Sedang aku leka dengan desiran ombak bersama angin laut. Aku dikejutkan oleh Rayyan
Argh mamat ni. Kacau feeling betul lah
Aku membiarkan
"Leka betul kau dengan laut. Kau dah tenang ?" Soal Rayyan apabila duduk bersebelahan denganku. Dia memandang laut sama seperti aku
Apa ? Tenang ?
Aku buat muka bingung walaupun mata masih dengan laut
"Aku bawa kau kesini untuk tenangkan jiwa kau yang kacau bilau tu. Sorry lah. Aku tak mampu bawa kau tempat yang lebih cantik. Ini sahaja aku mampu" jujur Rayyan
Aku faham. Memang betul apa dia kata. Aku memang ada banyak masalah. Aku nak sangat keluar dari kelompok sesak ni. Aku tak suka. Aku tak suka orang beri perhatian lebih dan sayang aku. Aku tahu aku tak layak
"Kenapa kau tak nak lepas kan aku, Rayyan ? Kau tahu kan aku tak pernah suka kau. Layan kau macam sepatutnya pun tidak. Kau nak apa sebenarnya dari aku ?" Soal aku bingung. Sejak dari awal lagi aku mahu bertanya begitu tetapi hati aku tidak membenarkan. Kebencian aku terhadap dia besar sungguh. Aku pun tidak tahu mengapa aku benci dia sangat
Rayyan mengeluh kecil. Dia terus memusingkan badan ke arah aku "Kau pandang aku sekarang" lembut sahaja dia menutur
Aku mengikut sahaja ucapannya. Aku memusingkan badan dan memandang dia
"Give me your hand" ucapnya sambil menghulurkan tangannya padaku
Aku hanya memandang tangannya itu
"Yang..." sekali lagi dia meleret
Aku mengeluh. Aku memberikan tangan ku kepadanya. Tanpa dipinta, tanganku di genggam erat
"Jangan lepaskan. Aku nak cerita ni" dia seperti tahu aku mahu melepaskan genggam itu. Dia bertutur dengan penuh rasa
Kau suka aku ke ?
"Kau nak tahu kenapa aku sudi nikah dengan kau ?"
Aku mengangguk
"Kau nak tahu tak perasaan aku masa orang kata aku nak rosakkan kau ?" soal dia perlahan
Aku mengangguk lagi
"Kau nak tahu tak kena-" belum sempat Rayyan bertanya lagi. Aku mencubit pehanya
"Auch sakitlah, Yang"
"Banyak sangat tanya tu. Tak boleh ke straight forward je terus. Penat aku angguk" bebel aku dihadapan mukanya
Pecah tawa dari Rayyan. Apa ? Kelakar ke ? Aku tak buat lawak lah
"Milayka. Hey. Ini sebab aku sudi nikah dengan kau. Kau jujur walaupun masa kita kenal kau agak annoying" jawab Rayyan sambil tergelak kecil
Aku annoying ? Eh mamat ni. Sedap mulut je kata aku annoying. Aku burst kan muka dia baru tahu
Aku menjelingnya
Sekali lagi tawa Rayyan pecah
Apa ? Kelakar sangat ke aku !
"Ini lah perasaan aku bila orang tuduh aku nak rosakkan kau. Aku nikah dengan kau dan tunjukkan pada mommy and daddy kau yang aku tak pernah ada niat nak rosakkan kau. Mungkin pada awalnya aku memang nak dera fizikal dan mental kau. Tapi selepas solat istikharah untuk minta petunjuk. Aku jumpa petunjuknya dan memang kau jodoh aku. Jadi sejauh mana pun aku lari, aku akan jumpa kau juga" yakin Rayyan berkata. Dia tersenyum kemudian
Jadi ini ke sebab kau layan aku ? Bukan sebab lain ?
Eh kau nak apa dari dia Milayka. Sedar. Kau tak patut bahagia !
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...