jijik" kata Daniel dengan sinis

Daniel Syaqir ? Siapa ingat siapa dia ?

"Kau berambus sekarang. Bawa sekali penonton kau ni berambus. Nama je cantik tapi bod*h!" dengan sekali sedas semua murid yang menonton aksi tadi menghilang

Aku tak tahu mahu lakukan apa sekarang. Jiwa aku kosong. Deja vu itu menghantui aku kembali

"Awak. Awak salah faham ni. Tadi dia yang mulak-"

"Kau boleh tak jangan drama perempuan. Hidup tu kalau dengki dengan orang memang munafik" walaupun perlahan tetap berbisa bahasanya

"Ishh..." dengan gediknya dia menghentakkan kaki dan terus berjalan laju meninggalkan kami. Tidak lupa juga sumpah seranah yang dia bicarakan dalam kesal bebelnya

Daniel terus mengambil tudung yang sudah jauh tercampak oleh gadis itu tadi. Dia terus menyerahkan tudung itu kepadaku

"Maaf aku lewat selamatkan kau. Maaf sebab tengok rambut kau"

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now