42 | EMPAT PULUH DUA

94 5 0
                                    

Keluar sahaja dari hospital. Rayyan hanya mengikuti ku dari belakang. Tidak banyak bicara Rayyan terus menarik aku mendekati motornya

"Abang rasa sayang tahu siapa dia?"

"Siapa apa?" Soal aku kembali. Bingung dengan skala soalan Rayyan

"Boleh abang tahu siapa dia? Siapa yang sayang tahu buat semua ni?" Soal Rayyan lagi ingin tahu

Aku hanya menggeleng. Jika Rayyan tau yang buat selama ini salah sahabatnya sendiri. Apa dia percaya? Atau dia kata aku menuduh? Tidak, aku tidak perlu beritahu siapa Iman dalam hal ini

"Kalau sayang tak nak cerita pun tak apa lah. Abang dah tak paksa. Abang ada untuk sayang..." berdirinya aku dihadapan motornya. Rayyan memakaikan helmet aku di kepala.

"Dari hospital lagi sayang tak makan. Teman abang boleh? Abang lapar sebenarnya."

Tanpa banyak bicara, aku hanya mengangguk

Dalam beberapa minit sampai ke sebuah kedai makan. Motor dikunci lalu helmet aku dibuka perlahan dan diletaknya di atas motor

Aku yang berdiri tidak berdaya, Rayyan terus menarikku masuk ke kedai itu. Di tarik kerusi dan beri aku ruang aku duduki.

Rayyan menarik kerusi disebelah aku dan didudukinya.

Aku yang termenung Rayyan terus menggenggam tanganku dibawah meja. Sempat dia bisikkan sesuatu

"Sayang... Sayang risau pasal Riez ya? Nanti kita lawat dia ya... Sekarang ni... hari ni kan last day kita final exam kan sayang"

Aku hanya mengangguk.

"Abang minta hari ni senyum boleh?" permintaan Rayyan buat aku pusing tubuh memandangnya.

Aku terasa serba-salah. Apa aku buat sampai dia minta aku senyum?

"Sayang tak salah pun. Abang maafkan. Abang faham. Ni pelayan dah datang. Cepat order" sempat Rayyan berbisik sebelum pelayan itu datang padanya

"Saya nak ais kosong dengan nasi goreng udang, pedas gila tau!"

Aku yang masih terfikir, Rayyan menyendeng

"Sayang tak tahu nak order apa ke?"

"Saya tak ada selera sebenarnya..." mendengar kesayuan aku, Rayyan terus membuat keputusan

"Orang rumah saya ni tidak berapa selera. Apa menu yang sesuai ya?"

Aku terus menoleh pada Rayyan. Orang rumah?

"Bubur boleh?" Soal pelayan itu. Aku terus menggeleng

"Nasi goreng ayam dengan teh ais satu. Orang rumah saya ni memang macam ni" Rayyan menyambung

Aku memandang Rayyan tajam. Apa ni dia kata macam tu

"Itu sahaja ya bang? Orang rumah abang ni ada nak tambah ke?"

"Itu sahaja rasanya. Orang rumah saya cakap terima kasih." Rayyan membalas lalu tersenyum lalu pelayan itu pun beredar

Mulut sudah sumpah seranah Rayyan. Memuncung habis aku dengan perangai Rayyan yang satu ini

"Apa muncung sangat tu mulut, Sayang?"

"Apa lah abang ni. Segan lah orang tahu." bebel aku

"Aik? Cakap pun salah? Sayang kan memang orang rumah abang?" Usik Rayyan lagi

"Ish dia ni. Suka beno mengusiknya orang ni lah" Aku buat muka

"Ala... la... jangan lah merajuk. Abang gusau je pun. Lagipun comel apa panggil sayang tu orang rumah"

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now