Selepas masalah kami selesai. Rayyan meminta aku membersihkan diri. Dia kata aku busuk. Heyy nak kena dia ni
Sekarang aku dah siap mandi. Berpakaian kemas. Segar sahaja rasa
Pintu bilik itu dikuak. Aku memandang pintu itu. Rayyan disebalik pintu tersenyum "Kau dah siap mandi, Milayka ?" Soal dia. Aku yang pelik mengangkat kening kiri. Diam seketika dan aku menjawab "Sudah. Kenapa ?"
Pintu itu terus terbuka luas. Terpampanglah seorang lelaki bernama Rayyan Qayyum
"Jom makan. Ibu dah tunggu kita dekat meja makan"
Aku mengangguk dan mendekatinya. Tiba-tiba dia menahanku untuk berhenti "Sekejap" dia terus menolakku kebelakang secara perlahan. Dia dudukkan aku di birai katil "Kau duduk situ sekejap"
Aku yang pelik hanya menurut. Rayyan terus menarik laci meja belajar kami. Dia keluarkan satu botol kecil minyak gamat dan dua kapas kecil di laci itu
Dia berjalan mendekatiku. Dia duduk disebelahku. Dia buka pembuka botol minyak itu dan menuang setitis dua di kapas "Dongak sikit Sayang. Aku nak sapu ubat ni"
Aku turut sahaja
Lembut sahaja dia menyapu ubat itu dileherku. Seketika aku terbuai akan kelembutannya
"Ada rasa sakit dekat mana-mana lagi ke ?" Dia memberhetikan sapuan itu dan memandang ku lembut. Aku menggeleng tanda tidak ada
"Tadi elok je. Ni dah nampak lebam sikit. Tak apa aku dah sapu ni. Insya-Allah esok okay lah" dia terus membuang kapas itu ke tong sampah yang memang tersedia di bilik kami
Minyak gamat itu ditutup kembali dan meletakkan di tempat asal
Aku memerhati sahaja tingkah-lakunya
Dia mendekatiku dan menghulur tapak tangannya "Kenapa tengok aku macam tu ?"
Aku sekadar angkat bahu. Entah. Aku suka tengok pergerakan dia
"Tak nak sambut ke tangan aku ni ?" Soalnya kembali. Aku terus menyambut huluran tangannya. Ku genggam tangannya. Dia juga begitu
Kami terus berjalan keluar dari bilik itu dengan senang hati
Makanan yang terhidang sangat menyelerakan iman aku. Tak sangka sekali aku cakap yang aku teringin terus terkabul. Ini makanan hampir setahun aku inginkan. Bukan tidak bisa didapatkan di gerai tepi jalan atau kedai makan. Tapi seleraku tak sama. Aku mahu yang lain. Nak seperti ini !
Kenapa ibu lebih tangkas dan cekap memahami perasaan seseorang ? Aku pun ada mommy tapi mommy lebih pentingkan pekerjaan. Ibu pun kerja tapi ada saja masa untuk masak dan duduk semeja bersama keluarga
"Aku tahu kau lapar, Sayang. Jangan ditenungkan makanan tu. Segan nanti dia" usik Rayyan. Dia ni kan buat malu aku lah dengan keluarga dia
"Kenapa usik menantu ibu tu, adik ? Malu dia nanti" puan Zaiti membela
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...