Setelah berbincang secara baik bersama Rayyan. Kami telah memutuskan kata sepakat dalam masa terdekat ini sudah duduki rumah baru yang Rayyan beli ini
"Barang dapur untuk masak malam ni punya dah cukup ke sayang?"
"Ikut list ni dah cukup." Kertas list ordering aku cek semula. Setelah semua bahan yang mahu dibeli sudah ada di troli. Kertas itu dilipat lalu disimpan ke dalam beg tanganku
"Sorry sebab ajak buat makan hari ni. Kita pun baru je. Semalam baru je kan siap semua kemas rumah tu. Rasmikan tidur pun belum lagi."
Aku menggeleng
"Tak perlu maaf lah. Lagipun kita baru masuk Kut rumah tu. Buat cara baru masuk. Mesti ada penduduk alam lain duduk situ sebelum ni. Tak apa..."
Aku menjawab. Tak kisah pun.
"Tapi kan abang... Saya masak tak sedap nanti macam mana?" Soal aku kembali
"Kata nak mencuba kan? Kalau sayang masak untuk perut abang sebelum ni boleh telan. Tak kan nak bagi orang pun setempat boleh telan juga? Mesti nak lebih kan? Sayang masak sedap tau. Lagi-lagi masak campak- campak sayang tu. Peh... sedap!" Rayyan memuji
Aku tahan sengih. Suami kita puji kita awaknya ! Awak ada? Tak ada kan ? Lemah!
"Kalau itu yang abang kata. Sayang ikutkan je lah." Aku terus berjalan pergi ke rak snack di pasaraya
Rayyan hanya mengikuti.
Aku mahu mengambil beberapa snack untuk dijamu selera si kembar nanti jika bosan dirumahku. Aku memandang Rayyan meminta keputusan. Rayyan yang bayar kan?
"Jangan banyak sangat ya."
Aku mengangguk lalu mengambil beberapa snack di rak lalu masukkan ke dalam troli.
"Dah cukup! Jom balik!" Kata aku riang bersama langkah yang laju ke cashier pasaraya itu
Rayyan yang tertinggal dibelakang sudah menggeleng. Ada saja perangai dia ni. Ujar Rayyan di dalam hati.
Selesai sahaja makan malam bersama keluarga aku , keluarga Rayyan dan kawan-kawan rayyan
Pulang sahaja mereka semua dapat memuaskan hati aku yang takut semasa semua merasa masakan ku untuk kali pertama.
Respons mereka memang memuaskan hati sungguh
Mereka kata lauk yang aku masak memang sedap. Siap minta tambah lagi tau
Aku tersenyum seorang diri. Duduk di sofa dihadapan tv memandang si kembar yang tidur pulas
"Sayang... tak mengantuk ke?" Rayyan datang duduk disebelahku. Aku menggeleng lalu jatuhkan kepala pada bahu Rayyan
"Sayang gembira hari ni. Segembira ini buat sayang tak tenang nak tidur." Jawab aku. Mata aku tidak berganjak sedikit pun dari memandang si kembar
"Dah lewat dah ni. Tadi masa basuh pinggan dekat dapur pun sayang nak buat sendiri. Nasib abang ada kerja buat kemas meja makan. Kesian sayang hari ni."
Aku geleng
"Buat apa nak kesian. Sayang suka kut. Rasa duduk rumah macam ni makin bahagia kan... Semua ni rasa macam dalam mimpi." Aku tersenyum
"Kalau itu buat sayang bahagia. Abang okay je. Jom lah masuk tidur. Dah malam kena tidur. Sayang pun perlu rehat yang secukupnya."
Aku angguk
"Boleh sayang bawa Wafa masuk bilik? Wafiq biar abang yang bawa ya." Rayyan berkata lalu mengangkat tubuh Wafiq ke bilik
Aku mengangguk lalu mendekati Wafa. Rambut yang menutupi wajah Wafa di selak. Wajah bersih itu ditatap sayang
"Tidur pun comel."
Teringat detik-detik rumah bergegar dengan tangisan Wafa. Tak dibenarkan tidur disini pun menangis satu rumah dapat dengar suara dia
Nak tak nak suami kak Hana pun benarkan saja. Nasib dekat, kalau tak selesa rumah aku ni bolehlah dia balik rumah dia. Manja!
Aku angkat tubuh kecil itu masuk ke bilik tetamu yang dikhaskan untuk budak-budak. Wafa dan Wafiq tidur di bilik yang sama yang membezakan adalah katil yang terpisah. Pandai-pandai lah nanti cari aku dalam bilik nanti. Di orang pun dah tahu semua pelusuk rumah ni.
Hantar sahaja mereka ke dalam bilik. Aku berjalan masuk ke dalam bilik kami. Aku dan Rayyan
Awh comelnya kami!!
Aku masuk terus berbaring di katil. Syiling dinding aku lihat kosong
"Hensem sangat ke syiling tu sampai pandang pun tak lepas"
Aku menggumam
"Kenapa sayang?" Soal Rayyan lalu berbaring disebelahku. Dia juga mengikuti ku memandang syiling dinding
"Entahlah tiba-tiba terfikir."
Rayyan menggumam
"Macam tak sangka kan kita boleh duduk sebumbung dan sedamai ini. Tak sangka orang yang paling sayang annoying dulu adalah suami sayang sendiri."
Rayyan tersenyum. Tanganku dicari. Dapat saja tanganku terus digenggam.
"Tiada sangka. Semua ini takdir. Kalau tidak ditakdirkan mungkin semua ini tidak akan terjadi. Mungkin sekarang ni kita masih bercakar macam kucing dengan anjing. Sekepala langsung tidak."
"Itu lah tu kan. Tapi kan takdir yang tiba-tiba ini bukan dari cinta kan? Tapi dari mana ya? Macam mana abang ada keberanian nak ambil tanggungjawab sebesar ini? Ye lah kita masih bawah umur..."
Rayyan tersenyum.
"Ingat tak abang pernah cakap semua ini adalah takdir hati kita. Hati kita yang pertemukan perasaan kita. Dari semua yang jadi, hati lah jadi tujuan utama abang ambil tanggungjawab sebesar ini. Tapi siapa sangka kan... semua sudah tertulis."
"Hati lah yang buat abang nak bergaduh dengan sayang. Hati lah yang buat abang tergerak nak tolong sayang masa tu. Hati lah yang buat abang ambil tanggungjawab ni. Hati lah yang buat apa percaya diri untuk dekati sayang. Hati lah yang menemukan kesepahaman kita. Takdir tak pernah salah, sayang... Takdir hati abang. Takdir hati sayang. Takdir hati kita." Sambung Rayyan lagi
Aku toleh wajah. Rayyan tersenyum memandang ku juga
"Sayang kesayang abang."
"Abang hati, Sayang!"
"Hati abang dan Sayang adalah Takdir. Takdir yang menemukan kita, Sayang"
"Ya. Takdir yang menemukan hati kita, abang."
"Terima kasih untuk segalanya abang!" sambung aku lagi
"Terima kasih sebab masih bersama abang walau apa pun terjadi dalam hubungan kita sebelum ini."
Aku tersenyum memandang Rayyan. Rayyan menarikku masuk ke dalam pelukan. Pelukan itu aku balas
Jadi benarlah selama ini takdir hati aku dan dia tak pernah salah. Semua sudah tertulis dengan cantik. Takdir hati untuk kita. Takdir hati kita buat selamanya...
TAMAT? BELUM LAGI... NAH SPECIAL CHAPTER>>>
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...