45 | EMPAT PULUH LIMA

110 7 0
                                    

Rayyan mendekati mertuanya. Tangan tua itu di salam

Puan Syabila terus menarik tangannya dari di salam Rayyan. Rayyan yang sudah biasa hanya mampu mengeluh kecil

“Jaga anak mommy elok-elok. Mommy masih marahkan Ian tapi daddy larang untuk mommy halang Ian berjumpa Ayka. Ayka demam hari ni. Mommy dah bagi makan ubat tadi. Sudah, mommy dengan daddy nak balik.” Pesan puan Syabila sebelum berjalan meninggalkan Rayyan berseorangan

Tuan Ahmad menepuk bahu menantunya. Dihulur tangganya untuk didalam Rayyan

“Mommy kamu memang tegas sikit pasal Ayka. Kamu pun dah lama dekat sini jadi fahamkan mommy tu macam mana. Sabar ya. Nanti Ayka dah okay, okay lah mommy kamu tu.”

Rayyan mengangguk

“Ian faham sangat. Daddy drive kereta hati-hati ya. Rehat secukupnya. Biar Ian jaga isteri Ian pula.” Rayyan memberikan senyuman kecil buat mertuanya

Seketika sebelum tuan Ahmad berjalan meninggalkan Rayyan. Hilang sahaja bayangan mertuanya, Rayyan terus memasuki bilik pesakit atas nama isterinya

Selak saja pintu, terpampar wajah pucat isterinya.

“Assalamualaikum isteri abang…” Rayyan mendekati isterinya. Tangan isterinya digenggam. Genggaman itu tidak dibalas

Persoalan terbit dari fikiran

"Kenapa Hayyin tak genggam tangan abang macam selalu ? Hayyin dah tak suka abang ke ? Hayyin tak rindu abang ke ?” Rayyan gelak sendiri.

Dah orang koma mana boleh jawabkan? Tapi boleh dengar? Jangan nafikan itu lah, Rayyan

“Tahu tak sayang, sejam tak dengar suara sayang pun buat abang tak senang duduk. Jujur abang rindu. Sekejap pun abang rindu ni kan pula lama kan?" Ujar Rayyan seorang diri tersenyum kecil. Keluhan berat terbit dibibirnya

“Abang akan tetap genggam tangan sayang sampai kita berpisah oleh takdir tuhan. Takdir hati kita yang teguh. Takdir yang sesungguhnya…”

“Janji dengan abang untuk terus genggam. Jangan lepaskan tau! Abang cinta sayang sangat-sangat!” Sambung Rayyan lagi

“Sayang janji! Teruskan genggam bahagia kita sampai Allah pisahkan kita. Tapi…” Genggaman itu isterinya longgarkan.

“Percaya Allah ada dengan kita tau, abang!”

Bayangan itu terpampar di fikiran. Semua sudah berlaku. Takdir? Takdir hati untuk dia dan isterinya masih sama kah selepas ini?

“Sayang bila nak bangun? Dah sebulan sayang tidur. Tanda-tanda sayang nak bangun masih tak ada. Sayang dendam dengan abang ke?” Soal Rayyan sendirian untuk isterinya

Wajah isterinya ditenung dalam. Kepala isterinya dibelai. Dahi isterinya disentuh

“Ini kali ke empat sayang demam semenjak koma ni. Abang memang boleh jaga sayang demam tapi bukan yang macam ni…” Rayyan mengeluh kecil

Rayyan mencari jarak lalu mendekati rak kecil berdekatan isterinya. Laci di rak itu ditarik. Sehelai kain diambil.

“Sayang tunggu sini sekejap ya. Abang nak pergi basahkan kain.” Senada Rayyan berkata. Kaki melangkah ke tandas di dalam bilik

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now